Kumpulan Militan Rakyat M Sia Berstategi Baru





Strategi baharu militanSERAMAI 53 rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan Daish di Syria dipercayai cuba untuk menyusup ke sebuah wilayah di Afghanistan dan berkumpul semula dengan kumpulan militan berkenaan di negara itu.Berdasarkan maklumat terkini, rakyat tempatan itu diketuai oleh bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) Mohd Rafi Udin serta bekas gitaris kumpulan Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau Akel Zainal.Sebelum ini, kumpulan militan berkenaan terpaksa melarikan diri di sebuah bandar sempadan antara Iraq dan Syria selepas kejatuhan kubu kuat kumpulan militan itu di beberapa bandar utama di Syria.Terkini, sekumpulan rakyat Malaysia berkenaan cuba untuk menyusup masuk menerusi Iran sebelum berkumpul di Wilayah Khorasan, Afghanistan yang dikatakan menjadi lokasi baru untuk kumpulan Daish.

Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, kumpulan rakyat Malaysia itu cuba untuk berkumpul semula di Afghanistan memandangkan negara itu lebih mesra kepada perjuangan mereka.Menurutnya, wilayah itu sengaja dipilih oleh kumpulan berkenaan kerana kononnya mahu menggambarkan dalam salah satu hadis Nabi SAW berkaitan tentera akhir zaman yang wujud di sebuah tempat bernama Khurasan.“Ini adalah strategi yang agak licik bagi pimpinan utama Daish untuk memperlihatkan bahawa merekalah tentera yang dimaksudkan di dalam hadis baginda sedangkan hakikatnya tidak begitu.

MILITAN Malaysia, Mohd Rafi Udin.
"Lokasi itu bukan saja untuk kumpulan Daish yang terdiri daripada rakyat Malaysia, malah militan Iraq serta beberapa negara lain turut menjadikan lokasi itu sebagai tempat berkumpul.“Afghanistan yang kita tahu sebelum ini sememangnya menjadi kubu kuat kepada taliban dan negara itu masih tidak stabil sepenuhnya daripada sudut keselamatan dan sosio politik.“Malah, negara terbabit juga dilihat lebih mesra dengan ideologi Daish dan menjadi lokasi pengkaderan anggota militan sejak beberapa dekad lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.Mohd Mizan berkata, Syria serta Iraq sudah menjadi lokasi panas untuk pengikut Daish memandangkan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak keselamatan dua negara berkenaan.Beliau berkata, pilihan yang ada untuk pengikut Daish terutamanya rakyat Malaysia adalah berhijrah ke negara yang lebih mesra dengan ideologi mereka dan untuk agenda ini, Afghanistan adalah lokasi yang dilihat sesuai.“Sebenarnya, mungkin tidak semua rakyat Malaysia yang masih berbaki di Syria serta Iraq sanggup meneruskan perjuangan selepas mereka melihat sendiri hakikat sebenar kumpulan Daish.“Namun, untuk keluar daripada perjuangan berkenaan tidak mudah dan memerlukan satu usaha sama dengan pihak keselamatan negara lain bagi membawa mereka pulang dan menjalani pemulihan jika didapati terbabit dalam kegiatan militan,” katanya.Baru-baru ini, balu kepada Ketua Militan Malaysia, Muhammad Wanndy Mohd Jedi yang terkorban dalam satu serangan udara beberapa tahun lalu menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia.Bekas isteri Muhammad Wanndy, Nor Mahmudah Ahmad yang terselamat daripada serangan berkenaan sebelum itu berjanji untuk meneruskan perjuangan di negara berkenaan namun kini, menyatakan hasrat untuk pulang.Perkara itu turut dimaklumkan oleh waris keluarga Nor Mahmudah kepada polis April lalu dan meminta untuk dibenarkan pulang ke Malaysia.

MILITAN Malaysia, Akel Zainal.Polis tiada sebarang maklumatPOLIS tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung rakyat Malaysia yang berada di Syria sedang cuba menyusup masuk melalui Iran ke Afghanistan untuk berkumpul di satu wilayah di negara itu.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan bagaimanapun pemantauan sentiasa dilaksanakan atas faktor keselamatan.“Setakat ini, kita tiada maklumat berhubung baki rakyat tempatan yang berada di Syria mahu menyusup masuk ke Afghanistan dan berkumpul dengan anggota militan lain di negara terbabit,” katanya.Sementara itu, pendakwah bebas Ustaz Hafiz Za’farani berkata, hadis berhubung kemunculan tentera panji hitam yang datang dari arah Khurasan sememangnya ada namun tidak semua golongan boleh mendakwa bahawa mereka adalah kelompok yang dimaksudkan dalam hadis Nabi SAW.“Hadis berkenaan ada penjelasan khusus berhubung situasi berkenaan dan bukanlah semua kelompok atau kumpulan militan boleh mendakwa bahawa mereka golongan yang dimaksudkan dengan memanipulasi hadis terbabit.“Kita melihat bahawa tindakan kumpulan terbabit yang sengaja mahu berkumpul di sebuah wilayah di Afghanistan adalah untuk memanipulasi hadis berkenaan sekali gus menarik perhatian masyarakat umum serta menyertai mereka.“Apa yang dilakukan oleh kumpulan militan Daish adalah mirip kepada kejadian yang pernah berlaku di Arab Saudi apabila ada golongan pengganas yang mengaku sebagai Imam Mahdi di depan Kaabah sehingga menimbulkan kekeliruan masyarakat,” katanya. (MyMetro)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/kumpulan-militan-rakyat-msia-berstategi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fantastis Harga Rumah Baru Jennifer Dunn Ternyata Rp42 Miliar

Fantastis Harga Rumah Baru Jennifer Dunn Ternyata Rp42 Miliar

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 342 hits
Belum lama ini artis kontroversial Jennifer Dunn memperlihatkan video rumah baru nya Ternyata rumah yang diperlihatkan oleh Jennifer itu dibanderol dengan harga fantastis yakni Rp42 miliar
5 Fakta Kalimantan Jadi Ibu Kota Baru Pemindahan Pns Hingga Harga Tanah Naik

5 Fakta Kalimantan Jadi Ibu Kota Baru Pemindahan Pns Hingga Harga Tanah Naik

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 337 hits
Pemerintah akhirnya menyetujui lokasi pemindahan ibu kota jatuh di Kalimantan Selain lahannya yang luas dan diyakini aman dari bencana Kalimantan dipilih karena lokasinya berada di tengah tengah Indonesia
Jokowi Umumkan Lokasi Ibu Kota Baru Pada Bulan Agustus

Jokowi Umumkan Lokasi Ibu Kota Baru Pada Bulan Agustus

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 250 hits
Jokowi menegaskan pemerintah tidak terburu buru untuk mengambil keputusan Namun dia meminta agar keputusan lokasi pemindahan ibu kota dapat diselesaikan secepatnya
Baru Sekarang Terdapat Menu Mesra Muslim Di Red Lobster Universal Studios Japan

Baru Sekarang Terdapat Menu Mesra Muslim Di Red Lobster Universal Studios Japan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 424 hits
Jepun sentiasa memberikan kejutan dengan usaha mereka untuk menyediakan kemudahan mesra Muslim dan itulah salah satu sebab mengapa kami sering kembali ke sini Nah jika anda akan ke Jepun tidak lama lagi anda pasti gembira mengetahui bahawa ...
Kunker Ke Samosir Jokowi Kunjungi Huta Siallagan Hingga Pasar Onan Baru Pangururan

Kunker Ke Samosir Jokowi Kunjungi Huta Siallagan Hingga Pasar Onan Baru Pangururan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 176 hits
Jokowi juga akan memantau pembangunan jembatan Tano Ponggol untuk mendukung pengembangan kawasan wisata Danau Toba Jembatan tersebut diharapkan dapat memudahkan wisatawan untuk menuju Pulau Samosir melalui jalur darat
Ibu Bagai Hilang Nyawa Dah Sampai Rumah Baru Sedar Anak Tertinggal Dekat R R

Ibu Bagai Hilang Nyawa Dah Sampai Rumah Baru Sedar Anak Tertinggal Dekat R R

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 276 hits
Baru baru ini sepasang suami isteri menghadapi detik mencemaskan apabila mendapati anak ke enam daripada tujuh beradik yang berusia tiga tahun didapati tertinggal di R amp R Ayer Keroh Kisah kanak kanak tersebut sudah mula tular sejak malam...
Inovasi Dan Produk Baru Kerek Pendapatan Bfi Finance Jadi Rp 2 5 T Di Semester 1 2019

Inovasi Dan Produk Baru Kerek Pendapatan Bfi Finance Jadi Rp 2 5 T Di Semester 1 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 227 hits
Perusahaan tetap mendorong pertumbuhan bisnis untuk menjawab beragam tantangan tersebut dengan membukukan piutang pembiayaan neto Rp 16 4 triliun serta mencatat total aset senilai Rp 18 3 triliun di semester pertama 2019
Pengalaman Pertama Menjamu Selera Di Mcdonald S Pasir Pekan Kelantan Yang Baru Di Buka

Pengalaman Pertama Menjamu Selera Di Mcdonald S Pasir Pekan Kelantan Yang Baru Di Buka

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 903 hits
04 Julai 2019 yang lalu daku dan famili buat keputusan untuk jamu selera di McDonald s Yelah ramai kot yang dok bercerita burger Portuguese tu sedap sedap sedap Eh terliur dah daku ni pun tau So dipendekkan cerita daku pun ajaklah suami per...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Saiful Apek Ditahan Azlee Tidak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Cancel Oleh Airasia Move Menawarkan Fungsi Pembatalan Efisen Untuk Sebarang Alasan

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Retaining Talent For Startup Growth

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka 2025 Malaysia International Marketing Trade Chamber Ppim 29 04 2025

Resipi Sotong Sumbat Kuah Percik Yang Sedap Kaya Rasa