Filem Rahsia Remake Filem Seram Di Pawagam 10 0gos 2023


Filem Rahsia, sebuah filem seram lakonan utama Nabila Huda yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Ogos 2023. 
Turut berlakon dalam Filem Rahsia ini, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Marsha Milan Londoh, Rashidi Ishak, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa, Mislina Mustaffa, Nabil Zakaria, Aloy Paradoks, Suhaid Mustakim, Othman Hafsham, Susan Lankester dan ramai lagi.

Filem Rahsia telah dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) dan membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987 dan akan tampil semula dengan versi reboot yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading

FILEM RAHSIA (2023)Tarikh tayangan : 10 Ogos 2023
Lakon layar & penulis skrip : Alfie Palermo
Pengarah : Shamyl Othman
Produksi : Kuman Pictures
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn. Bhd.
Genre : Seram

PELAKONPelakon yang menjayakan Filem Rahsia terdiri daripada Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Marsha Milan Londoh, Rashidi Ishak, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa, Mislina Mustaffa, Nabil Zakaria, Aloy Paradoks, Suhaid Mustakim Yahya, Othman Hafsham, Susan Lankester dan ramai lagi
WATAKNabila Huda sebagai RamlahFikry Ibrahim sebagai HamdanEman Manan sebagai Tan Sri KarimQistina Raisah sebagai MarinaSyed Ali Murtadha sebagai SaifulMarsha Milan Londoh sebagai MelorRashidi Ishak sebagai Young Tan Sri KarimNu’man Salleh sebagai Pak SallehIris Alessandra Alyssa sebagai Young RamlahMislina Mustaffa sebagai Che YahNabil Zakaria sebagai BobAloy Paradoks sebagai Inspektor HanifSuhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan AzamOthman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus
SINOPSIS RAHSIARamlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful. 
Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu. 
Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu.
LAGU TEMA (OST) RAHSIATajuk lagu : Alunan Lara
Penyanyi : Njwa
Komposer : Njwa
FILEM RAHSIA (1987)Filem berjudul RAHSIA (1987)  dibintangi Noor Kumalasari, Shukery Hashim dan Dato Yusof Haslam, merupakan Filem yang paling seram pada tahun 1987 yang masih menjadi kegemaran ramai.

Filem RAHSIA merupakan sebuah filem Melayu bergenre seram yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem RAHSIA diterbitkan dalam bentuk filem berwarna. Filem RAHSIA mula ditayangkan pada 1987 di seluruh Malaysia.

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri, Professor Hamdan (Shukery Hashim) dan Ramlah (Noorkumalasari) bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Banglo itu dibeli dari seorang jutawan Dato' Karim (Datuk Yusof Haslam) dan bapa saudaranya Haji Khalid (S. Roomai Noor).

Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Antaranya, mereka mendengar suara seorang kanak-kanak menjerit memanggil ibubapanya dan terhidu bau asap kemenyan.

Professor Hamdan seringkali dihantui mimpi seorang kanak-kanak yang dibunuh seseorang dan mayatnya disembunyikan di dalam almari di dalam sebuah bilik di stor bawah tanah banglo yang didiami mereka. 
Gangguan aneh dan mimpi yang dialami oleh Saiful pula telah membawa kepada penemuan rangka seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di dalam bilik di stor bawah tanah tersebut, sama seperti mimpi yang dialami oleh Professor Hamdan.

Dari loket ditemui pada leher rangka kanak-kanak tersebut dan nama yang tertera pada loket tersebut iaitu Karim Bin Johan, nama kanak-kanak malang itu, Professor Hamdan mula mengesyaki bahawa Haji Khalid adalah dalang di sebalik kejadian ini berdasarkan beberapa kali cubaan membunuh ke atasnya dan pembunuhan seorang pegawai akhbar atas tindakannya cuba menyiasat kejadian ini. 
Dato' Karim sebenarnya adalah anak kandung Haji Khalid dengan isterinya seorang warga Inggeris dan nama sebenar Dato' Karim adalah Salim.

RAHSIA telah diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1987. Jalan cerita filem seram ini tidak memerlukan susuk hantu yang menyeramkan, malah hanya dengan suasana dan skor muziknya juga sudah cukup akan membuatkan bulu roma penonton merinding. 
Malah pelakon kanak-kanak yang berlakon sebagai anak lelaki Shukery memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik, menjadikan RAHSIA mampu dipandang sebagai sebuah filem adaptasi seram yang memuaskan daripada Malaysia. 

gambar : Tontonfilem info : Movie Addict Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/07/filem-rahsia-2023-remake-filem-seram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Seram Thai Home For Rent

Filem Seram Thai Home For Rent

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum Selalunya kat Netflix SA suka tengok citer Korea kan sesekali tengok citer Jepun dan Thailand sebab citer diorang ni tak banyak episode so senang je nak bagi habis lagi lagi kalau citer diorang ni best dari awal episode samp...
Filem Rahsia

Filem Rahsia

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 241 hits
Rahsia adalah filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 7 serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987 dan bakal tampil semula dengan versi reboot Diterbitkan oleh ...
Rain Tetamu Istimewa Aiffa 2023

Rain Tetamu Istimewa Aiffa 2023

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 134 hits
RAIN TETAMU ISTIMEWA AIFFA 2023 Assalammualaikum semua Pada 20 Julai 2023 telah berlangsung Tayangan Perdana Filem Sumpahan Jerunei yang merupakan filem genre seram budaya tempatan kaum Melanau di Sarawak Seiring dengan tontonan tayangan pe...
Christopher Eubanks Named Winner Of The Oppo Breakthrough Inspiration Award At Wimbledon 2023

Christopher Eubanks Named Winner Of The Oppo Breakthrough Inspiration Award At Wimbledon 2023

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 206 hits
OPPO the global smart technology company and Official Smartphone Partner of The Championships Wimbledon announced Christopher Eubanks as the winner of the prestigious Established to recognise excellent performances during The Championships ...
Senarai Penjaring Gol Sepanjang Piala Fa 2023

Senarai Penjaring Gol Sepanjang Piala Fa 2023

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 232 hits
Siapakah yang bakal meraih kasut emas pada musim kali ini Siapakah penjaring gol terbanyak untuk kejohanan Piala FA 2023 yang bakal kita ketahui pada final nanti Piala FA 2023 membabitkan 18 pasukan secara keseluruhan iaitu kesemua 14 pasuk...
Senarai Pemenang Abpbh 2023

Senarai Pemenang Abpbh 2023

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 167 hits
AKTOR FILEM POPULAR Beto KusyairiAKTRES FILEM POPULAR Sophia AlbarakbahAKTRES TV POPULAR Anna JoblingAKTOR TV POPULAR MerqeenPENYANYI LELAKI POPULAR Khai BaharPENYANYI WANITA POPULAR Aina AbdulARTIS KOLABORASI DUO BERKUMPULAN POPULAR DollaB...
Mak Dan Ayah Kemalangan Pada 6 Julai 2023

Mak Dan Ayah Kemalangan Pada 6 Julai 2023

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 201 hits
pada entri tempoh hari aku ada maklumkan yang mak dan ayah aku kemalangan jalan raya mak dan ayah aku kemalangan pada tanggal 6 julai 2023 pada waktu malam cuma aku tak pasti jam berapa sepupu aku katanya bersiar siar dengan boyfriend dia b...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally