Kumpulan Pro Anwar Mahu Tetap Tarikh Untuk Dr M Berundur




Kumpulan pro-Anwar Ibrahim akan menetapkan tarikh untuk Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada presiden PKR itu kerana mendakwa beliau tiada pendirian tetap untuk berundur.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, tarikh itu akan ditetapkan dalam tempoh seminggu.
“Sidang media sebelum ini kami minta Mahathir letak tarikh bila beliau nak serah dan dia tidak letak satu tarikh nak lepas jawatan kepada Anwar.
“Kami sendiri akan letak tarikh untuk beliau, sama ada awal Januari 2020 atau Mei 2020, cukup 2 tahun, setuju atau tidak setuju, itu pandangan kami.
“Memandangkan Mahathir ding dong ding dong nak serah kepada Anwar, kami tengok pendirian beliau sekarang lain macam, sekejap mengadakan perbincangan dengan PAS, bincang dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya kepada FMT hari ini.
Razak mengakui tiada perjanjian rasmi untuk Mahathir menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas 2 tahun, tetapi katanya, pengerusi PPBM itu perlu mengotakan janjinya kepada Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14.
“Sebelum PRU, tiada perjanjian hitam putih nak serah jawatan kepada Anwar sebab mereka sendiri tidak yakin boleh menang. Mahathir sendiri pernah cakap beliau tidak percaya boleh menang sebab itu banyak manifesto gagal dilaksana.”
Razak turut membidas Adun PPBM Selangor yang menyokong Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal 5 tahun kerana mereka hanya sebilangan kecil wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.
“Mereka (PPBM) punya kerusi di Selangor kurang dari 5, (hanya) ada 4, mereka ada kerusi yang kecil daripada 56 kerusi DUN, macam mana dia boleh kata separuh Adun setuju Mahathir berkhidmat sampai akhir penggal?
“Mereka kena cermin muka sendiri. Kamu tak bertanya Adun DAP setuju ke tidak atau PKR setuju ke tidak sebab maklumat saya dapat lain, yang sokong Mahathir kekal hanya kumpulan pro-Azmin Ali saja.”
Rabu lalu, sekumpulan Adun PPBM Selangor mengikut jejak Timbalan Presiden PKR, Azmin bersama Umno dan PAS, menyuarakan sokongan kepada Mahathir menjadi perdana menteri sehingga habis penggal.
Tetapi, Mahathir pada Khamis lalu dilaporkan berkata, beliau akan tetap mengotakan janjinya untuk memberi laluan kepada Anwar, walaupun ada permintaan untuk beliau terus menerajui negara sehingga habis penggal 5 tahun.
Katanya, beliau akan melepaskan jawatan itu apabila diyakini Malaysia dalam keadaan baik dan stabil.
Razak turut menegur segelintir pemimpin PH yang didakwa mengubah pendirian dan tidak berani mendesak Mahathir menyerahkan jawatan kepada Anwar, selepas mereka mendapat jawatan dalam kerajaan.
“Itu masalah mereka ini, sebelum ada jawatan dia setuju, tapi sekarang bila dah jadi menteri, timbalan menteri lain pula pendirian, sebab yang melantik mereka adalah perdana menteri.
“Sebagai contoh, sabelum ini kita lawan habis-habisan isu Lynas, tapi sekarang katanya nak lanjut permit operasi, apa makna sebelum ini kita lawan adalah sekadar nak menang pilihan raya umum?
“(Ahli Parlimen Kuantan) Fuziah Salleh, dulu semangat kuat bantah Lynas, sekarang bila dah jadi timbalan menteri sudah jadi tikus, tidak boleh buka mulut.”
Pengguna Facebook hari ini membidas Fuziah dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack susulan keputusan kerajaan tidak mewajibkan Lynas menghantarkan sisa radioaktifnya ke negara lain untuk memperbaharui lesennya.
Terdahulu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini dilaporkan berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan berhubung pembaharuan lesen operasi kilang Lynas selewat-lewatnya 15 Ogos ini dan sama ada pembuangan sisa radioaktifnya perlu dihantar ke Australia.
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/03/kumpulan-pro-anwar-mahu-tetap-tarikh-untuk-dr-m-berundur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Pro Anwar Kebudak Budakan Ppbm

Kumpulan Pro Anwar Kebudak Budakan Ppbm

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 389 hits
Otai Reformis kebudak budakan Bersatu Otai Reformis disarankan supaya belajar untuk tutup mulut daripada melakukan tindakan yang bersifat kebudak budakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tariq Ismail Mustafa ber...
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 586 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Peralihan Kuasa Pm Tun M Anwar Perlu Bincang Tarikh

Peralihan Kuasa Pm Tun M Anwar Perlu Bincang Tarikh

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Polemik peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dapat dileraikan menerusi pertemuan empat mata antara kedua dua pimpinan itu
3 Ngo Pro Anwar Ibrahim Desak Mahathir Undur Segera Dari Jawatan Pm

3 Ngo Pro Anwar Ibrahim Desak Mahathir Undur Segera Dari Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 237 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Angkatan Belia Islam Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat lewatnya pada 9 Mei 2021 3 NGO ...
Fed Up Pro Anwar Group Decides To Set Handover Date

Fed Up Pro Anwar Group Decides To Set Handover Date

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 224 hits
Otai Reformasi secretary Abdul Razak IsmailPETALING JAYA Fed up with the dilly dallying by Dr Mahathir Mohamad the pro Anwar Ibrahim group Otai Reformasi has decided to set the prime minister a deadline by which he should hand over the rein...
Shut Up Ppbm Man Tells Pro Anwar Group

Shut Up Ppbm Man Tells Pro Anwar Group

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 326 hits
Tariq Ismail a member of the PPBM supreme council says the group should just shut up and learn to contribute to the nation s progress PETALING JAYA A PPBM leader has censured the Otai Reformis group for saying it will set a specific date fo...
Anwar Ibrahim Ni Tengah Mabuk Ke

Anwar Ibrahim Ni Tengah Mabuk Ke

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 236 hits
Anwar tahu kalau dia hanya bergantung kepada sokongan orang Cina sahaja dan tanpa sokongan orang Melayu Anwar tidak akan kemana Anwar akan sentiasa menjadi bakal perdana menteri sampai bila bila Sebab itulah Anwar mati mati memerlukan Umno ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment