Kumpulan Perniagaan Tak Teruja Pakej Pemulih


 

Jason Thomas -June 28, 2021 Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang, berkata 40%-50% PKS dijangka menutup atau menutup sementara perniagaan kerana tidak mampu membayar gaji dan sewa.PETALING JAYA: Bimbang hilang pekerjaan dan perniagaan perlu membayar faedah tertunggak pinjaman sekali gus, antara kebimbangan besar dibangkitkan dua kumpulan perniagaan selepas kerajaan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Michael Kang, berkata pakej RM150 bilion itu tidak membabitkan jaminan pekerjaan antara PKS yang sedang tenat, bergelut untuk bertahan ketika pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Satu lagi gabungan pengusaha perniagaan kecil menggelarkan diri mereka Business Survival Group (BSG) berkata, syarat dan peraturan moratorium automatik enam bulan yang ditawarkan masih belum jelas.
Presiden Protemnya Abdul Malik Abdullah berkata, “Kami sedang berjuang untuk mendapatkan moratorium penuh selama ini dan kami gembira akhirnya kerajaan mendengar luahan rakyat, tapi kami bimbang dengan faktor kadar faedah yang akan dikenakan.
“Kami bimbang bank akan mula mengenakan caj faedah terkumpul dan mendesak pembayaran dibuat secara pukal pada 2022, dan peniaga terpaksa membayarnya. Kami juga mahu tahu jika yuran penstrukturan semula dikenakan,” katanya.
BSG adalah kesatuan 262 persatuan perniagaan dan lebih 900,000 ahli perniagaan seluruh negara yang mewakili 3.2% daripada PKS sedia ada di Malaysia.
Moratorium automatik yang diumumkan hari ini diberikan kepada peminjam individu dan usahawan mikro, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Beliau turut mengumumkan lanjutan empat bulan program subsidi upah dan membuang syarat kelayakan gaji bulanan maksimum sebanyak RM4,000 sebulan.
Malik berkata, beliau mengalu-alukan penarikan syarat gaji terhad kepada maksimum RM4,000 kerana ketika PKP banyak perniagaan yang ditutup, tetapi mahu lebih fokus kepada industri seperti hospitaliti dan pelancongan yang bergelut sejak PKP yang dilaksanakan setahun lalu.
“Ia menjejaskan kesihatan mental dan orang semakin murung, tertekan dan membunuh diri. Saya rasa kerajaan merasai apa yang rakyat rasa.
“Kami rasa bersyukur tetapi sekali lagi, sebahagian daripada industri tetap tidak dibenarkan beroperasi jadi lebih penekanan sepatutnya perlu pada hal itu,” katanya.
Awal bulan ini, Persatuan PKS malaysia memberi amaran kira-kira 50,000 atau lebih PKS akan menutup perniagaan jika PKP disambung hingga enam bulan lagi dan sebanyak 100,000 syarikat sudah pun “gulung tikar”.
Kang berkata, pengumuman hari ini oleh Muhyiddin tidak cukup membantu PKS, sambil menyatakan kebanyakan PKS ketika ini “tidak mempunyai pendapatan langsung”.
Beliau juga menjangkakan bahawa sekurang-kurangnya 40-50% PKS akan tutup atau menutup sementara perniagaan pada bulan hadapan kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pekerja.
“Saya harap kerajaan akan melihat dengan serius bagaimana cara untuk membantu PKS menjana pendapatan dan mengekalkan pekerja mereka,” kata Kang.
“Saya bimbang lebih ramai akan hilang kerja. Siapa yang akan menderita jika perniagaan terhenti untuk enam bulan? Pekerja. Adalah baik untuk membenarkan perniagaan kembali beroperasi, atau tutup sementara dan berikan pekerja RM1,000 sebulan, sekurang-kurangnya mereka ada makanan untuk makan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/kumpulan-perniagaan-tak-teruja-pakej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Pakej Pemulih Bernilai Rm150 Bilion

Pm Umum Pakej Pemulih Bernilai Rm150 Bilion

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 259 hits
On Jun 28 2021 PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau Pemulih bernilai RM150 bilion Muhyiddin berkata Pemulih bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kep...
Pakej Pemulih Hanya Beri Kelegaan Sementara Kata Penganalisis

Pakej Pemulih Hanya Beri Kelegaan Sementara Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 273 hits
Pakej rangsangan PEMULIH menunjukkan kerajaan cuba melakukan yang terbaik untuk rakyat tetapi tidak mencukupi kata penganalisis PETALING JAYA Pakej rangsangan PEMULIH yang diumumkan kerajaan Perikatan Nasional mampu memulihkan imejnya dan m...
Srikandi Sedia Main Peranan Bagi Membantu Kerajaan Melalui Pakej Pemulih

Srikandi Sedia Main Peranan Bagi Membantu Kerajaan Melalui Pakej Pemulih

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 180 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi pada 28 Jun Ia sekaligus membuktikan kerajaan prihatin dan mengambil berat mengenai bantuan yang akan diberikan kepada semua la...
Pemulih Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat Selama 6 Bulan

Pemulih Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat Selama 6 Bulan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 339 hits
Baru baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid 19 yang sehingga kini masih belum berakhir Antara...
Pemulih Senarai Bantuan Rakyat Terkini Julai Disember 2021

Pemulih Senarai Bantuan Rakyat Terkini Julai Disember 2021

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 567 hits
PEMULIH Senarai Bantuan Rakyat Terkini Julai Disember 2021 Pada tanggal 28 Jun lalu telah berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH Pakej ini telah diperkenalkan untuk meringankan beban r...
Gkp 4 0 Pemulih Bayaran Rm1 000 Amp Permohonan Baharu

Gkp 4 0 Pemulih Bayaran Rm1 000 Amp Permohonan Baharu

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 332 hits
Dalam pembentangan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerajaan bersetuju untuk memberikan Geran Khas Prihatin 4 0 kepada PKS mikro yang layak Untuk makluman p
Pemulih Keputusan Separuh Masak Moratorium

Pemulih Keputusan Separuh Masak Moratorium

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 290 hits
SEMALAM petang dah diumumkan Pelan Pemulihan Covid 19 atau PEMULIH yang diumumkan oleh PM Alhamdulillah bersyukur ada juga bantuan kepada yang betul betul memerlukan Walau nilai hanya RM100 sahaja bantuan yang diterima masih lagi layak lah ...
Permohonan Moratorium Automatik Pemulih 2021 Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan

Permohonan Moratorium Automatik Pemulih 2021 Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 652 hits
PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH 2021 PENANGGUHAN BAYARAN BALIK 6 BULAN Kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan ...
Pemulih Mara Lembaga Wilayah Kenal Pasti 9 000 Usahawan Untuk Dibantu

Pemulih Mara Lembaga Wilayah Kenal Pasti 9 000 Usahawan Untuk Dibantu

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 248 hits
Oleh LEBIH 9 000 usahawan yang terjejas dikenal pasti Majlis Amanah Rakyat dan Lembaga Kemajuan Wilayah untuk dibantu menerusi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis