Sukan Sea Thailand Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas
Sukan SEA Thailand: Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas
Skuad sepak takraw negara sebentar tadi berjaya merangkul kilauan emas apabila menewaskan Vietnam dalam final acara antara regu di Nakhon Pathom, sekaligus menutup kempen kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025.
Reaksi Regu Sepak Takraw Malaysia
Sewaktu ditemu bual sejurus tamat perlawanan, pemain sepak takraw negara, Azlan Alias mengakui cabaran Vietnam bukanlah mudah, memandangkan lawan mereka baru sahaja mengetepikan cabaran tuan rumah di separuh akhir.
“Alhamdulillah, syukur kerana Allah, terima kasih Allah memberi rezeki kepada kami hari ini. Sebenarnya kami pun tak menyangka untuk dapat pingat emas ni sebab kita tahu Vietnam baru kalahkan Thailand tadi di separuh akhir.
“Mesti momentum dia (Vietnam) tengah baik. Alhamdulillahlah berjalan dengan lancar, kami bermain dengan baik,” katanya.
” Alhamdulillah. Terima kasih kepada kapten kami Farhan Adam. Banyak support kawan-kawan,” kongsi Syahir Rosdi.
Manakala kapten pasukan, Farhan Adam juga meluahkan akan menabur bakti buat negara tercinta jika diberikan peluang.
“Ya. Bukan pentas terakhir. Bukan lagi. Masih lagi beraksi. Selagi diperlukan, saya akan berkhidmatlah untuk negara,” ucapnya.
Malaysia Buktikan Kehebatan Di Bumi Thailand
Sementara itu, Ketua jurulatih negara , Ahmad Jais Baharun juga berkongsi reaksi selepas membawa dua Pingat Emas untuk Kem Sepak Takraw negara dalam temasya kali ini.
“Alhamdulillah di atas kejayaan pasukan sepak takraw negara pada hari ini dan juga pada acara berpasukan tempoh hari.
“So, ah kemenangan ini kami dedikasikan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada peminat pasukan sepak takraw di tanah air yang sentiasa memberikan sokongan-dokongan kepada pasukan sepak takraw negara.
“Insya-Allah, kami akan cuba perbaiki daripada masa ke semasa apa yang kelemahan yang masih ada untuk kita bawa ke 2026 nanti insya-Allah,” katanya.
Sumber: Astro Arena
BACA: Beg Berat Bawa Emas, Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi
BACA: Sukan SEA Thailand: Detik-Detik Penuh Mendebarkan Pecutan ‘Emas’ Aisyah Zubir
BACA: Sukan SEA 2025: Malaysia Rangkul Emas Acara Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki
The post Sukan SEA Thailand: Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/20/sukan-sea-thailand-ini-reaksi-skuad-sepak-takraw-malaysia-selepas-raih-emas/