Kumpulan 5 Tolak Pemecatan Langgar Perlembagaan Bersatu



KENYATAAN MEDIA: Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima telah kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu. Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan adalah bahawa tindakan kami berlima mengambil kedudukan di Parlimen pada 18.05.2020 sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan kami melanggar perlembagaan parti BERSATU.
Peruntukkan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan:
(i) 10.2.2 Mengisytiharkan keluar daripada parti.
(ii) 10.2.3 Menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.
Dilihat pada takrifan di atas, amat dangkal dan tidak munasabah untuk kami dikatakan telah keluar parti sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah.
Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ianya bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak kami untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang- undang.
Yang jelas , pejabat Presiden bermain politik semasa isu Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang kini melanda negara. Ini juga menampakkan sikap diktator Presiden. Kami juga menyatakan di sini bahawa tindakan sebelah pihak (unilateral) oleh Presiden BERSATU kini dalam memecat kami tanpa sebab adalah kerana kegusaran beliau dalam menghadapi pemilihan parti serta posisi beliau yang tidak selamat selaku Perdana Menteri yang paling tidak stabil dalam sejarah pentadbiran negara kita.
Surat yang diutus kepada kami juga pada zahirnya menampakkan kecelaruan urusetia parti BERSATU kini. Ianya ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan parti dan tidak langsung menampakkan BERSATU ditadbir secara profesional. Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang diantaranya adalah para pengasas parti BERSATU sendiri adalah sangat menjelikkan serta biadab.
Pihak kami tidak menerima pemecatan salah ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk memastikan kemaslahatan ahli-ahli akar umbi BERSATU.
Kami akan memastikan BERSATU kembali ke landasan betul dan tidak lagi dijadikan wahana pacuan sesetengah pihak yang hanya tamakkan kuasa dan kedudukan. Pada Ahli-Ahli Parlimen BERSATU yang lain, kami menyeru dan memanggil anda, lihat apa yang kini berlaku pada parti kita sendiri, hilang kuasa di negeri-negeri dan menjadi bahan mainan parti yang dulu kita tentang bersama.
#Kekal Berprinsip #Selamatkan Bersatu
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Ahli Parlimen Langkawi
Pengerusi Bersatu
Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun
Timbalan Presiden Bersatu
Syed Saddiq bin Syed Rahman
Ahli Parlimen Muar
Ketua Armada Bersatu
Dato Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah
Ahli Parlimen Kubang Pasu
Dr. Maszlee bin Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27908

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Armada Tolak Surat Ros Dr M Masih Sah Pengerusi Bersatu

Armada Tolak Surat Ros Dr M Masih Sah Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 298 hits
MALAYSIAKINI yang mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi parti mesti ditolak tegas Pemuda Bersatu Armada berkata setiausaha agung parti dalam kenyataan media pada 25 Februari mengatakan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu...
Tiga Ketua Bahagian Bersatu S Gor Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Dr M

Tiga Ketua Bahagian Bersatu S Gor Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Dr M

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 324 hits
MA AYSIAKINITiga ketua bahagian Bersatu Selangor menafikan keputusan bahawa Bersatu negeri itu menyuarakan sokongan terhadap presiden parti Muhyiddin Yassin dalam pertikaian dengan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad Malah menurut mereka tiada...
Covid 19 Britain Tolak Desakan Pecat Penasihat Utama Didakwa Langgar Perintah Berkurung

Covid 19 Britain Tolak Desakan Pecat Penasihat Utama Didakwa Langgar Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 291 hits
LONDON Kerajaan Britain semalam menolak desakan untuk memecat penasihat utama Dominic Cummings yang didakwa melanggar peraturan perintah berkurung dengan melakukan perjalanan ketika mempunyai simptom jangkitan COVID 19 Cummings yang mengumu...
Kuasa Hukum Pemecatan Ruslan Buton Dari Tni Karena Dia Tolak Tka China Masuk Ke Maluku

Kuasa Hukum Pemecatan Ruslan Buton Dari Tni Karena Dia Tolak Tka China Masuk Ke Maluku

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 297 hits
Kuasa hukum Ruslan Buton Tonin Tachta Singarimbun angkat bicara soal kabar kliennya dipecat dari prajurit TNI AD karena tersandung kasus pembunuhan pada 2017 lalu Menurutnya pemecatan tersebut bernuansa politis Pada 2017 lalu Tonin mengatak...
Penjelasan Muhyiddin Bukti Tolak Ansur Presiden Bersatu Syed Ali

Penjelasan Muhyiddin Bukti Tolak Ansur Presiden Bersatu Syed Ali

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 303 hits
Astro Awani Syed Ali menjelaskan rakyat kini mahu Muhyiddin meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri kelapan sehingga PRU ke 15 Gambar fail KUALA LUMPUR Penjelasan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubun...
Tun M Kekal Ahli Bersatu Kumpulan Muhyiddin Terdesak

Tun M Kekal Ahli Bersatu Kumpulan Muhyiddin Terdesak

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 313 hits
Pergolakan dalaman Bersatu semakin hebat apabila Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya bertindak memecat pengerusi parti itu Tun mahathir Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain Sejurus selepas itu Setiausaha Agong B...
Akar Umbi Bersatu Selangor Bersama Tun M Tolak Muhyiddin Yang Derhaka

Akar Umbi Bersatu Selangor Bersama Tun M Tolak Muhyiddin Yang Derhaka

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 415 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akar umbi Bersatu Selangor tetap bersama Tun Dr Mahathir Mohamad kata Adun Kuang Salehudin Amiruddin menolak kenyataan Pengerusi Bersatu Selangor Beliau juga menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penderha...
Mpt Bersatu Bermesyuarat Malam Ini Mahathir Dan Kumpulan Serpihan Ditinggalkan

Mpt Bersatu Bermesyuarat Malam Ini Mahathir Dan Kumpulan Serpihan Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 279 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat di Kuala Lumpur malam ini Ia akan menjadi acara pertama yang diketahui dihadiri oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin setelah beliau selesai menjalani kuarantin selama 14 hari semalam ...
Ia Pemecatan Salah Langgar Undang Undang Kata Dr M Dan 4 Ahli Parlimen

Ia Pemecatan Salah Langgar Undang Undang Kata Dr M Dan 4 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 357 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain menolak tindakan PPBM menggugurkan keahlian mereka yang disifatkan pemecatan salah bertentangan undang undang Mahathir bersama Mukhriz Mahathir Syed Saddiq Syed Abdul ...
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak