Kuetiau Rm15 Di Salleh Stall Mee Udang Port Weld


Sambung entry sebelum >> Percutian Santai Di The Happy 8 Retreat Kuala Sepetang Taiping..  Dalam entry atas ni, k.fiezz ada mention lokasi hotel kitaorang menginap ni kawasan cina jadi kedai makan melayu agak terhad. Ada 2 buah kedai melayu kat sini. 
Satu jual makanan western & satu lagi salleh stall mee udang port weld yang jual mee udang. kuew tiow udang dan seangkatan dengan tu..dan yang menjadi perhatian kitaorang haruslah nak cuba mee udang dan apa-apa menu yang ada udang. Orang kata kalau datang ke Kuala Sepetang ni, wajib makan menu mee udangnya..udang fresh..
Jadi masa hari pertama sampai, lepas check in, rehat & solat jap. kitaorang turun semula cari tempat makan. Laporrr weii..Terus menuju ke 2 buah kedai melayu ni. sebelah-sebelah je. Mula-mula masuk kat kedai yang western. Tapi tukar fikiran, kitaorang masuk ke salleh stall mee udang port weld ni pula.SALLEH STALL MEE UDANG PORTWELDTak lama kitaorang duduk, pekerja dia sampai & tanya menu yang kitaorang nak order. Masa tu dah petang pun. Jadi pekerja dia beritahu Mee udang & adik beradik yang biasa dah habis. Tinggal hat special yang berharga RM15 sepiring je ada. Okey tak apa. Sesekali kan walaupun  harga dia, mak aihhh telan air liur.. Order juga lah..Dah duduk.  
Lepas order, kitaorang sembang-sembang. Ada yang main handphone, tak lama tu pekerja dia patah balik kat kitaorang. Dia beritahu air yang kitaorang tak ada sebab kehabisan ais. Majoriti kitaorang, order air yang ber ais. Panas kan. Dia cakap ais tak ada je. Terus kitaorang cancel order. Kitaorang makan kat tempat lain. Keluar dari kawasan hotel. kitaorang ke pekan Taiping.  
Esok paginya, k.fiezz, mak mertua, mr hubby, adik ipar & 2 orang bebudak tu, pi makan kat Salleh Stall Mee Udang PortWeld ni.  Nak breakfast. 
Masa nak order, pekerja tu beritahu siap-siap yang Mee udang dan seangkatan dengannya yang biasa atau dalam erti kata lain harga biasa, tak ada. Dah habis. Tinggal yang SPECIAL RM15 sepinggan je ada. mak aih, laris benor pagi-pagi lagi dah sold out. 
But sokay lah. Kitaorang order juga. Nak cuba yang special hat sepiring RM15 tu. Sedap benor ke?
Jom kita tengok sedap ke tidak?hehe

Ni hah kedai Salleh Stall Mee Udang Port Weld. Kalau korang rasa mahal sepiring RM15 hat special macam k.fiezz beritahu kat atas ni, korang boleh tukar ke kedai western. Sebelah je. 


Tazabarr nak rasa Kuetiau Special rega RM15 sepiring. haha.Mr hubby order Mee Special.

Tadaaa..sampai dah Kuetiau Special k.fiezz..RM15 tau.
Korang rasa worth it tak dengan presentation dia. Haha. Serius k.fiezz terkejut masa tengok rupa dia. Awat rupa dia tak menyelerakan. Weiii RM15 ni kot. bagi la hat elok sikit rupa dia..RM15 ko present pada customer macam ni, adehhh...Pelik tul apsal ramai orang kat kedai makan salleh stall mee udang port weld ni.Maybe sebab Mee Udang dia kot yang buat ramai orang makan kat sini. Mee Udang dia, k.fiezz rasa yang mak mertua punya boleh la.. 
Mee Special mr hubby pun sama. Macam ni hah rupa dia. 
Apa yang special nya?ntah la. Dengan presentation macam ni. Mungkin special sebab ada udang kot. Ada 6 ketul size biasa dalam Kuetiau ni (korang boleh nampak dalam gambar ni)..
Dari segi rasa, boleh lah. Nak kata tak sedap, tak. Boleh makan. Cuma presentation makanan, adeh..
Harap tokey kedai tolong improve presentation makanan...RM15 orang bayar..Macamni bagi kat customer. huhu. Mungkin pada sesetengah orang, presentation lawa-lawa pun, nanti dah campur/gaul. Macamni gak rupa dia. Iya tak nafikan. Pernah dengar tak perumpamaan dari mata jatuh ke hati. Hah sama lah macam makanan pun, Bila tengok presentation lawa, otomatik masuk dalam mulut, terus rasa 'sedapnya makanan ni' walaupun biasa-biasa je hakikatnya. Cuma bila kita tengok makanan yang dihias cantik sedap mata memandang, terus kita hantar signal kat otak mengatakan makanan ni mesti sedap. kan? ke k.fiezz je yang fikir gitu. haha
Tak kisah lah kan, masing-masing punya pendapat tapi kalau tanya k.fiezz worth it tak makan kat sini?NO sebab presentation makanan dia OUT. 
Tapi kalau korang dah ada kat sini, nak cuba boleh je. Idak pulak k.fiezz cakap tak boleh. Bukan nak menjatuhkan kedai salleh stall mee udang port weld ni. Cuma tokey kedai, tolong improve. Kedai jadi tumpuan. Bagus lah, happy for tuan kedai. Tapi biarlah harga yang dicaj pada pelanggan tu berbaloi dari segi rupa & rasa. Nak meniaga ni kena ikhlas. Kalau macamni presentation pada pelanggan, pelanggan pun tahu macam tak ikhlas nak meniaga. Kalau tak ikhlas, mana nak datang keberkatan dalam rezeki. 
K.fiezz bukan lah pentingkan sangat rupa makanan ke apa tapi kita bayar, kita nak la makanan yang hantar pada kita tu cantik dari segi presentation so kita nak makan pun ada selera..Tak sedap sangat pun, kurangnya ada rasa makanan tu. Ni dari segi rasa boleh tahan. Cuma part presentation, FAILEDDDDD..
Total damage makan kat sini 
Kuew Tiow Special (2) - RM30.00Mee Special (1) - RM15.00Mee Udang (1) - RM15.00Kuew tiow (budak) - RM4.00
Air (tak ingat) - total semua termasuk yang atas ni RM85.00


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/02/Kuetiau-RM15-Di-Salleh-Stall-Mee-Udang-Port-Weld.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Udang Dengan Kacang Buncis

Kari Udang Dengan Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 917 hits
Saya perhatikan sekarang ini ramai orang tidak bersyukur atau kurang bersyukur Contohnya betapa mudahnya untuk mendapat resepi atau belajar memasak Zaman saya dulu agak susah untuk mendapatkan resepi Resepi dalam majalah memang jarang yang ...
Udang Kara Indonesia Antara Tercantik Di Dunia

Udang Kara Indonesia Antara Tercantik Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1294 hits
JAKARTA Sejenis udang kara air tawar atau crayfish lobster dari perairan wilayah Indonesia diisytiharkan sebagai spesies baharu dan diiktiraf salah satu yang tercantik di dunia lapor media tempatan pada Rabu Udang itu sebenarnya sudah menja...
Cucur Udang Shahul Hamid Kepala Batas

Cucur Udang Shahul Hamid Kepala Batas

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 670 hits
Assalamualaikum Dah banyak kali dah John Paklah Cikgu Khairi and Apit cakap pasal Coq Udang Shahul Hamid ni Pastu bakar bakar dalam group Sampai I pon teringin so I ada la ajak Sazli makan dekat Langgaq Rasa macam dah sedap sangat dah Coq U...
Minimalisir Kerugian Petambak Dan Nelayan Jasindo Tawarkan Asuransi Udang Dan Ikan

Minimalisir Kerugian Petambak Dan Nelayan Jasindo Tawarkan Asuransi Udang Dan Ikan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 187 hits
Direktur Pengembangan Bisnis Asuransi Jasindo Sahata L Tobing mengatakan dengan adanya AUBU petambak udang tidak perlu lagi takut mengalami gagal panen
Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing

Jambatan Pulau Bunting Port Menarik Untuk Kaki Pancing

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 518 hits
Cuti hujung minggu kami kali ini kami penuhi dengan suasana desa Dah lama tak meronda Kali ini kami jejak semula ke lokasi kegemaran kami di Yan Kedah Daerah Yan merupakan salah satu daerah di negeri Kedah yang mempunyai lokasi lokasi alam ...
Aktiviti Parlimen Port Dickson

Aktiviti Parlimen Port Dickson

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 303 hits
Telah berlangsungnya Kursus Penghasilan Produk Berasaskan Kacang Soya anjuran Pejabat Parlimen Port Dickson di SK Panglima Adnan sebentar tadi Seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada guru guru suri rumah tangga kakitangan awam ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas