La Meridien Kl 2 Hari 1 Malam 28 Sept 2023 29 Sept 2023
Azam 2024, makcik berjanji akan sentiasa memastikan blog ini berupdate .INSYAALAH.ha ha ha teringin nak rajin update mcm mula2 makcik berblog tahun 2009 . Pada waktu tu,kebanyakan post2 makcik banyak berkisar kisah anak2 takpun masak2 . alah masak maen2 je, ikut mood makcik. Janji ada modal tuk update blog . Tahun 2009, anak2 makcik dah besau, yg kecik tinggal sibongsu umur 4 tahun sekarang dah 18 tahun form 6. Saper yg ikut blog makcik, dorang tahulah,, makcik selalu update pasal sibongsu, makcik gelar dia sibusyuk masyam. Sekarang sibongsu suka bahasakan diri dia "Daus".
Tak tahu dari mana nak mula update. Banyak sgt entry , gambar tersimpan dlm draft. Lat tali lat tali tam plom , Ok lah makcik update dulu percutian 2 hari 1 malam makcik ngan daus bulan 9 2023 . Bercuti santai2 je, just untuk berehat. Kat rumah takde maknanya nak berehat, ada je keja umah nak buat kan . Cara makcik nak betul2 berehat, tak nak pikir pasal kerja2 rumah, makcik akan bercuti ,gilah mana hotel2, dapat tido dalam semalam pun jadiklah . Gi ngan Daus oklah semalam. Kalau gi ngan anak menantu cucu conform2 4 malam.
Petang khamis makcik bertolak dari rumah ke KL sentral naik komuter Sampai KL sentral, makcik cakap ngan Daus nak jalan kaki gi Le Meridien ke, Daus cakap , jauh dia tengok waze 20 minit gak nak jalan kaki . Makcik cakap, ok.makcik ambik grab. Malas nak bertengkar. Pagi , masa turun ke bawah, nak ambik makanan dari rider kat bawah, kitaorang nampak KL sentral ,baru perasan Le.Meridian kat tepi KL Sentral je. Kemain naik grab ...
Lepak kat sini sementara menunggu grab datang, bawak gi muzium negara. Daus terpaksa ikut makcik gi muzium .ekceli dia tak nak gi
Le Meridien ,Hilton kedua-dua hotel sebenarnya bersebelahan
Superior room, city view
Motip daus ambik gambar ni??
Dah terbiasa, setiap kali gi hotel bawak peralatan mandian dari rumah
Malam2 Daus suka minum kopi kat tepi tingkap sambil healing
Sila percaya, masa korang tengok tv kat hotel lah , korang akan jumpa drama zaman kegemilangan spektra .Korang kenalah tengok sampai habis. hurmmmm
Kat bawah tu KL Sentral daus
Pool share jugak ngan hilton
pool hilton
Duk hotel masa hari bekerja seronok , tak ramai org
Setiap kali gi pool makcik akan bawak makanan, beshalah lepas berendam conform perut lapau
Rupa muka budak kena paksa gi muzium, makcik pun satu, tiber nak wat lawatan ke Muzium .ha ha ha
Masa dalam Muzium makcik banyak ambik gambar, tapi malas nak tepek kat sini.
KL Sentral, Nu Sentral sebelah Le Meridien, banyak tempat makan best2, makcik nak jugak ajak Daus gi makan kat Bangsar Shopping Centre . Tak salah kan makcik B40 nak makan kat sini sambil ambik vibe org have2. la la la
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2024/01/la-meridien-kl-2-hari-1-malam-28-sept.html