Kudapan Ringan Begini Cara Buat Kacang Garing Goreng Bawang Putih
Kadang-kadang bila kita menonton tv atau layan drama, mesti ada rasa nak mengunyah atau perlukan kudapan ringan.
Mungkin selepas ni boleh cuba buat sendiri pula kudapan untuk sekeluarga seperti kacang garing goreng bawang putih ini hasil resipi daripada Angah Izan. Mana tahu boleh juga buat hasil jualan kecil-kecilan.
KACANG GARING GORENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang tanah yang telah siap dibuang kulit (ada dijual di pasar raya/kedai runcit) | dibersih & toskan – beli online di sini
2 sudu makan baking powder (untuk merangupkan kacang & cepat garing) – beli online di sini
4 ulas atau lebih bawang putih | ditumbuk – beli online di sini
1 – 2 sudu makan ketumbar | ditumbuk
Garam
Stok ikan bilis (jika suka)
Serbuk lada hitam – beli online di sini
Air
Bawang putih tambahan | dihiris
Daun kari
Lada kering | hiris – beli online di sini
Minyak
TONTON Makan Di Mana? | Sate Batang Pinang Mantap Rasa
TONTON Dapur Rasa Live | Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
CARA-CARA:
1. Rebus air bersama bawang putih dan ketumbar yang telah ditumbuk. Masukkan bersama baking powder.
2. Dan masukkan juga garam dan kacang tanah. Rebus selama 5 ke 10 minit
3. Anggaran minit yang dikehendaki, angkat kacang dan toskan. Biarkan sehingga agak kering.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan bawang putih, daun kari dan hirisan cili kering.
5. Masukkan minyak goreng kacang dengan gunakan api yang sederhana. Setelah agak kuning, angkat dan toskan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Gaulkan bersama stok ikan bilis dan serbuk lada hitam. Terpulang atas masing-masing untuk merasakan kesesuaian kesedapan. Siap!
Kredit resipi: Angah Izan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
10 Resipi Kuih Muih Tempatan Untuk Sarapan & Minum Petang
Tauhu Sumbat Air Tangan Suami, Memang Sedap & Senang Nak Buat
Cara Mudah Buat Kek Span Keladi Sedap & Gebu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
The post Kudapan Ringan, Begini Cara Buat Kacang Garing Goreng Bawang Putih appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/11/kudapan-ringan-begini-cara-buat-kacang.html