Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng Hutang Salahkan Kerajaan Dahulu




Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng, Hutang Jadi Sandiwara
Kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu terbeban kerana terpaksa menanggung hutang yang tinggi mencecah RM2 bilion warisan daripada kerajaan terdahulu adalah tidak bertanggungjawab.
Hal demikian kerana Menteri Besar itu adalah sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kenyataan itu sekali gus menunjukkan sifat pemimpin-pemimpin di bawah kerajaan PH yang sebelum ini suka menuding jari kepada kerajaan BN sudah berjangkit kepada Mukhriz.
Beliau mengingatkan bahawa Mukhriz adalah Menteri Besar di bawah kerajaan BN selama tiga tahun.
“Kita fikirkan hanya Lim Guan Eng sahaja yang suka bersandiwara memainkan sentimen soal hutang kerajaan dahulu, tetapi Mukhriz juga sudah seperti Menteri Kewangan itu.
“Umum tahu jumlah terbesar hutang kerajaan Kedah adalah bagi tujuan infrastruktur pembekalan air bersih kepada orang ramai, yang sekarang kita lihat bekalan asas ini sudah pun hampir mencapai ke setiap rumah penduduk negeri ini.
“Apakah salah berhutang demi kemudahan rakyat? Adakah terbeban sekiranya rakyat mendapat kemudahan air bersih ini? soalnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada 4 September lalu, Muhkriz berharap kerajaan Pusat dapat mempertimbangkan untuk menyemak semula dasar diamalkan kerajaan terdahulu dalam usaha membantu negeri berpendapatan rendah tidak terbeban dengan jumlah hutang yang banyak.
Sebagai contoh katanya, bagi menaik taraf loji rawatan air dan lain-lain kemudahan berkaitan, kerajaan negeri telah menanggung hutang hampir RM2 billion dan ia adalah satu jumlah yang mustahil untuk dibayar kerajaan negeri.
Kata Syed Mohd. Johan Rizal lagi, sejak dahulu lagi hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat adalah bersifat boleh diuruskan, malah wujud sikap tolak ansur antara kedua-dua pihak apabila tibanya soal pembayaran.
Katanya, kerajaan Pusat di bawah pimpinan BN tidak pernah menekan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang dengan kadar segera kerana memahami kedudukan kewangan kerajaan negeri.
“Jadi kenapa tiba-tiba Mukhriz pula menyatakan kerajaan negeri terbeban. Adakah beliau tidak faham dalam pengurusan negeri dan negara bahawa hutang itu adalah perkara normal,” kata beliau.
Beliau seterusnya menarik perhatian, semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada April lepas, Mukhriz menyatakan bahawa kerajaan Pusat bersedia melupuskan hutang bekalan air di Kedah yang berjumlah RM1.7 bilion dengan menukarnya kepada geran.
“Apa sudah jadi dengan hasrat kerajaan Pusat itu. Sudah lima bulan berlalu tanpa perkembangan lanjut atau cadangan itu juga sudah U-turn,” katanya secara sinis. – UTUSAN ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/07/mukhriz-ikut-jejak-langkah-guan-eng-hutang-salahkan-kerajaan-dahulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanchez Ikut Jejak Langkah Lukaku Ke Inter Milan

Sanchez Ikut Jejak Langkah Lukaku Ke Inter Milan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 282 hits
Inter Milan akhirnya mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk mendapatkan Alexis Sanchez secara pinjaman Belum ada pengumuman rasmi dari kedua dua kelab mengenai perkara ini namun laporan Sky di Itali telah mengesahkan kedua dua ...
Lim Guan Eng Anggap Tindakan Boikot Barang Bukan Bumiputera Sebagai Cetek Pemikiran

Lim Guan Eng Anggap Tindakan Boikot Barang Bukan Bumiputera Sebagai Cetek Pemikiran

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 483 hits
Nampaknya kempem mengutamakan pembelian produk muslim semakin memberi kesan walaupun Ohmedia lihat kebanyakannya masih menafikan bahawa ia tidak akan memberikan kesan yg besar kepada ekonomi Tapi Ohmedia tertarik dengan kenyataan Menteri Ke...
Bolehkah Guan Eng Kula Pinda Perlembagaan Untuk Batalkan Pencen

Bolehkah Guan Eng Kula Pinda Perlembagaan Untuk Batalkan Pencen

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 552 hits
Hangat diviralkan kerajaan bercadang untuk menukar skim pencen penjawat awam kepada skim KWSP Betulker berita nie Para penjawat awam bakal pesara dan pesara kerajaan sila hadamkan baik baik apa yang ditulis di bawah nie Antara beberapa perk...
Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 344 hits
Rakyat diseru menolak kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam atau Bumiputera dan mengutamakan pembelian barangan Malaysia Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kempen itu yang kononnya dijalankan pihak tertentu adalah tida...
Guan Eng Semakin Hilang Kewarasan

Guan Eng Semakin Hilang Kewarasan

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Lim Guan Eng dilihat semakin hilang kewarasan sejak kempen utamakan barangan keluaran Muslim mendapat sokongan ramai Pemerhati politik Azizi Safar berkata pemimpin Pakatan Harapan khususnya Menteri Kewangan itu seolah olah tida...
Mari Berdebat Jangan Lari Ka Siong Cabar Guan Eng Dan Km Pulau Pinang

Mari Berdebat Jangan Lari Ka Siong Cabar Guan Eng Dan Km Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 303 hits
Terus siasat skandal terowong dasar laut Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi digesa menyiasat skandal terowong dasar laut Pulau Pinang Gesaan itu dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong y...
Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 500 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar MCA dan MIC yang tidak membantah secara terbuka terhadap sokongan diberikan oleh PAS dan Umno dalam kempen yang mendorong orang ramai memboikot produ...
Apa Hal Guan Eng Macam Kera Kena Belacan Kata Presiden Mca

Apa Hal Guan Eng Macam Kera Kena Belacan Kata Presiden Mca

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 364 hits
News Diterbitkan Hari ini 10 45 malam Presiden MCA Wee Ka Siong membidas Lim Guan Eng yang mencadangkan MCA gagal bersuara terhadap dakwaan kempen boikot produk bukan Islam Lim Guan Eng apa hal ini melenting lagi macam kera kena belacan Soa...
Kementerian Lim Guan Eng Dap Zalim Tidak Adil

Kementerian Lim Guan Eng Dap Zalim Tidak Adil

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 375 hits
Ini bukan ditimpa tangga tapi sudah jatuh dihempap bulldozer Sadis bila Majlis Tindakan Ekonomi Melayu terpaksa memohon Kementerian Kewangan untuk timbang semula keputusan gugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Ko...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara