Kuih Badak Berendam Yang Sangat Sedap



Semalam sempena Juita balik dari kuarantine yang dijalani di Hatten Hotel Melaka, semua anak anak datang berbuka puasa di rumah. Jadi saya memasak di dapur untuk lauk pauk berbuka dan kuih muih dengan dibantu oleh Ros dan Wina. 

Oleh kerana ramai yang berbuka, maka saya membuat kuih badak berendam. Kalau hari biasa, mungkin tak rajin hendak membuatnya kerana kuih tradisional seperti ini hanya saya dan Hubby sahaja yang makan. 

Satu adunan yang disediakan hari ini telah menghasilkan 34 biji badak yang bersaiz agak besar. Lain kali kalau teringin nak makan, saya mungkin buat doh hanya 1 cawan tepung pulut sahaja. 

Kuih badak berendam boleh disediakan secara berperingkat dengan cara menyediakan inti terlebih dahulu. Syarat utama untuk kuih ini sedap ialah intinya mesti sedap dan terasa manis. 

Inti boleh buat banyak dan disimpan dalam freezer untuk dibuat kuih lain seperti kuih koci dan kuih ketayap.

Kuih badak berendam ini sedap dengan inti kelapa yang manis dan kuah santan yang lemak lemak masin. Resepi badak berendam ini dohnya boleh dipelbagaikan. 
Boleh digunakan labu dengan dohnya dibuat dari buah labu kuning, atau boleh juga dibuat badak berendam pulut hitam menggunakan tepung beras pulut hitam. 

Kuih ini juga hampir sama dengan koci. Yang berbeza hanya lah kuih badak berendam tidak dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus. Jadi lebih mudah disediakan.
Serious sangat sedap kuih badak berendam saya hari ini. Semasa berbuka, saya makan 5 biji dan Hubby juga makan 5 biji. Sangat sedap dengan rasa lemak lemak masin santan dan manis inti kelapa. 

Walaupun telah beberapa kali menyediakan kuih badak berendam sebelum ini, kuih badak yang saya sediakan hari ini yang terasa sangat sedap. Mungkin sebab memang sedap dan kedua sebab makan secara beramai ramai. Boleh klik di SINI dan di SINI untuk entri kuih badak berendam sebelum ini.
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Badak Berendam Oleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:500 gram kelapa parut - 2 biji kelapa 100 gram gula merah 250 gram gula pasir2 cawan air 2 helai daun pandan 2 sudu besar tepung gandum ½ sudu kecil garam 
Cara cara:Masak gula merah dan air sehingga larut. Tapis. Masukkan gula pasir, garam, daun pandan dan masak sehingga gula larut. 
Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. 

Bila ditolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan sedikit berbuih buih di dasar kuali, tandanya inti dah nak kering. 
Boleh masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya inti jadi lebih kental. Tutup api dan biarkan sejuk. Boleh dimasukkan dalam freezer untuk cepat sejuk dan mudah dibentuk. 

Ambil inti seberat 10 gram dan bulat bulatkan. Kemudian disimpan semula dalam freezer untuk mudah dimasukkan dalam doh badak berendam.

Nota:Lebihan inti boleh disimpan di dalam freezer.

Untuk Doh:3 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung gandum 1 cawan air daun pandan - kisar dengan 4-5 daun pandan ½ cawan air - guna dalam ¼ cawanSedikit pewarna hijauSedikit air kapur 
Cara cara: Satukan semua bahan kecuali air sehingga menjadi doh. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Nota: Tidak perlu dihabiskan air.

Ambil adunan seberat 20 gram dan bentukkan dan leperkan seperti bentuk cawan. Isikan inti kelapa dan tutup semula dengan kemas. Adunan menghasilkan 34 biji doh. Nota: jika suka kecil, boleh guna 15 gram doh.

Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bebola doh badak berendam. Apabila bebola doh timbul, bermakna bebola doh telah masak. Boleh diceduk keluar dan masukkan dalam mangkuk yang berisi air.


Bahan untuk kuah santan:3 cawan santan segar pekat 1 sudu besar tepung beras 2 helai daun pandan - simpul Sedikit garam
Susun doh badak berendam dalam loyang. Tuang bahan kuah santan ke dalam loyang. Kukus selama 20-25 minit. Masukkan semua bahan dan kacau rata dulu sebelum diletakkan atas api sederhana.


Nota:Untuk kuahnya, ada dua teknik yang boleh di gunakan. Pertama bahan kuah santan dimasak dan dituang ke atas doh yang telah masak. Boleh klik di SINI.
Cara kedua ialah, tuangkan kuah yang dibancuh ke dalam loyang bersama doh dan kukus seketika di dalam pengukus seperti cara saya hari ini. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/05/kuih-badak-berendam-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kuih Ketayap Ringkas Tapi Sedap Sangat

Resepi Kuih Ketayap Ringkas Tapi Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1015 hits
Kuih ketayap ringkas Resepi Kuih Ketayap yang akan saya kongsi kali ini lebih mudah dan cepat menyediakannya Lagipun membuat kuih Ketayap tak memerlukan kita memiliki kepakaran membuat kuih pun asal pandai buat lempeng cukuplah hihi Kuih ke...
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 857 hits
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan Mencari resepi yang mudah disediakan di bulan puasa sangat sangat diperlukan Resepi The post appeared first on
Popia Nestum Crunchy Gerenti Sedap Buatnya Pun Sangat Mudah

Popia Nestum Crunchy Gerenti Sedap Buatnya Pun Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 535 hits
Sedap ranggup dan lemak Popia nestum antara kudapan paling diminati oleh anak anak kecil selain aneka kerepek yang boleh buat sekali makan susah nak berhenti Bukan anak saja yang suka orang dewasa pun bila dah mengunyah sedar sedar boleh ha...
Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 780 hits
Sementara menunggu Juita landed saya menyediakan kuih seri muka Alhamdulillah Juita telah selamat mendarat dalam pukul 2 30 petang Sebaik mendarat beliau perlu membuat saringan pemeriksaan terlebih dahulu Kemudian dibawa menaiki bas dengan ...
Cuba Kuih Lapis Labu Gedik Ni Pula Warna Cantik Sedap Berlemak Nak Buat Pun Senang Je

Cuba Kuih Lapis Labu Gedik Ni Pula Warna Cantik Sedap Berlemak Nak Buat Pun Senang Je

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 577 hits
Jika sebelum ini kita seringkali melihat kuih lapis berwarna merah jambu kuih lapis yang satu ini cukup unik kerana dihasilkan daripada buah labu Paling menarik kerana warna kuning asli dari buah labu yang membuatkan kuih lapis ini terhasil...
Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap

Kuih Onde Onde Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 767 hits
Masa kecil kecil dulu tak suka sangat bila kena mengisar beras Berat pengisar batu tu Saya pula kurus cekeding jer Bila penat saya mula mengelat dengan letak air banyak banyak jadi laju jer batu pengisar tu tapi hasilnya beras kisar jadi ka...
Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut Sedap Dan Pasti Menjadi

Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut Sedap Dan Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 575 hits
As Salam Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut dan Sedap Dulunya semasa saya belum pandai lagi menguli doh menjadi pau atau donut saya selalu berangan nak buat pau atau donut yang lembut gebus dan enak dimakan Satu lagi impian saya...
Tak Yakin Nak Cuba Ini Step By Step Buat Kuih Lopes Paling Mudah Wangi Sedap

Tak Yakin Nak Cuba Ini Step By Step Buat Kuih Lopes Paling Mudah Wangi Sedap

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 530 hits
Kuih lopes antara kuih wajib sepanjang bulan puasa ini Malah kuih yang satu ini menjadi menu tradisi keluarga turun temurun ketika berpuasa Walaupun mudah namun kuih lopes sering dianggap sukar sedangkan hakikatnya cara hendak membuatnya cu...
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 625 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Keluang Man Sinopsis Barisan Pelakon Keluang Man Cinematic Universe

Cara Meningkatkan Penghasilan Adsense Blog

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Benefits Of Playing Free Slot Login Gacor123


echo '';
One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak Whatsapp Dari Bukan Pelanggan

Terima Kasih Suami

Keropok Lekor Goreng Terengganu

Manfaatkan Integrasi Zoho Desk Pipedrive Untuk Implementasi Crm

Looking For The Restless Soul Of Nella Larsen In Copenhagen

Malu Dengan Imej Song Joongki Pertama Kali Dedah Asal Usul Isteri