Kuih Lompang Mudah Dan Sedap




Saya ingin kongsikan petikan dari video ceramah Tokku Pasir Gudang, Ustaz Md Esa Deraman yang merupakan ustaz faveret saya kerana penyampaiannya sangat bagus dengan penggunaan bahasa yang sangat tinggi pengertiannya. Ianya agak panjang tapi anda tidak akan menyesal membacanya. Kita perlu menghargai umur kita. Ambil kesempatan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Singkir semua parasit yang boleh merosak iman kita. Banyak kita lakukan muhasabah usia. 


Pesanan ulamak wahai orang berusia 40 tahun. Kamu bagai tanaman yang hampir dan bila bila masa akan dipetik. Untuk orang berumur 50an pula supaya melihat apa yang akan di bawa ke depan dan apa yang akan kamu tinggalkan. Kebaikan banyak mana yang akan kita bawa dan lihat yang kita tinggalkan untuk dunia. 


Manakala umur 60an tak ada lagi alasan untuk meninggalkan ketaatan pada Allah. Kamu sudah pun menunggu untuk bila bila masa akan dipanggil. Jangan kamu berada pada tempat yang kamu tak mahu mati. Tempat seperti gelanggang badminton, futsal. Bilik air pun tak boleh pergi, kalau nama dah dipanggil. Wahai mereka yang berumur 20-40, kematian juga boleh datang pada kamu secara mengejut. Umpama buah yang gugur sendiri tanpa dipetik. Haa itulah seruan untuk setiap phasa umur manusia.



Surah 46, juzuk 26 ayat 15-16 mengajar ayat khusus. Umur yang Allah pandang khusus. Umpama buah durian musang king yang hampir masak. Kita pantau supaya tak ada yang curi. Pasang jala. Kenapa umur 40? Sehingga manusia sampai usia kuat di mana fizikal kuat, akal dan mental cukup serta sempurna. 


Ketika umur 40an, perbanyakkan lah berdoa, Wahai Tuhanku, ilhamkan pada aku untuk aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang engkau beri pada ku, Ibubapa ku. Baiki urusan keluarga ku. Aku bertaubat pada mu dan menyerah diri pada mu. 


Ada misi khas iaitu pertama, kita sentiasa minta Allah ilhamkan untuk kita berbuat baik. Doa untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Cuba bilang semua nikmat yang kita perolehi. Ketika ini, income dah stabil, hutang dapat manage dengan baik. Kita  juga punya masa sendiri. Dah pandai susun waktu sendiri. Kita juga ada waktu lebih banyak. Ingat nikmat sehingga selamat dan panjang umur. Masih ada mata dan telinga. Masih ada selera makan. Masih boleh tidur. Doa dan syukur supaya nikmat ini akan berkekalan kerana kalau tidak bersyukur, Allah akan menarik nikmat ini. 


Kedua, untuk tempoh ini jaga ibubapa kita. Bertuah jika kita umur 40an mak ayah masih ada. Kita bertuah kerana dapat berkhidmat pada ibubapa. Jaga mak ayah dengan sempurna. Siap keperluan duniawi mereka dan jadi teman paling rapat ibubapa kita. Belajar rindu ibu ayah kita supaya ibubapa juga rindu pada kita. 


Ketiga perbanyakkan amal soleh. Waktu untuk kita belajar secara konsisten. Bukan belajar sekadar menunggu waktu solat Isyak. Sebaliknya fokus kita untuk beramal. Ya Allah aku nak buat amal soleh. Biar amalan soleh jauh lebih banyak dari amalan tak soleh. Sesiapa yang kebaikan tak atasi kejahatan maka celakalah dia. Separuh masa patut dihabiskan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Seperti mengaji, zikir, solat dhuha, sedekah dan majlis ilmu. Usaha untuk gandakan amal soleh. 


Keempat, perbaiki keluarga. Perlu masa untuk pantau isteri dan anak. Untuk baiki dan didik isteri dan anak anak, kena banyak ada di rumah. Sebelum itu, kita sibuk kerja untuk bayar rumah kereta dsb. 


Seterusnya perbanyakkan taubat. Ego biasa bagi orang muda. Nak menang semua. Nak banyak followers. Zaman sibuk dan pertempuran sengit sehingga tidak punya masa pada Allah. Masa ni lah nak cari pasangan. Umur 40 tahun masa genjatan senjata. Imbau balik masa kita umur 20 tahun apa kita buat. Tapi jangan cerita dengan orang akan dosa kita. Itu rahsia kita dengan Allah. Jangan mengaku kesalahan silam pada orang lain bila Allah tutup dosa dan aib kita. Cerita pada orang yang boleh beri nasihat tentang hukum, ok. Contoh, tanya macam mana nak taubat. Berdosa dan haram cerita apa kita buat setelah Allah tutup aib kita. Jaga maruah mak ayah kita tentang dosa dan aib mereka. Bila ada dosa, kita taubat. Tanya secara umum, apa hukum kalau ada orang tu, bla bla bla. Bukan sebut diri kita yang terlibat. 


Patuh pada semua perintah Alalh. Tiada alasan lagi untuk elakkan. Cari jalan untuk buat itu dan ini. Kenapa tak ke masjid. Sibuk nak ke sana sini. Kini kena cari ikhtiar untuk buat baik. Jika tidak, akan terbiasa sehingga tua. Jika ya, akan terbiasa buat baik maka Allah akan lapangkan masa. 


Umur 50an dan 60an kena banyak bersyukur, ucapkan Alhamdulillah kerana masih hidup. Usahakan agar jangan buat maksiat pada usia ini. Elak bergaduh dengan adik beradik. Elak suasana panas. Biar kesibukan kita untuk taat pada Allah. 


Orang mukmin akan halusi semua percakapan, pakaian, tempat duduk. Nak dok hotel pun pilih yang ada kiblat. Kalau tak, bawa kompas. Ada Quran dan sejadah tak? Nak mandi di swimming pool  kena pakai baju tutup aurat. Kita patut cari dan pilih hotel dan perbankan yang Islam. Ini jihad kita supaya kita tak terdedah dengan hotel maksiat. Kita kena memilih hukum dulu. Bukan hotel selesa atau tidak. 


Orang munafik tak peduli semua itu. Yang penting seronok. Malang sekali bagi orang yang merasa diri dah baik. Dunia tempat untuk kita terus baiki diri kita. Yang tentukan samada kita baik atau  tidak adalah Allah. Jangan nak sebut atau label orang mati ini sebagai ahli syurga. Patut kita doa semoga dia ditempatkan di syurga. Itu semua urusan Allah. 


Baiki lah umur kita. Bukan nak dakwa dakwi. Bukan perlu manusia puji. Bagaimana nak tahu Allah redha? Ianya bila kebaikan yang kita buat lebih dari kejahatan. Tempat kita buat jahat sudah disi dengan kebaikan. Kita akan kembali kepada Allah seorang diri tanpa isteri, tanpa anak. Kemudian kita akan berkumpul dengan orang yang kita sayang di akhirat. Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat. 





Saya tiba tiba teringin nak makan kuih lompang gula merah bila ternampak ada yang pos gambar dalam facebook. Lagi pulak, dah lama tak buat kuih ni. 
Resepi sebelum ini di SINI. Ianya menggunakan tepung yang dicampur dengan tepung berbeza dengan resipi kali yang menggunakan tepung beras semata. 
Resipi di SINI pula menggunakan tepung beras semata juga cuma sukatan gula merah dan gula pasir berbeza dengan sukatan resipi hari ini. Saya buat separuh adunan sahaja kerana di rumah ni, memang tak laku sangat kuih tradisional. Kuih moden pun, tengok juga apa kuihnya. Memang tak berapa laku. 
Jadi nak elakkan pembaziran, buat sikit jer. Itu pun separuh, saya bagi pada guard yang jaga keselamatan di rumah kami. 

Alhamdulillah lembut jer kuih ini. Jangan lupa untuk panaskan dulu acuan sebelum dituang adunan. Ianya adalah petua untuk menjadikan kuih ini berlubang di tengah, ala ala lesung pipit. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Kuih Lompang Gula Merah Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan1 cawan gula merah ¼ cawan gula pasir 2 cawan tepung beras  4 cawan air Sedikit air kapur - jernih
Cara cara:Masak gula merah dan gula pasir bersama separuh dari air. Tapis dan sejukkan. Nota: jika guna gula merah berkualiti, tak perlu tapis pun. 
Setelah sejuk tuang air gula ke dalam tepung beras. Tuang baki air dan air kapur.
Gaul sebati supaya adunan tak berketul ketul. Tapis ke dalam jug supaya mudah dituang dalam acuan.
Lumur minyak pada acuan, masukkan ke dalam pengukus dan panaskan acuan selama 5 minit.
Kemudian tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Nota: saya kukus selama 25 minit. Angkat dan sejukkan.

Hidangkan dengan kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam.
Nota:Saya buat separuh adunan sahaja. Menghasilkan 13 biji kuih lompang. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/08/kuih-lompang-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siakap Bakar Ala Kuala Perlis Resipi Mudah Sangat Sedap

Siakap Bakar Ala Kuala Perlis Resipi Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 196 hits
Penggemar sajian ikan bakar memang kena cuba menu Siakap Bakar ala Kuala Perlis ni Kuahnya yang sangat sedap dilumur pada ikan segar Fuh Nikmat sangat Makan pula panas panas sambil dicicah air asam atau sambal kicap nikmat apa lagi yang mah...
Koleksi Lauk Pauk Kari Sedap Mudah Buat Lebih Boleh Frozen

Koleksi Lauk Pauk Kari Sedap Mudah Buat Lebih Boleh Frozen

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 222 hits
Tidak kira bangsa orang Malaysia memang sinonim dengan kari menariknya kari ni pulak ada pelbagai jenis dan cara memasaknya Malah isiannya juga berbagai ragam tak percaya ini RASA kongsikan sembilan resipi kari yang sedap dan mudah disediak...
Resipi Chicken Chop Homemade Mudah Sedap Menjilat Jari

Resipi Chicken Chop Homemade Mudah Sedap Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 162 hits
Semua orang suka makan Chicken Chop Kena pula dengan sos sedap coleslaw yang berlemak perghhh Memang kecur liur Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah resipi perkongsian saudari ni boleh dicuba Mudah sedap dan tak guna banyak sang...
Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai Mudah Sedap

Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 342 hits
Bagaikan terasa masam manis dan pedasnya Colek Ayam Mangga Ala Thai ni tapi selalunya bila teringin kita makan kat restoran Thai je kan Kali ini apa kata anda cuba sendiri di rumah kerana Cikgu Afy Al Habibi sudi berkongsi resipi dan cara m...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 320 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Basque Burnt Cheese Cake Resipi Mudah Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Basque Burnt Cheese Cake Resipi Mudah Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 206 hits
Sedapnya Basque Burnt ni Kalau beli di kedai sepotong pun dah mahal Memang tak puas makan Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah Menerusi perkongsian saudari Norlela Abdullah beliau menunjukkan cara cara menyediakan Basque Burnt Chee...
Kuih Bingka Pandan Yang Sedap

Kuih Bingka Pandan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 181 hits
Pagi pagi hari minggu saya bangun dan terus ke dapur untuk menyediakan kuih bingka pandan Ini adalah kerana kuih ini agak lama dibakar dan perlu lama menunggu ianya betul betul sejuk baru boleh dipotong Jadi saya mahu supaya Nana dapat mera...
Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

Kek Yang Tak Jemu Dimakan Resipi Mudah Kek Oren Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 284 hits
Kek Oren antara resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba serta dihidangkan untuk hidangan menu petang Kek oren ni juga antara kegemaran min jika anak ada buat majlis di sekolah Cepat siap dan mudah untuk disediakan inilah resipi yang dikong...
Kuih Kaswi Sedap Dan Lembut Gedik

Kuih Kaswi Sedap Dan Lembut Gedik

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 366 hits
Sebelum kita masuk bab resipi saya ingin kongsikan petikan dari video Tok Ku Pasir Gudang Ustaz Md Esa Deraman Ianya agak panjang tapi berbaloi jika anda membacanya Jika tidak boleh skip dan terus ke resipi Ianya berkenaan dengan hubungan a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities