Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023
Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan
Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan akan diadakan secara online pada hari Sabtu 7 Oktober 2023 jam 10 pagi sehingga 11 pagi.
Pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai kuiz ini perlu mengakses pautan Google Form yang telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan mengikut negeri masing masing. Kuiz ini dapat memberi peluang kepada anak anak pelajar sekolah menengah mendapat markah PAJSK peringkat kebangsaan.
Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan kuiz dalam talian yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).
Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti merupakan kuiz dalam talian yang menguji tahap kecekapan IQ murid dan pengetahuan para murid tentang konsep sains dan teknologi bagi kepelbagaian hidupan di Bumi merangkumi flora dan fauna, bermula dari gen ke ekosistem, dalam semua bentuk dan semua interaksinya.
Pertandingan ini juga diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO iaitu berfokuskan kepada;
- GOAL 4: Quality Education- GOAL 6: Clean Water and Sanitation- GOAL 13: Climate Action- GOAL 14: Life Below Water- GOAL 15: Life on Land
Syarat Syarat Penyertaan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah swasta.
- Semua pelajar perlu mengakses pautan Google Form yang disediakan olehpihak penganjur pada hari pertandingan untuk menyertai kuiz.
- Para pelajar perlu memastikan semua maklumat yang diberi semasa pengisian Google Form adalah tepat. Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap
Soalan kuiz adalah berdasarkan maklumat yang terdapat di; • Dua siri webinar yang akan dijalankan di capaian saluran YouTube.
• Setiap siri webinar akan melibatkan 2 topik oleh 2 orang penceramah selama 45 minit setiap seorang.
Link webinar akan diupdated apabila webinar dijalankan
- Para pelajar perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Para pelajar perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan sendiri.
- Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Para pelajar perlu menghantar jawapan sebelum masa tamat dan digalakkan untuk menghantar sejurus selesai menjawab.
Maklumat Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan
Berikut KakYa kongsikan maklumat pertandingan Kuiz Stem Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan;
- Bilangan soalan adalah sebanyak 50 soalan sahaja.- Tempoh masa menjawab kuiz selama 60 minit sahaja.- Para pelajar perlu menjawab dalam masa yang telah ditetapkan.- Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur.- Para pelajar digalakkan untuk menghantar penyertaan semasa pertandingan seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan dalam talian pada saat-saat akhir.- Markah minimum untuk kelayakan penerimaan sijil penyertaan adalah 40%.- Sijil pencapaian akan diberikan kepada 5 murid yang memperoleh markah yang tertinggi dan terpantas semasa menjawab kuiz.- Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pengisianmaklumat diri dalam Google Form pada hari pertandingan.- Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.
Pautan Pertandingan Kuiz STEM Biodiversiti Sekolah Menengah 2023 Peringkat Kebangsaan
Pautan pertandingan Kuiz Stem Biodiversiti ini hanya akan diaktifkan pada hari pertandingan iaitu 7 Oktober 2023 (Sabtu), jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 11 pagi. Peserta boleh terus mengakses link yang akan diupdated dari semasa ke semasa untuk menyertai pertandingan ini pada waktu yang telah ditetapkan dan tiada pendaftaran awal perlu dilakukan.
Para pelajar yang berminat menyertai Kuiz STEM Biodiversiti ini, sila pastikan anda mengetahui PPD SEKOLAH, KOD SEKOLAH dan NAMA PENUH SEKOLAH masing masing sebelum hari pertandingan dijalankan bagi memudahkan pengisian maklumat sekolah pada hari pertandingan nanti. Berikut adalah pautan Google Form Kuiz STEM Biodiversiti untuk semua negeri di Malaysia.
PerlisLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
KedahLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Pulau PinangLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
PerakLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
SelangorLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Wilayah Persekutuan PutrajayaLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Negeri SembilanLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
MelakaLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
JohorLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
PahangLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
TerengganuLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
KelantanLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
SarawakLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
SabahLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Wilayah Persekutuan LabuanLINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Semoga perkongsian mengenai Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/08/kuiz-stem-biodiversiti-sekolah-menengah-2023.html