Ladang Persendirian Haram Seluas 35 Hektar Diserbu Bazookapenaka



DIA dikatakan ‘kebal’ namun segala kegiatan pencerobohan tanah selama lima tahun di Kompartmen 19, Hutan Simpan Gunung Inas itu akhirnya dihidu pihak berkuasa.
Malah, hasrat suspek yang juga kontraktor untuk menanam kelapa sawit dan durian Musang King di kawasan itu juga tidak kesampaian apabila ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) bersama seorang pekerjanya, kelmarin.
Pengarah JPNK, Roslan Rani berkata, suspek yang dikatakan ‘kebal’ sebelum ini membuat pagar di tanah berkenaan bagi mengelak orang awam dan penguat kuasa menghidu kegiatannya.
“Kawasan hutan berhampiran Mahang, Kulim itu dibersihkan dan dijadikan kawasan pertanian serta ternakan haiwan,” katanya.
KANDANG rusa dan kambing yang dibina suspek. FOTO ihsan JPNK
Dalam serbuan jam 4 petang bersama anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), merampas 36 rusa, tujuh landak, tiga burung unta serta empat kuda yang diternak dan dipelihara secara haram di dalam hutan berkenaan.



Menurutnya, kontraktor berusia 43 tahun itu ditahan ketika berehat di rumah kayu yang dibina di dalam hutan terbabit.
“Pekerjanya pula yang juga warga Bangladesh berusia 46 tahun sedang membina chalet di kawasan itu,” katanya.
Roslan berkata, rumah yang dibina di dalam hutan berkenaan adalah daripada jenis kayu yang bernilai tinggi.
Menurutnya, serbuan dilakukan selepas JPNK menerima maklumat awam mengenai kegiatan lelaki terbabit manakala risikan dilakukan selama seminggu untuk meneliti kegiatannya.
KONTRAKTOR ceroboh hutan selama lima tahun bina kawasan pelancongan haram. FOTO ihsan JPNK
“Anggota JPNK terpaksa meredah hutan untuk melakukan intipan dari atas bukit sebelum serbuan.
“Semasa serbuan, tiga pekerjanya sedang membina chalet namun dua daripada mereka melarikan diri ke dalam hutan,” katanya.
Roslan berkata, siasatan awal mendapati kawasan itu sudah diceroboh dan diteroka sejak lima tahun lalu dengan anggaran perbelanjaan melebihi RM500,000.
“Pihak kami turut merampas sebuah jengkaut yang digunakan untuk meratakan hutan berkenaan selain sebuah lori dan pacuan empat roda.
“Haiwan ternakan pula akan diserahkan kepada Perhilitan untuk disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
“Dua lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Mahang sebelum dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.
SURAU yang belum siap dibina disita pihak berkuasa. FOTO ihsan JPNK
Roslan berkata, kes itu akan disiasat mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 iaitu Seksyen 32 (1) kerana menduduki dan menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, lelaki terbabit turut berdepan siasatan mengikut Seksyen 81(1)(b) kerana menebang pokok dengan membawa hukuman yang sama.
“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 81(1)(e) kerana membersih atau membajak tanah dalam Hutan Simpanan Kekal untuk tanaman serta Seksyen 47(1) kerana memasuki hutan tertutup tanpa kebenaran.
“Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.



Pasang pagar zink untuk kaburi pihak berkuasa
Suspek kontraktor mahu menjadikan kawasan terbabit sebagai pusat pelancongan menerusi pembinaan dua chalet dan penternakan haiwan.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) Roslan Rani berkata, kawasan hutan seluas 35 hektar sudah diteroka lelaki berkenaan.
“Dia juga sudah menanam kelapa sawit termasuk membina rumah, kolam ikan serta kandang haiwan ternakan seperti rusa, landak, burung unta dan kuda,” katanya.
Beliau berkata, suspek berusia 43 tahun itu membersihkan kawasan itu secara berperingkat dan projek terbarunya adalah menanam durian Musang King selain kelapa sawit.
SUSPEK teroka kawasan hutan seluas 35 hektar secara berperingkat selama lima tahun. FOTO ihsan JPNK
Roslan berkata, bagi mengaburi pihak berkuasa dan orang ramai, suspek memasang pagar zink di hadapan pintu masuk kawasan berkenaan.
Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran tanah itu sudah menjadi miliknya.
“Sebenarnya itu adalah modus operandinya untuk menceroboh hutan berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, Roslan berkata, JPNK tidak akan berkompromi dengan kegiatan pencerobohan hutan simpan kekal kekal kerana ia boleh merosakkan ekosistem alam dan merugikan negara. – Harian Metro
(Visited 359 times, 378 visits today)

Comments comments


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/09/ladang-persendirian-haram-seluas-35-hektar-diserbu-bazookapenaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
220 000 Hektar Ladang Pula Dijual Lagi Kerja Dap

220 000 Hektar Ladang Pula Dijual Lagi Kerja Dap

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 356 hits
Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada CEO Sime Darby Lantikan DAP 220 000 Hektar Ladang Pula DiJual Sime Darby memliki konsesi ladang sawit dengan keluasan 220 000 hektar di negara Liberia di Afrika Konsesi yang luasnya 3 kali juml...
Ekonomi Halal Seluas Lautan Biru

Ekonomi Halal Seluas Lautan Biru

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 346 hits
Oleh Dr Hakimah Yaacob HALAL adalah cabang ekonomi baharu yang bukan hanya bertumpu kepada makanan semata mata namun mencipta Prosedur Operasi Standard berkualiti tinggi membabitkan kebersihan keselamatan pembuatan perkhidmatan pemakaian se...
Walhi 288 Perusahaan Rusak 4 5 Juta Hektar Ekosistem Gambut

Walhi 288 Perusahaan Rusak 4 5 Juta Hektar Ekosistem Gambut

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 236 hits
WALHI kata Zenzi mengidentifikasi ada sekitar 11 sampai 16 perusahaan di Riau yang setiap tahun dari 2013 hingga 2016 terus melakukan pembakaran dengan pola berulang Perusahaan ini juga mempunyai siklus tertentu dan berpindah
Pandangan Mufti Tentang Vaksin Haram Ke

Pandangan Mufti Tentang Vaksin Haram Ke

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 334 hits
Pandangan Mufti Tentang Vaksin Haram ke Isu vaksin di kalangan ibubapa di Malaysia memang tak pernah surut Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi dan banyaknya platform untuk rakyat bersuara semakin lantang lah ibubapa memeberikan penda...
Gula Gula White Rabbit Tiada Halal Jakim Brunei Isytihar Haram

Gula Gula White Rabbit Tiada Halal Jakim Brunei Isytihar Haram

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 2231 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia setakat ini tidak pernah menerima sebarang permohonan sijil halal terhadap gula gula susu White Rabbit yang diimport dari China dan sememangnya popular dikalangan kanak kanak sejak tahun 90an lagi Gula gula W...
5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019

5264 Kempen Bezakan Halal Haram Utusan Malaysia 11 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 404 hits
PENULIS percaya ramai yang keliru apabila timbul gesaan untuk membeli atau mengutamakan produk Muslim Tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang melancarkan kempen untuk membeli produk Muslim terus dilabel sebagai usaha untuk memboiko...
Bakar Tumpukan Jerami Pencari Madu Hanguskan 3 Hektar Lahan Di Gunung Lawu

Bakar Tumpukan Jerami Pencari Madu Hanguskan 3 Hektar Lahan Di Gunung Lawu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 292 hits
Menurutnya anggota BPBD Magetan bersama polisi hutan mengecek kebenarannya Dari cek lokasi memang ada lahan yang terbakar Namun bukan di puncak Gunung Lawu Melainkan di lereng Gunung Lawu atau jalur pendakian
Halal Haram Tolak Tepi Suci Bersih Cari Yang Hipster

Halal Haram Tolak Tepi Suci Bersih Cari Yang Hipster

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 914 hits
Halal haram tolak tepi suci bersih cari yang hipster ya agak pelik tajuk posting is malamnie sebab is geram tengok gambaq nie haaaa Kalau dulu dalam ujian lisan SPM kita kena buat ayat serta cerita berpandukan ayat eh ayat pulak berpandukan...
Ratusan Hektar Hutan Gunung Merbabu Terbakar

Ratusan Hektar Hutan Gunung Merbabu Terbakar

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 248 hits
Junita menyampaikan pihaknya sudah berkoordinasi dengan BPBD Kabupaten Boyolali Magelang dan Semarang untuk melakukan upaya pemadaman
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini