Anlene Mobility Check Sempena Hari Osteoporosis




20 Oktober setiap tahun merupakan Hari Osteoporosis sedunia. Kali ini, mummy sertai Anlene World Osteoporosis Day 2023 untuk melakukan saringan kekuatan tulang dan kekuatan otot di IOI City Mall Putrajaya.


Anlene Mobility Check
Anlene Mobility Check untuk saringan kekuatan tulang dan kekuatan otot berlangsung selama 4 hari di IOI City Mall dari 5 Oktober sehingga 8 Oktober 2023
Terlepas atau tak sempat untuk buat saringan kekuatan otot dan kekuatan tulang Anlene Mobility Check. Jangan risau, korang boleh semak untuk lokasi dan tarikh  di https://www.anlene.com/my/ms/anlene-move-check.html

Mesin khas untuk saringan kekuatan tulang
Saringan Kekuatan Tulang - Anlene Mobility Check
Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check. 
Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah. Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.
Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas. Saringan Kekuatan Otot - Anlene Mobility Check


Untuk saringan kekuatan otot, mummy diberikan satu latan untuk menarik picu. Dari hasil tarikan tangan itu, di dapati kekuatan otot mummy adalah normal.
Bagaimana pula dengan hasil saringan dari kekuatan tulang? Kekuatan tulang mummy adalah sangat berisiko. Almakumlah, mummy pun dah berumur 41 tahun kan.
Solusinya, kena minum susu setiap hari, makanan makanan berkhasiat dan melalukukan aktiviti sihat.



Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata: “Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita. 
Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.” 
Hari Osteoporosis Sedunia 2023
Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2023, Anlene Malaysia mengukuhkan komitmen teguhnya untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kesihatan tulang dan otot dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan penjagaan proaktif untuk kesihatan tulang mereka, Anlene Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kongsi runcitnya, AEON serta rakan kongsi perubatannya, Columbia Asia Hospital Puchong.
Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang dan otot mereka.


Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang boleh menjejaskan ramai orangsecara senyap. “Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul,” kata Dr. Paisal.
Tambahnya lagi, "Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.
“Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan,” nasihat Dr. Paisal.
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan, “Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif,” jelas Yen Lee.
Anlene™ GOLD 5X™



Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium & vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral. 
Satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.
Pemakanan yang baik adalah asas untuk membina dan mengekalkan tulang, sendi, dan otot yang kuat yang amat penting untuk gaya hidup yang aktif. 


Dapatkan saringan pemeriksaan status kekuatan tulang2 dan otot anda secara PERCUMA di roadshow Anlene Mobility Check. Saringan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di pelbagai cawangan AEON dan Columbia Asia Hospital Puchong.
Untuk maklumat , sila layari https://www.anlene.com/my



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2023/10/anlene-mobility-check-sempena-hari-osteoporosis-sedunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia

Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 337 hits
Anlene jenama Susu Tepung Dewasa No 1 di Malaysia serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu baru baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Ch...
Dia Kaya Sebab Bahagiakan Mak Kak Km Hadiahkan Normah Damanhuri Gelang Emas 80 Gram Sempena Hari Lahir Ke 70

Dia Kaya Sebab Bahagiakan Mak Kak Km Hadiahkan Normah Damanhuri Gelang Emas 80 Gram Sempena Hari Lahir Ke 70

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 252 hits
Baru baru ii pelakon veteran Normah Damanhuri dilihat menyambut hari kelahirannya yang ke 70 di sebuah hotel bersama anak anak kesayangan antaranya usahawan kosmetik kontroversi Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM Dalam satu h...
Ohbulan Lancar Kempen Besties Pape Roger Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Ohbulan Lancar Kempen Besties Pape Roger Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 345 hits
Bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kesihatan mental OHBULAN bekerjasama dengan Mental Illness Awareness and Support mengumumkan pelancaran kempen Kesedaran Penyakit Mental Besties Pape Roger Kempen yang akan berlangsun...
Iwk Fitness Amp Film 2023 Suntik Semangat Kesukanan Amp Cintakan Negara Sempena Hari Malaysia

Iwk Fitness Amp Film 2023 Suntik Semangat Kesukanan Amp Cintakan Negara Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 253 hits
Sempena sambutan Hari Malaysia 2023 IWK Eco Park Pantai Dalam sebuah taman sukan dan rekreasi awam yang diuruskan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd menganjurkan program IWK Fitness amp Film 2023 bagi menyuntik semangat kesukanan dan patri...
Ini 4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Stay 45 Hari Di Thailand Tanpa Visa Pelancong

Ini 4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Kalau Nak Stay 45 Hari Di Thailand Tanpa Visa Pelancong

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 176 hits
Sejak pintu sempadan Thailand dibuka semula untuk tujuan pelancongan negara Gajah Putih itu tidak pernah lekang daripada kunjungan pelancong khususnya rakyat Malaysia Sebelum ini kerajaan Thailand meletakkan pelbagai syarat kepada pelancong...
Cerita Asal Usul Pohon Natal Di Hari Raya Natal

Cerita Asal Usul Pohon Natal Di Hari Raya Natal

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 141 hits
umat Nasrani berbondong bondong mempersiapkan segala sesuatu untuk menyambut hari raya Natal terutama mempersiapkan Pohon Natal untuk melengkapi suasana di hari raya Natal Biasanya pohon natal identik dengan Pohon Cemara tapi tahukah Sobat ...
1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self

1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 257 hits
1 Oktober 2023 Selamat Hari Lahir Dear Self Syukur Alhamdulillah 1 Oktober datang lagi Syukur Ya Allah untuk usia hari ini Allah masih berikan umur yang panjang rezeki yang mencukupi kesihatan yang baik dan cerita terindah dalam hidup KakYa...
Selamat Hari Kopi Sedunia 2023

Selamat Hari Kopi Sedunia 2023

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 278 hits
Selamat Hari Kopi Sedunia 2023 1 Oktober merupakan sambutan Hari Kopi Antarabangsa atau International Coffee Day bagi meraikan kopi sebagai minuman Juga dikenali sebagai Hari Kopi Sedunia atau World Coffee Day Tarikh rasmi pertama Hari Kopi...
Tuuu Dia Penyamun Disiang Hari Punya Lekehnya

Tuuu Dia Penyamun Disiang Hari Punya Lekehnya

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 161 hits
Aku dapat kiriman gambar ni Gambar atas tu kotak bungkusan pemberian Kerajaan Negeri Perak Ada gambar MB Perak di situ Guane boh Raja Gelap II
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita