Kumpulan Revenue Valley Berkongsi Kasih Sayang Sempena Hari Makanan Sedunia


Kumpulan Revenue Valley iaitu syarikat induk kepada rangkaian restoran terkenal Tony Roma's, The Manhattan FISH MARKET dan NY Steak Shack di Malaysia meraikan Hari Makanan Sedunia dengan mengagihkan makanan kepada beberapa organisasi dan rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor



Kumpulan Revenue Valley tampil dengan inisiatif mengagihkan lebih daripada 280 hidangan kepada enam pertubuhan kebajikan kanak-kanak pada 15 dan 16 Oktober 2023 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Usaha murni ini selaras dengan dedikasi syarikat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Sifar Kelaparan menjelang tahun 2030, mengiktiraf makanan sebagai hak asasi manusia yang penting



Bertemakan "Hidangan Kasih", kempen pembahagian makanan itu telah memanfaatkan rumah kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan makanan dari restoran terkenal - Fish & Chips daripada The Manhattan FISH MARKET, Chicken Pasta daripada Tony Roma's, dan Crispy Chicken  daripada NY Steak Shack



Ketika lawatan mereka ke dua buah rumah iaitu Rumah Titian Kaseh dan Rumah Hope,  wakil-wakil daripada Kumpulan Revenue Valley turut serta dalam aktiviti dan permainan menyeronokkan yang dianjurkan bersama kanak-kanak di sana. Ini merupakan antara salah satu usaha mereka dalam meraikan Hari Makanan Sedunia bersama kanak-kanak yang memerlukan. Keperluan asas seperti pek makanan kering juga turut disumbangkan, antaranya, termasuk beras, minyak masak, bahan masakan, garam, gula, susu dan barangan mandian



Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi dan Rumah Bakti Nur Syaheera juga antara penerima "Hidangan Kasih" daripada Kumpulan Revenue Valley



"Hari Makanan Sedunia adalah hari antarabangsa yang disambut pada setiap tahun pada 16 Oktober untuk memperingati penubuhan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945. Kami berbesar hati untuk meraikan hari ini dengan berkongsi makanan dan bekalan keperluan asas dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.” 


"Revenue Valley percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak menikmati hidangan yang hangat, bukan sahaja pada hari istimewa ini, tetapi pada setiap hari. Melihat senyuman di wajah mereka ketika mereka menikmati hidangan, merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buat kami.”
"Kami percaya dengan penglibatan ini, kami dapat membentuk masa depan yang lebih cerah agar kanak-kanak ini dapat membesar dengan baik dan sekaligus menerapkan sifat berkongsi dengan komuniti. Kami berharap usaha kecil kami ini dapat membantu individu yang kurang bernasib baik. Membayangkan dunia di mana tiada kanak-kanak tidur dalam keadaan lapar, merupakan Impian kami.” 


“Inisiatif ini mencerminkan usaha kami kami dalam menjana impak positif terhadap komuniti di sekeliling kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, Daniel Chan Lek Seong



Penyertaan Kumpulan Revenue Valley pada Hari Makanan Sedunia membuktikan tanggungjawab sosial dan komitmennya untuk memberi kembali kepada masyarakat. Dengan menyokong usaha global ini, syarikat itu berhasrat untuk menyumbang kepada pengurangan kelaparan dan mempromosikan hak asasi manusia terhadap makanan

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my, www.manhattanfishmarket.com, atau www.nysteakshack.com. 
#HidanganKasih







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/10/kumpulan-revenue-valley-berkongsi-kasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Lautan Sedunia Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

Hari Lautan Sedunia Warisan Laut Dalam Yang Tidak Didendang

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 148 hits
Oleh Prof Madya Dr Izwandy Idris Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Baru baru ini dunia digemparkan dengan kemalangan yang menimpa kapal selam Titan akibat ledukan semasa dalam aktiviti lawatan ke bangkai kapa...
Dapat Hadiah Handbag Sempena Hari Jadi Tahun Ni

Dapat Hadiah Handbag Sempena Hari Jadi Tahun Ni

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 131 hits
Assalamualaikum Walaupun hari jadi Cik Nor dah lama berlalu tetap juga cIk Nor nak abadikan kat sini sebagai kenangan dihari tua nanti Eh bukan sekarang ni Cik Nor dah tua ke Haha Lantakla tua ke muda ke janji bahagia sokmo orang kata Tak g...
Anlene Mobility Check Sempena Hari Osteoporosis

Anlene Mobility Check Sempena Hari Osteoporosis

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 178 hits
20 Oktober setiap tahun merupakan Hari Osteoporosis sedunia Kali ini mummy sertai Anlene World Osteoporosis Day 2023 untuk melakukan saringan kekuatan tulang dan kekuatan otot di IOI City Mall Putrajaya Anlene Mobility CheckAnlene Mobility ...
Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2023

Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 204 hits
Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober pada setiap tahun adalah kempen kesedaran kesihatan Mental sedunia yang dikhususkan demi pendidikan global serta kesedaran dan advokasi terhadap stigma sosial berdekatan Ia pertama kali disambut pada...
Gelar Forum Edukasi Nasional Kip Peringati Hari Hak Untuk Tahu Sedunia Dan Sumpah Pemuda 2023

Gelar Forum Edukasi Nasional Kip Peringati Hari Hak Untuk Tahu Sedunia Dan Sumpah Pemuda 2023

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 92 hits
Pentingnya keterbukaan terhadap informasi publik dalam mewujudkan masyarakat yang lebih demokratis dan transparan
13 Oktober Memperingati Hari Tanpa Bra Sedunia Ini Maksud Dan Tujuannya

13 Oktober Memperingati Hari Tanpa Bra Sedunia Ini Maksud Dan Tujuannya

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 99 hits
Tak sedikit orang yang salah kaprah dalam mengartikan perayaan ini ke arah negatif
Revenue Valley Group Spreads The Love On World Food Day

Revenue Valley Group Spreads The Love On World Food Day

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 185 hits
Revenue Valley Group Spreads The Love on World Food Day In celebration of World Food Day the parent business of Malaysia s Tony Roma s The Manhattan FISH MARKET and NY Steak Shack franchisees Revenue Valley Group provided meals to numerous ...
Makan Tengah Hari Dekat Mykori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong

Makan Tengah Hari Dekat Mykori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 288 hits
MyKori Dessert Cafe Bandar Puteri PuchongMyKori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong Tempat Makan Menarik Di Puchong Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Minggu lepas kebetulan ikut kawan kawan buat konten media sosial diorang jadi MOMI s...
Army You Guys Ready Tiket B Verse Mula Dijual Hari Ini

Army You Guys Ready Tiket B Verse Mula Dijual Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 81 hits
Siapa je yang tak kenal dengan BTS Group idol lelaki Kpop paling popular di dunia Korang tahu tak yang BTS akan mengadakan pameran di Malaysia Kalau korang perasan dekat socmed banyak iklan mengenai B VERSE di sekitar lembah Klang terpapar ...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Nostalgia Raya Di Legoland Malaysia Resort

Embracing Happiness And Mental Well Being At Pasar Besties Bazaar

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

6 Pegawai Kanan Dan Anggota Polis Ditahan Semula Mengikut Sosma

Apple Dilaporkan Meminta Maaf Atas Iklan Kontroversial Ipad Pro Nya

Kopi Saigon Indera Mahkota 7 Catat Jualan Tertinggi Daripada 100 Cawangan Seluruh Negara