Lain Dari Lain Pameran Imersif Ini Bawa Korang Bertemu Artis Klasik Beethoven Mozart Van Gogh Monet
Siapa yang pernah pergi ke pameran Van Gogh Alive & The Greatest Artist pada tahun 2022, jangan lepaskan peluang untuk datang ke The Immersive Journey: Art & Symphony tahun ni pula tau!
Dari penganjur yang sama, FrameMotion Studio menjanjikan pengalaman lebih memukau dan pastinya akan menambat hati setiap pencinta seni dan muzik menerusi pameran imersif inovatif.
Menariknya, pameran seni klasik dan muzik ini adalah pameran pertama di Malaysia yang menampilkan karya agung merentas masa daripada Beethoven, Mozart, Monet, dan Van Gogh.
Kalau tanya kami, rugi sangat kalau korang tak datang ke pameran The Immersive Journey: Art & Symphony ni tau! Nak tahu kenapa, jom kami kongsi.
Amati Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan Menerusi Pameran Imersif Menakjubkan
View this post on Instagram
A post shared by Art and Symphony (@artandsymphony)
Kenapa kami kata korang akan rugi besar kalau tak datang ke pameran The Immersive Journey: Art & Symphony ini sebab ada macam-macam pertunjukan yang menakjubkan tau.
Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk amati setiap seni dan muzik yang diketengahkan dalam pameran ini. Tak percaya? Jom kami senaraikan apa yang ada di pameran ini.
Alami Keterujaan Melihat Visual Van Gogh & Monet
Hayati setiap butiran visual hasil Van Gogh dan Monet menerusi teknologi unjuran imersif yang mana setiap lukisan akan dihidupkan semula di dewan pameran.
Dengan bantuan teknologi ini, kini korang berpeluang untuk melihat lebih mendalam hasil kreatif para maestro, membuatkan korang seolah-olah berada dalam lukisan tersebut.
Komposisi Klasik Beethoven & Mozart Pasti Memukau
Alang-alang korang tengah menikmati butiran visual Van Gogh dan Monet, korang juga akan terpukau dengan irama komposisi klasik Beethoven dan Mozart tau! Bestnya!
Sepanjang pameran ini berlangsung, dari korang menjejakkan kaki masuk sampailah ke pintu keluar, telinga korang akan disajikan dengan melodi muzik klasik yang sangat mempersonakan!
Peluang Untuk Borak Dengan 4 Mahakarya Klasik
Percaya ataupun tidak, korang akan diberi peluang untuk berhubung dengan 4 mahakarya klasik terkenal ini, hasil teknologi canggih daripada FrameMotion Studio. Tak sabarnya!
Jadi, sebab itulah kami kata rugi kalau tak datang ke pameran The Immersive Journey: Art & Symphony ni sebab macam-macam aktiviti yang korang boleh lakukan!
Selain itu, pameran seni klasik dan muzik ini telah direka dengan teliti untuk memberikan kepuasan visual dan auditori yang belum pernah terjadi, justeru dapat menginspirasi serta beri pemahaman baru tentang seni dan muzik klasik.
Paling penting, pameran ini turut menawarkan pengalaman interaktif dan multisensori yang akan membawa korang menyelami dunia seni dan muzik.
Dah settle tour pameran The Immersive Journey: Art & Symphony, pengujung juga boleh menghilangkan penat dan kembali ke dunia nyata di kafe unik yang menawarkan pelbagai pilihan menu menarik dari FrameMotion Studio.
Hidupkan Semula Rasa Cinta Pada Seni & Muzik Dengan Hadiri The Immersive Journey: Art & Symphony
Untuk korang yang dah tak sabar nak luangkan masa di The Immersive Journey: Art & Symphony, meh sini kami kongsi butiran penuh pameran ini:
Tarikh: 7 September hingga 7 November 2024
Lokasi: Tingkat 3, Fahrenheit 88, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM69 seorang,(early bird RM45)
Cepat dapatkan tiket sekarang di Klook sementara ada promosi early bird. Tapi tempat terhad. Pastkan korang cepat au!
Nak lagi jimat masukkan kod diskaun IMEDIA88 dan boleh dapat diskaun 5%!
Tunggu apa lagi, jom meriahkan pameran The Immersive Journey: Art & Symphony bersama tersayang sekarang juga!
Maklumat lanjut tentang pameran dan pembelian tiket, layari Klook atau hubungi talian +6011 – 5657 7338 atau e-mel ke
[email protected]. Jumpa korang di sana!
The post Lain Dari Lain, Pameran Imersif Ini Bawa Korang Bertemu Artis Klasik Beethoven, Mozart, Van Gogh, & Monet first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/lain-dari-lain-pameran-imersif-ini-bawa-korang-bertemu-artis-klasik-beethoven-mozart-van-gogh-monet/