Tingkatkan Pengambilan Serat Dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand


Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat, enak dan segera untuk sarapan, makan tengah hari, snek mahupun makan malam? Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand™ (AyamBrand™ Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein, serta rendah kandungan lemak. Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat 1 dan protein berasaskan tumbuhan yang baik. Kacang panggang Ayam Brand™ sedia untuk dimakan terus daripada tin, menjadikannya sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan yang mudah dan enak.
Kacang panggang dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama dengan mengenyangkan anda dan mengawal kandungan gula dalam darah 2 , memberikan bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk sajian manis yang lain.
Kandungan likopen dalam sos tomato kacang panggang merupakan satu antioksida yang membantu melindungi daripada kanser prostat, paru-paru dan perut 3 . Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium dan tembaga yang merupakan antioksida kuat yang melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.
Diet yang telah terbukti secara klinikal untuk memberikan manfaat kesihatan adalah seperti Diet DASH (Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi) dan diet Mediterranean yang menggalakkan penambahan legume seperti kacang panggang dalam amalan pemakanan harian. Anda boleh memilih diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan lebih banyak protein tumbuhan. Cuba untuk tidak memakan daging sekurang-kurangnya selama seminggu dan gantikan ia dengan kacang panggang atau protein berasaskan tumbuhan bagi meningkatkan pengambilan nutrien, pada masa sama mengurangkan penghasilan karbon.

Terdapat tiga varian Kacang Panggang Ayam Brand™ untuk memenuhi cita rasa dan keperluan diet berbeza:Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Asli (Ayam Brand ™ Baked Beans in Tomato Sauce) mempunyai rasa umami penuh kekacang yang diseimbangkan dengan kemanisan tomato - gandingan ideal untuk hidangan yang menyelerakan.
Kacang Panggang Ayam Brand™ Dalam Sos Tomato Bersama Keju (Baked Beans in Tomato Sauce with Cheese) menggunakan keju parmesan sebenar bagi rasa berkrim. Ia sesuai untuk hidangan yang memerlukan rasa lebih kaya. Gunakan pilihan ini untuk resipi-resipi yang perlu digril atau panggang. Kanak-kanak menggemari kenikmatan dan kelazatan keju sos ini bersama hidangan pasta mereka.
Manakala Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Ringan (Ayam Brand™ Baked Beans Light in Tomato Sauce) mempunyai kandungan 48% kurang gula. Ia menjadi pilihan individu yang mahukan protein dan serat pada kacang panggang tetapi kurang kandungan karbohidrat dan gula. Gandingan varian ini bersama salad atau kisar bersama sos salad bagi sajian yang lebih sihat dan ringan.
Varian makanan unggul (superfood) ini mempunyai 3.9g ke 4.51g kandungan serat dan 5g hingga 6g kandungan protein bagi setiap 100g sajian. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.40 bagi tin 230g dan RM3.50 bagi tin saiz keluarga.
Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ Sepanjang Hari Dalam Pelbagai Cara Enak
Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sedia dimakan. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan hanya membuka tin tersebut dengan menarik pembuka yang tersedia dan terus menjamahnya dengan sudu bersih.
Walaupun kita sering mengaitkan kacang panggang dengan sarapan Inggeris yang lengkap dengan telur, sosej dan roti bakar, hakikatnya ia bersifat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain. Ayam Brand™ telah menghasilkan bermacam-macam resipi yang menyerlahkan kesempurnaan kacang panggangnya dengan roti, pasta, ubi dan nasi sebagai sajian sarapan, makan tengah hari, snekdan makan malam.

Sarapan: Kacang Pool dengan Roti Bakar dan MentegaTambahkan pilihan sarapan anda dengan hidangan Kacang Pool, satu sajian enak yang terkenal di Johor. Kaedah penyediaan tradisional hidangan ini mengambil masa yang lama kerana kacang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu. 
Gunakan Kacang Panggang Ayam Brand™ dan sajian kacang pool anda boleh tersedia dalam masa 15 minit.Caranya:i. Lenyekkan kacang panggang bersama sos tomato menggunakan bahagian belakang garfu bagi mendapatkan tekstur kasar.ii. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak sapi dan masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu, diikuti daging atau ayam cincang. Kacau sehingga bau naik.iii. Tambahkan potongan cili padi dan serbuk kari sebelum memasukkan kacang panggang yang telah dilenyek. gaul sehingga sekata.iv. Hidangkan bersama telur goreng, hirisan limau dan taburan cili padi sebagai hiasan. Nikmati hidangan menyelerakan ini bersama roti bakar yang disapu mentega.

Makan Tengah Hari : Pasta bersama Sos Kacang PanggangKehabisan sos pasta? Cuba sos pasta kacang panggang yang mudah ini.i. Sediakan asas sos pasta dengan menumis bawang, bawang putih dan daging atau ayam cincang.ii. Tambah tomato yang telah dicincang, satu tin kacang panggang Ayam Brand™ dan sedikit air. Biarkan sos mereneh sehingga menjadi pekat.iii. Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam bekas kalis ketuhar. Kemudian tuangkan sos pasta, taburkan parutan keju dan panggang selama 15 minit, sehingga keju cair dan berwarna keemas-emasan.

Snek: Ubi Jacket Bersama Kacang PanggangUbi panggang adalah snek yang enak tetapi gandingkan dengan tuna manis yang sedap serta sos kacang panggang untuk hidangan yang lebih menarik.i. Bersih dan keringkan ubi tanpa membuang kulitnya.ii. Lumurkan minyak pada setiap ubi. Balut dengan pembalut aluminum dan panggang di dalam ketuhar selama 45 hingga 60 minit.iii. Dalam mangkuk berasingan, campurkan kepingan tuna, perahan lemon, mayonis dan sedikit lada hitam.iv. Keluarkan ubi daripada ketuhar. Buat potongan “X” di bahagian tengah ubi sebelum memasukkan sedikit mentega, kacang panggang serta campuran tuna ke dalamnya.v. Hias dengan potongan daun bawang dan avokado.
Ini adalah cara kami menyediakan snek kacang panggang yang bukan sahaja enak dan berkhasiat tetapi juga menarik.

Makan Malam: Kari Sardin Kacang Panggang Bersama NasiMakan malam merupakan sajian utama bagi kebanyakan kita. Oleh itu, marilah kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan seimbang seperti menu kari sardin kacang panggang bersama nasi.i. Goreng terung dan asingkan.ii. Tumiskan cili, bawang putih dan halia sehingga naik bau sebelum memasukkan serbuk kari.iii. Lenyekkan sardin dan masukkan ke dalam campuran kari berkenaan.iv. Masukkan potongan lobak merah dan kacang panggang.v. Tuangkan santan dan gaul sehingga kuah pekat.v. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaul dengan perlahan sehingga sebati.vi. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi putih. Enak dinikmati ketika panas.
Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai lagi di laman www.ayambrand.com.my .

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kasihjuju.com/2021/08/tingkatkan-pengambilan-serat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Pips Keuntungan Setiap Hari Mustahilkah

20 Pips Keuntungan Setiap Hari Mustahilkah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
Seperti dikatakan oleh aku sebelum ini insyallah perkongsian tentang PO kepada sesiapa yang mendaftar akaun melalui link Fxcitizen kepunyaan aku Disebabkan ada yang bertanya melalui emel jadi aku sharekan dahulu apakah entry yang aku dah bu...
Ayam Brand Komuniti Penyayang 2021

Ayam Brand Komuniti Penyayang 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 228 hits
Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021 Menyokong Kehidupan Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Perak Ipoh Oktober 18 2021 Pandemik COVID 19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua denga...
Kasih Ayah Rela Berkorban Dukung Anak 30km Ke Sekolah Setiap Hari

Kasih Ayah Rela Berkorban Dukung Anak 30km Ke Sekolah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 169 hits
Sichuan Kasih ayah rela berkorban ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan seorang bapa di China yang sanggup berjalan kaki mendukung anaknya yang kelainan upaya untuk ke sekolah sejauh hampir 30 kilometer setiap hari Keadaan itu mendapat p...
Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 356 hits
Sapa sapa hok berasa nak khatam Al Quran dalam 30 hari dalam bulan ramadhan Ning kalu nok senang Panduan nok katam 30 juzuk quran bulan ramadan Ambe tepek sekaliguh ah sining Kang kalu tepek se se takut ade hok terlepah kang Mudoh jer Dalan...
Amanah Dan Dap Bergaduh Setiap Hari Dakwa Bekas Mb Perak

Amanah Dan Dap Bergaduh Setiap Hari Dakwa Bekas Mb Perak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 149 hits
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Ahmad Faizal Azumu mendakwa beliau terpaksa menguruskan pertengkaran setiap hari ketika beliau memimpin kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Menteri Besar Dalam ceramah yang disiarkan secara langsung ...
Twitter Twitter Twitter Setiap Hari Twitter

Twitter Twitter Twitter Setiap Hari Twitter

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 162 hits
Twitter Setiap hari Twitter setiap masa Twitter Rasanya tak perlulah aku nak menerangkan secara panjang lebar mengenai Twitter nie Sebab aku yakin kebanyakan korang dah tau kegunaan Twitter nie Tapi tahukah korang terdapat bermacam servis y...
Sayang Sangat Kat Kakak Adik Sanggup Bangun Pagi Setiap Hari Salam Kakaknya Nak Pergi Tadika Kemudian Sambung Tidur

Sayang Sangat Kat Kakak Adik Sanggup Bangun Pagi Setiap Hari Salam Kakaknya Nak Pergi Tadika Kemudian Sambung Tidur

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 273 hits
AWW Sweet sangat memang wajib senyum sorang sorang kalau tengok video ini Itu reaksi orang ramai yang melihat video gelagat comel seorang kanak kanak yang berlari ke arah kakaknya sebelum disambut dengan pelukan erat Nampak kakak sayang san...
Ayam Brand Community Care Campaign 2021 Sparks Livelihoods Of 5 Ngos In Klang Valley

Ayam Brand Community Care Campaign 2021 Sparks Livelihoods Of 5 Ngos In Klang Valley

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 370 hits
Ayam Brand Community Care Campaign 2021 Supports Lives Promotes Health and Sparks Livelihoods of 5 NGOs in Klang Valley The COVID 19 pandemic is a trying time for all us with charity organisations particularly hard hit as contributions from...
Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 190 hits
Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021 Se...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport