Kucing Berkepala Rata Ditemui Semula Di Thailand Selepas Tiga Dekad Disangka Pupus


Kucing Berkepala Rata Ditemui Semula di Thailand Selepas Tiga Dekad Disangka Pupus
Seekor kucing liar yang sukar dikesan dan dikhuatiri telah pupus sejak sekian lama di Thailand kini ditemui semula, tiga dekad selepas rekod penampakan terakhir, lapor AFP.
Kucing berkepala rata merupakan antara kucing liar paling jarang dan paling terancam di dunia. Taburannya terhad di Asia Tenggara dan spesies ini terancam akibat kehilangan habitat yang semakin menyusut.
Kucing bersaiz hampir sama dengan kucing domestik itu, dengan ciri mata bulat dan rapat, kali terakhir direkodkan kelihatan di Thailand pada tahun 1995.
Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand serta organisasi pemuliharaan kucing liar, Panthera berkata satu tinjauan ekologi yang bermula tahun lalu menggunakan kamera perangkap di Sanctuary Hidupan Liar Princess Sirindhorn di selatan Thailand telah merekodkan 29 pengesanan.
“Penemuan semula ini mengujakan, namun pada masa sama membimbangkan,” kata doktor veterinar dan penyelidik Kaset Sutasha dari Universiti Kasetsart kepada AFP.
Kredit: AFP Photo / Thailand’s Department Of National Parks, Wildlife And Plant Conservation (DNP) / Panthera Thailand – Handout Ujarnya lagi, pemecahan habitat telah menyebabkan spesies ini semakin ‘terasing’.
Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan berapa jumlah kucing yang berbeza terlibat dalam pengesanan tersebut, kerana spesies ini tidak mempunyai corak fizikal unik untuk membezakan antara satu sama lain, menjadikan pengiraan jumlah sebenar sukar dilakukan.
Namun, penemuan tersebut menunjukkan kepekatan spesies ini yang agak tinggi.
Rakaman tersebut turut memaparkan seekor kucing berkepala rata betina bersama anaknya satu petanda yang jarang dan memberangsangkan bagi spesies yang lazimnya hanya melahirkan seekor anak pada satu-satu masa.
BACA: Apa Jadi Kepada Dunia Kalau Semua Kucing Dah Pupus? Tak Sangka Sedahsyat Ini Bersifat nokturnal dan sukar dikesan, kucing berkepala rata biasanya mendiami ekosistem tanah lembap yang tebal seperti paya gambut dan paya bakau air tawar, iaitu persekitaran yang amat sukar diakses oleh penyelidik.
Di peringkat global, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menganggarkan sekitar 2,500 ekor kucing berkepala rata dewasa masih hidup di habitat liar dan mengklasifikasikan spesies ini sebagai terancam.
Di Thailand, spesies ini telah lama disenaraikan sebagai ‘mungkin pupus’.
Hutan paya gambut di Thailand pula telah mengalami pemecahan yang ketara, terutamanya akibat penukaran guna tanah dan peluasan pertanian.
Haiwan ini juga berdepan ancaman yang semakin meningkat daripada penyakit yang disebarkan oleh haiwan domestik, selain menghadapi kesukaran untuk membiak merentasi kawasan yang terasing.
Walaupun penemuan semula ini memberi harapan, ia hanyalah satu ‘titik permulaan’ bagi usaha pemuliharaan pada masa hadapan.
Sumber: AFP
The post Kucing Berkepala Rata Ditemui Semula di Thailand Selepas Tiga Dekad Disangka Pupus appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/27/kucing-berkepala-rata-ditemui-semula-di-thailand-selepas-tiga-dekad-disangka-pupus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 180 hits
Thailand menetapkan perintah berkurung di lima daerah di provinsi Trat selepas serangan bom tangan mengikuti langkah serupa di Sa Kaeo akibat ketegangan sempadan BANGKOK Tentera Thailand telah melaksanakan perintah berkurung di beberapa kaw...
Tiga Bahan Letupan Ied Ditemui Di Nilai

Tiga Bahan Letupan Ied Ditemui Di Nilai

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 139 hits
Tiga Bahan Letupan IED Ditemui Di Nilai NILAI 22 Dis Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma di sini pagi tadi Ketua P...
Sukan Sea Thailand Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas

Sukan Sea Thailand Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 181 hits
Sukan SEA Thailand Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas Skuad sepak takraw negara sebentar tadi berjaya merangkul kilauan emas apabila menewaskan Vietnam dalam final acara antara regu di Nakhon Pathom sekaligus menutup k...
5 Penyakit Berjangkit Utama Selepas Banjir Yang Sangat Merisaukan

5 Penyakit Berjangkit Utama Selepas Banjir Yang Sangat Merisaukan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 156 hits
5 Penyakit Berjangkit Utama Selepas Banjir Yang Sangat Merisaukan Air dah surut tapi penyakit baru nak mula Public Health Malaysia Inilah realiti yang sering berlaku setiap kali banjir melanda Bila air mula surut ramai menarik nafas lega Ru...
Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 174 hits
Original Content Saluran muzik ikonik dunia Music Television yang pernah menjadi nadi budaya pop global kini secara rasmi menghampiri noktah penamatnya Selepas lebih empat dekad bersiaran syarikat induknya Paramount Global mengesahkan bahaw...
Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 213 hits
Guardian Malaysia sekali lagi melangkah ke hadapan dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat yakin dan seimbang Enam bulan selepas pelancaran program kesetiaan MYguardian Rewards peruncit kesihatan dan k...
Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 217 hits
MARAN Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas dan rempuh pokok sawit menyebabkan kenderaannya terputus dua di Jalan Jengka Jerantut di Jengka 11 hari ini Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata nahas berlaku ...
Menjelang Pru16 Pas Bersatu Talak Tiga

Menjelang Pru16 Pas Bersatu Talak Tiga

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 59 hits
nbsp K PRAGALATHDewan Pemuda Pas Tasek Gelugor mahu Pas Pusat menjatuhkan talak tiga siasahnya ke atas Bersatu di semua peringkat Sayap pemuda tersebut juga mahu tindakan diambil ke atas semua lantikan ahli Bersatu di negeri di bawah pentad...
Dua Lelaki Maut Lima Cedera Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Senai Desaru

Dua Lelaki Maut Lima Cedera Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Senai Desaru

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 93 hits
Johor Kejadian tragik berlaku awal pagi tadi di Kilometer 45 6 Lebuhraya Senai Desaru apabila dua lelaki maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan jenis Proton Saga Proton Wira dan Perodua Myvi Kemalangan berlaku kira kira pukul 5 37 pagi...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu