Labuan Wilayah Pertama Di Malaysia Capai Herd Immunity


Labuan yang pertama capai imuniti kelompok bendung COVID-19



LABUAN: Labuan hari ini selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa, menjadikan pulau bebas cukai itu Wilayah Persekutuan dan negeri pertama di Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan COVID-19.

Wilayah Persekutuan itu telah memberi suntikan vaksin kepada 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa yang disenaraikan sebagai layak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan menyifatkan program ini sebagai tugas yang sukar tetapi mengakui kerjasama berpasukan yang hebat telah membuahkan kejayaan.

Pengerusi CITF Labuan Rithuan Ismail berkata sebanyak 54,800 (80 peratus) daripada jumlah populasi yang layak untuk divaksin, telah menerima dua dos vaksin.

"Kami gembira dapat mencapai imuniti kelompok tiga hari lebih awal daripada tarikh sasaran iaitu 30 Julai.

"Pencapaian itu adalah kejayaan penduduk di pulau ini yang peka terhadap kepentingan vaksinasi COVID-19, serta kerja berpasukan daripada pasukan petugas khas dan masyarakat sebagai sukarelawan yang dinamakan Privo Team (Prihatin Volunteers).

Vaksinator kesihatan menyediakan suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), hari ini. - Foto BERNAMA "Jumlah penduduk yang divaksin pada Jun kurang daripada 14,000 tetapi meningkat dengan drastik kepada 40,800 dalam masa 37 hari dan (terus meningkat) hari ini," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan seorang individu menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech, bagi melengkapkan imunisasi terhadap 54,800 orang, di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan di sini.

PICK Labuan dilancarkan pada 27 Februari lalu oleh Senator Datuk Bashir Alias yang menjadi individu pertama di Labuan menerima dos pertama vaksin.

Secara keseluruhannya, program vaksinasi di Labuan berjalan lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kes dan kemunculan varian Delta.

Setakat semalam, Labuan merekodkan jumlah kumulatif 9,607 kes COVID-19 dan 146 kematian akibat wabak itu. Lapan kes dicatat semalam namun tiada kematian dilaporkan.

CITF Labuan merekodkan 95.7 peratus atau 65,521 daripada 68,500 populasi dewasa menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam.

Bagi mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok, CITF dan JPBN Labuan (diketuai oleh personel Jabatan Kesihatan Labuan) telah memperluaskan program itu dengan menjalankan vaksinasi dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang terlantar sakit.

"Kami juga melaksanakan vaksinasi pandu lalu dan 'walk-in' yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Penduduk, menyaksikan ramai penduduk dari 27 kampung datang ke PPV," katanya dan menambah Labuan mempunyai sembilan PPV termasuk satu di terminal feri antarabangsa untuk pekerja dalam sektor perkapalan, serta minyak dan gas.

JPBN dan CITF Labuan yang diketuai oleh Jabatan Kesihatan turut disertai wakil daripada Perbadanan Labuan, Majlis Keselamatan Negara, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata penduduk Labuan harus bersedia untuk hidup dengan COVID-19 dan yang paling penting, perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Sekurang-kurangnya satu ke dua tahun kita akan hidup dengan pandemik ini. Kita perlu memastikan ahli keluarga dan rakan-rakan telah divaksin penuh bagi melindungi diri kita daripada COVID-19," katanya. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/labuan-wilayah-pertama-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Dijangka Capai Herd Immunity Kurang Daripada 5 Minggu

Malaysia Dijangka Capai Herd Immunity Kurang Daripada 5 Minggu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 214 hits
Peningkatan jumlah pemberian vaksin harian di Malaysia memberi sinar baharu apabila Imuniti Kelompok iaitu sebanyak 80 penduduk telah divaksin dengan dua dos dijangka dapat dicapai lebih awal Menerusi Iaporan daripada Jawatankuasa Khas Jami...
Batam Butuh Tambahan 1 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Untuk Capai Herd Immunity

Batam Butuh Tambahan 1 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Untuk Capai Herd Immunity

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 259 hits
Ia mengatakan berdasarkan pernyataan Presiden Joko Widodo pasokan vaksin akan tiba lagi untuk warga se Indonesia termasuk Kota Batam
Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 506 hits
Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Malaysia memperoleh pingat pertama di temasya Sukan Olimpik Tokyo menerusi beregu badminton lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Beregu nombor 1 negara itu me...
Lihat Siapa Di Depan Perlekeh Malaysia Selepas Lsraei Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

Lihat Siapa Di Depan Perlekeh Malaysia Selepas Lsraei Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 335 hits
Umum ketahui bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan yang baik bersama lsraeI yang dikuasai oleh Zi0nis berserta kekjaman yang dibuat terhadap PaIestin membuatkan rakyat Malaysia kurang senang dengan lsraeI Ketegangan antara Malaysia dan l...
Tokyo 2020 Aaron Chia Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Pertama Untuk Malaysia

Tokyo 2020 Aaron Chia Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Pertama Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 335 hits
Soh Wooi Yik dan Malaysia s Aaron Chia meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan Indonesia untuk menang pingat gangsa Olimpik Tokyo AFP PETALING JAYA Satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lel...
Kabupaten Bogor Terima 99 625 Vial Vaksin Herd Immunity Masih Jauh Dari Target

Kabupaten Bogor Terima 99 625 Vial Vaksin Herd Immunity Masih Jauh Dari Target

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 233 hits
Pemerintah Kabupaten Bogor menerima pasokan vaksin sebanyak 99 625 vial Sebelumnya stok vaksin di kabupaten tersebut menipis Kepala Dinas Kesehatan Kabupaten Bogor Mike Kaltarina mengungkapkan vaksin yang tiba pada 30 Juli 2021 itu telah di...
Bangun Herd Immunity 1 3 Juta Warga Sulsel Divaksinasi Covid 19

Bangun Herd Immunity 1 3 Juta Warga Sulsel Divaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 269 hits
Selain menggenjot pelaksanaan vaksinasi Covid 19 Andi Sudirman mempersiapkan langkah langkah untuk upaya pengendalian penyebaran virus corona Sejumlah dilakukan seperti melakukan pemantauan ketat oleh puskesmas dan posko PPKM desa kelurahan...
Covid 19 Herd Immunity

Covid 19 Herd Immunity

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 283 hits
Herd immunity is the indirect protection from a contagious infectious disease that happens when a population is immune either through vaccination or immunity developed through a previous infection This means that even people who are not vac...
Gubernur Sumsel Keluhkan Pasokan Vaksin Ngadat Target Herd Immunity Terancam Gagal

Gubernur Sumsel Keluhkan Pasokan Vaksin Ngadat Target Herd Immunity Terancam Gagal

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 309 hits
Gubernur Sumatera Selatan Herman Deru mengeluhkan pasokan vaksin Covid 19 tak sesuai dengan kebutuhan Jika kondisi ini terus terjadi dia khawatir target herd immunity pada Januari 2022 gagal dicapai
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord