Kuih Talam Berlauk



Diharapkan belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun baru Cina buat semua rakan rakan berbangsa Cina yang menyambutnya. 

Saya sediakan kuih talam berlauk ini ketika Hubby masih di ward kerana denggi. Hampir seminggu juga berada di Hospital Thomson yang berkebetulan dengan cuti panjang sempena cuti Tahun Baru Cina. Jadi rutin saya setiap hari ialah memasak lauk pauk dan membuat kuih sebelum bersiap siap ke hospital. 

Walaupun penat, saya gagahkan diri juga untuk memasak. Saya mencuri curi masa memasak kerana telah lama tidak ke dapur. Sejak buku masakan saya 101 Resepi Dari Azie Kitchen mula dipasarkan pada awal Januari tahun ini, saya memang tiada langsung masa ke dapur. 

Setiap hari sebaik balik dari pejabat, saya akan menandatangani buku buku yang dipesan untuk mendapatkan tandatangan saya. Setiap malam, saya naik ke bilik agak lewat kerana menyiapkan buku untuk dipos keesokannya. Saya sangat berbesar hati, kerana ramai follower saya yang mahukan buku masakan yang terdapat tandatangan saya. Jadi walaupun penat, ianya sangat mengembirakan saya.   

Kuih talam berlauk ini ialah yang kedua saya sediakan. Untuk resepi sebelum ini boleh klik di SINI. Bezanya resepi sebelum ini dengan resepi ini ialah bahan bahan lapisan bawah. Kalau dulu, saya menggunakan tepung gandum, kali ini saya menggunakan tepung beras dan sedikit tepung gandum. Terpaksa campur dengan sedikit tepung gandum kerana kehabisan tepung beras. 

Serious sangat sedap, kuih talam berlauk saya hari ini. Lebih lebih lagi makan tengah lapar. Tapi biasalah kalau kuih talam berlauk, yang menentukan keenakannya ialah lauknya. Jadi jangan lokek untuk meletakkan lebih lauknya. 

Bagi menambah cantik bahagian lauknya, daun sup dan cili merah hanya dimasukkan selepas lauk masak dan telah ditutup apinya. Kalau kuih muih, bukan sahaja perlu sedap kan, tapi juga perlu cantik. Betul tak? 
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Talam BerlaukOleh: Azie Kitchen
Untuk Lauk:1 mangkuk isi ayam - potong dadu8 biji bawang merah2 ulas bawang putih1 sudu besar udang kering - saya tak letak1 tangkai cili merahSedikit daun sup dan daun bawang Sedikit serbuk lada sulah1/4 sudu kecil gula - opsyenalGaram secukupnyaSedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi
Bahan bahagian bawah:200 gram tepung beras50 gram tepung gandum250 ml santan pekat1 liter air 1 sudu kecil garam
Cara cara:Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Nota: saya tak letak udang kering kali ini.

Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan. 
Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya. Setelah ayam masak, boleh lah ditutup api. 
Masukkan bawang yang digoreng tadi bersama cili merah, daun sup dan daun bawang dan kacau rata. Ketepikan. 

Cara Membuat Talam Berlauk:Satukan semua bahan bahagian bawah dan kacau rata. Ketepikan sedikit untuk dijadikan bahan pelekat.
Masak atas api sekadar separuh masak. 

Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan yang disapu sedikit minyak. Kukus dalam periuk pengukus yang air mendidih selama lebih kurang 10 minit. 

Kemudian angkat dan tabur bahan berlauk yang telah digoreng tadi. 

Titiskan tepung yang diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. 

Kemudian sambung mengukus selama 3-5 minit lagi. Setelah sejuk, baru dipotong (jika kukus dalam talam) dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.. 

Nota:Boleh disimpan di dalam peti ais dan dikukus sekejap sebelum dihidangkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/01/kuih-talam-berlauk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Tepung Talam Klasik Dan Lemak Berkrim

Kuih Tepung Talam Klasik Dan Lemak Berkrim

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 986 hits
Assalamualaikum Hari ini terasa nak kongsi resipi Kuih Tepung Talam versi mak saya Dia yang request sebenarnya Tapi saya jujur saya tak reti Tak apa Bukan masalah besar Inilah masa nak belajar Mak saya suruh belajar kuih tradisi orang lama ...
Kuih Bahulu

Kuih Bahulu

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 761 hits
Resepi mudah Kuih BahuluSebenarnya dah lama dah nak buat bahulu sendiri Jadi juga akhirnya Setelah menempuh rintangan dan halangan ya la bukan apa anak2 ngan khaty suka makan kalau buat sendiri boleh buat macam perisa kan so mai tengok hasi...
Tidur Tiga Jam Pengusaha Fokus Tujuh Hari Hasil Kuih Bakul

Tidur Tiga Jam Pengusaha Fokus Tujuh Hari Hasil Kuih Bakul

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 607 hits
Nur Farrah Diba Azhar menunjukkan kuih bakul yang dihasilkan untuk sambutan Tahun Baru Cina Foto BernamaBUKIT MERTAJAM 18 Jan Dalam sehari saya sempat lelap tiga jam sahaja untuk menghasilkan kuih bakul yang berkualiti demikian kata usahawa...
Resepi Kuih Cara Manis Pandan

Resepi Kuih Cara Manis Pandan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 848 hits
Resepi Kuih Cara Manis PandanBahan Bahan 2 cawan tepung gandum3 cawan santan kelapa 2 biji telur10 helai daun pandanBeberapa titik pewarna hijauGula pasir secukupnya Garam secukup rasa Sedikit minyak masak Cara Cara 1 Daun pandan dicuci pot...
Cara Nak Handle Kawan Talam Dua Muka Ikut Tip Dfk Ni

Cara Nak Handle Kawan Talam Dua Muka Ikut Tip Dfk Ni

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 589 hits
Cara Nak Handle Kawan Talam Dua Muka Ikut Tip DFK Ni Kawan merupakan individu yang rapat dan mengenali kita tanpa mempunyai ikatan kekeluargaan Kawan juga merupakan tempat dimana kita sering meluahkan perasaan dan berkongsi segala galanya W...
Resepi Muffin Berlauk Atau Savoury Muffin Alamaya Info

Resepi Muffin Berlauk Atau Savoury Muffin Alamaya Info

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 429 hits
Resepi Muffin Berlauk atau Savoury Muffin Resepi muffin berlauk atau savoury muffin lembut gebus dan lauknya sedap dgn sos perang Bau wangi butter semerbak satu
Kuih Kole Kacang Lama Tak Makan Kuih Ni Kuih Tradisional

Kuih Kole Kacang Lama Tak Makan Kuih Ni Kuih Tradisional

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 947 hits
Resepi Kuih Kole Kacang Lama tak makan kuih ni Kuih tradisional Nak masak kuih ni memang mengambil masa yang agak lama tapi memang berbaloi Buku Resepi https seminitresepi my Untuk english I am Recipe Muzik https hooksounds com Resepi
Kuih Bakul Nian Gao

Kuih Bakul Nian Gao

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 894 hits
Kuih Bakul Nian GaoBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan350 gm tepung pulut300 gm gula merah50 gm gula pasir 350 ml air100 ml santan kotak1 8 sudu teh garam2 helai daun pandan simpul6 acuan remekinDaun pisang untuk membalutGelang getah un...
Tart Nenas Pineapple Tart Travel Kuih Raya

Tart Nenas Pineapple Tart Travel Kuih Raya

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 664 hits
HAI SEMUA SUKA TART NENAS TERINGIN NAK MAKANDAPATKAN DI KEDAI ONLINE SAYA YETART NENAS SAYA BUAT SENDIRIDARI BAHAN PREMIUMLEMBUT DAN SEDAPPSHOPEE tartnenas tart pineappletart
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Doa Dipermudahkan Urusan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr