Lagi Rahsia Zahid Arah Wanita Umno Sokong Anwar Bakal Terbongkar



“Masa itu dia panggil semua Ketua Wanita negeri, masa itu depan semua Ketua Wanita negeri. Dia kata itu kesilapan dia, kita tanya Datuk Seri (Zahid) you sign cek bukan seribu dua, tapi berjuta, macam mana boleh buat satu tindakan yang bodoh? Ha, itulah silap saya (jawab Zahid). Dia (Zahid) dah tahu dah kesilapan yang dia buat, yes he did that. Dia mengaku depan semua Ketua Wanita. We know about it” (Agenda Daily) – Kontroversi isu klip audio tular Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya bukti wujud pakatan sulit antara kedua-dua pemimpin tersebut, malah terdapat lagi pendedahan akan terbongkar selepas ini berhubung rancangan sebenar melibatkan Presiden UMNO itu.
Sumber memberitahu Agenda Daily, terdapat bukti yang akan didedahkan selepas ini semasa Zahid memanggil mesyuarat berjumpa ketua-ketua Wanita UMNO negeri dan menyuruh mereka supaya menyokong Ketua Pembangkang tersebut sebagai calon perdana menteri.
Bagaimanapun, hasrat Zahid untuk melobi Anwar tersebut ditolak mentah-mentah semua ketua-ketua Wanita yang hadir semasa pertemuan tersebut dan pulang dengan penuh rasa kecewa.
Seorang sumber yang hadir semasa mesyuarat tersebut menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Zahid yang mahu semua ketua-ketua Wanita itu menyokong cadangannya untuk meletak Anwar sebagai calon perdana menteri.
“Ya, kami semua terkejut dengan cadangan dibuat Zahid itu… tapi kami semua menolaknya dan bertegas sama sekali tidak akan menerima cadangan yang dibawa Zahid itu,” kata sumber.
Menurut sumber, beliau juga ada bertanya kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berhubung tandatangan cek yang bernilai jutaan ringgit melibatkan sebuah yayasan miliknya, dipercayai ia merujuk kepada kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram Yayasan Akalbudi.
“Masa itu dia panggil semua Ketua Wanita negeri, masa itu depan semua Ketua Wanita negeri. Dia kata itu kesilapan dia, kita tanya Datuk Seri  (Zahid) you sign cek bukan seribu dua, tapi berjuta, macam mana boleh buat satu tindakan yang bodoh? Ha, itulah silap saya (jawab Zahid).
“Dia (Zahid) dah tahu dah kesilapan yang dia buat, yes he did that. Dia mengaku depan semua Ketua Wanita. We know about it,” kata sumber.
Semasa prosiding perbicaraan pada 13 Februari 2020, seorang saksi ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa 16 cek milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Zahid mempunyai tandatangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut sumber, tidak semua pemimpin dalam Wanita UMNO yang menyokong usaha Zahid untuk menyokong Anwar bagaimanapun mereka tersepit kerana tidak berani untuk menyuarakan pandangan berbeza dengan Presiden UMNO itu.
Malah, sumber memberitahu Zahid sangat marah dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad kerana tidak sehaluan dengan rancangan beliau.
Krisis dalaman UMNO semakin serius selepas tular klip audio tular perbualan Zahid dengan Anwar yang sedang merancang satu pakatan sulit.
Beberapa pemimpin utama parti juga secara terbuka menggesa supaya pemilihan diadakan pada Jun ini selepas berakhir mandat tersebut.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/27/lagi-rahsia-zahid-arah-wanita-umno-sokong-anwar-bakal-terbongkar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Suruh Kami Sokong Anwar Dedah Wanita Umno

Zahid Suruh Kami Sokong Anwar Dedah Wanita Umno

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 482 hits
Orang kuat Umno Perlis Shahidan Kassim tetap tidak mengaku kalah selepas langkah presiden parti itu memecat sekali gus menggantikan beliau dengan orang lain daripada jawatan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis dan berikrar akan mendedah...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 373 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Kongres Pkr Terbuka Bahas Isu Kerjasama Umno Audio Dikaitkan Zahid Anwar

Kongres Pkr Terbuka Bahas Isu Kerjasama Umno Audio Dikaitkan Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 461 hits
malaysiakini comDiterbitkan 3 May 2021 3 27 pmPKR memberi kebebasan kepada para perwakilannya untuk membangkitkan serta membahaskan isu spekulasi kerjasama parti itu dengan Umno mahu pun rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan kedu...
Zahid Hamidi Is Anwar Ibrahim S Runner In Umno Reveals Shahidan Kassim

Zahid Hamidi Is Anwar Ibrahim S Runner In Umno Reveals Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 247 hits
Perlis Umno veteran Shahidan Kassim has remained defiant following the recent move by the party president to replace him as state chief vowing to make good on his threat to expose efforts by the top leader to mobilise support for PKR presid...
Perwakilan Pkr Boleh Bahas Dakwaan Kerjasama Dengan Umno Termasuk Perbualan Anwar Zahid Pada Kongres Jun

Perwakilan Pkr Boleh Bahas Dakwaan Kerjasama Dengan Umno Termasuk Perbualan Anwar Zahid Pada Kongres Jun

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 249 hits
May 3 2021 PETALING JAYA Pimpinan PKR memberi kebebasan penuh kepada perwakilan membahaskan dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno termasuk rakaman perbualan kontroversi dikatakan antara presiden parti Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad...
Zahid Axes Shahidan As Perlis Umno Chief Ahead Of Supreme Council Meet

Zahid Axes Shahidan As Perlis Umno Chief Ahead Of Supreme Council Meet

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 301 hits
Arau MP Shahidan Kassim has been axed as the Perlis Umno chief ahead of tomorrow s supreme council meeting Party president Ahmad Zahid Hamidi said Shahidan will be replaced with Perlis Menteri Besar Azlan Man instead effective today Zahid i...
Ipf Enggan Kerjasama Dengan Mic Kekal Sokong Umno Dan Mca

Ipf Enggan Kerjasama Dengan Mic Kekal Sokong Umno Dan Mca

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 329 hits
Parti mesra BN Barisan Kemajuan India Se Malaysia hari ini mengumumkan untuk tidak bekerjasama dengan MIC yang merupakan parti komponen gabungan itu IPF berkata keputusan itu susulan tindakan Presiden MIC SA Vigneswaran yang melabel beberap...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti