Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan
Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan akan di adakan secara online pada hari Sabtu 29 Julai 2023 jam 10 pagi sehingga 11 pagi. Pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai kuiz ini perlu mengakses pautan Google Form yang telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah 2023 peringkat kebangsaan mengikut negeri masing masing. Kuiz ini memberi peluang untuk semua pelajar sekolah menengah mendapat markah 𝙋𝘼𝙅𝙎𝙆 𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙖𝙣.
Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan kuiz dalam talian yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), CGSS, Universiti Sains Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).
Pertandingan ini merupakan kuiz dalam talian yang menguji tahap kecekapan IQ dan pengetahuan para pelajar. Selain itu, tahap kuiz ini berupaya mencabar minda para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk memperluas ilmu pengetahuan tentang Teknologi Hijau.
Pertandingan ini juga diselaraskan dengan Sustainable Development Goals UNESCO iaitu berfokuskan SDG 4: Quality Education, SDG 7: Affordable and Clean Energy, SDG 11: Sustainable Cities and Communities, SDG 13: Climate Action dan SDG 15: Life on Land.
Syarat Syarat Penyertaan Kuiz Teknologi Hijau
Penyertaan Kuiz Teknologi Hijau terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah swasta. Semua pelajar perlu mengakses pautan Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur pada hari pertandingan untuk menyertai kuiz ini.
Para pelajar perlu memastikan semua maklumat yang diberi semasa pengisian Google Form adalah tepat dan lengkap. Pihak pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap.
Para pelajar perlu menjawab mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Para pelajar perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan sendiri.
Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan dan para pelajar perlu menghantar jawapan sebelum masa tamat dan digalakkan untuk menghantar sejurus selesai menjawab.
Maklumat Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan
Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan;
- Bilangan soalan adalah sebanyak 50 soalan.
- Tempoh masa menjawab kuiz adalah selama 60 minit sahaja.
- Para pelajar perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan.
- Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur.
- Para pelajar digalakkan untuk menghantar penyertaan semasa pertandingan seawal mungkin untuk mengelakkan
kesesakan dalam talian pada saat-saat akhir.
- Markah minimum untuk kelayakan penerimaan sijil penyertaan adalah 40%. Sijil akan diemailkan kepada para pelajar mengikut email yang didaftarkan.
- Sijil pencapaian akan diberikan kepada 5 murid yang memperoleh markah yang tertinggi dan terpantas semasa menjawab kuiz.
- Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pengisian maklumat diri dalam Google Form pada hari pertandingan.
- Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.
Pautan Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Kuiz Teknologi Hijau ini hanya akan diaktifkan pada hari pertandingan iaitu 29 Julai 2023 (Sabtu), jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 11 pagi. Peserta boleh terus mengakses borang ini untuk menyertai pertandingan ini pada waktu yang telah ditetapkan dan tiada pendaftaran awal perlu dilakukan.
Para pelajar yang berminat menyertai Kuiz Teknologi Hijau ini, sila pastikan anda mengetahui PPD SEKOLAH, KOD SEKOLAH dan NAMA PENUH SEKOLAH masing masing sebelum hari pertandingan dijalankan bagi memudahkan pengisian maklumat sekolah pada hari pertandingan. Berikut adalah pautan Google Form Kuiz Teknologi Hijau untuk semua negeri di Malaysia.
Perlis
https://forms.gle/Wa5N5ZR55jnCcBmb8
Kedah
https://forms.gle/LuGM4RxpzYLS7cc27
Pulau Pinang
https://forms.gle/sH1ChkJmaLQs9kPi8
Perak
https://forms.gle/4SfveD1pFCyC3Zp6A
Selangor
https://forms.gle/MQcumcL8jGg1jaoi8
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://forms.gle/vJtiCbH2d64Q5Tkv8
Wilayah Persekutuan Putrajaya
https://forms.gle/uLo4JEB4644YKg8f7
Negeri Sembilan
https://forms.gle/91hTm3guipyqEXeF6
Melaka
https://forms.gle/Tv7oG8FfytnDnWx97
Johor
https://forms.gle/XNPLEZGHkTFiWxnX6
Pahang
https://forms.gle/5XsguzSP8vq2JQEF8
Terengganu
https://forms.gle/txpot7d3hnKgYC7Y9
Kelantan
https://forms.gle/7VQHwNxLTP3FEd5n7
Sarawak
https://forms.gle/suR2T3iLYzkHWYNL7
Sabah
https://forms.gle/9yURSVKFZ43h2YQL7
Wilayah Persekutuan Labuan
https://forms.gle/gqJ6tkaZaKHgtFh56
Semoga perkongsian mengenai Pertandingan Kuiz Teknologi Hijau Sekolah Menengah Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan ini memberi manfaat buat semua. InsyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/07/kuiz-teknologi-hijau-sekolah-menengah-peringkat-kebangsaan-tahun-2023.html