Kucing Aku Sakit Sporo
Kucing Aku Sakit Sporo Assalamualaikum , Lately ni Lisa dah mula kurang masa untuk menulis entri dalam blog . Bermula hujung bulan satu tak silap . Sebenarnya bukan malas , tapi tak cukup masa nak menulis . Lebih lagi sejak dapat tau yang kucing kena jangkitan Sporo. “Sporo ringkasan bagi nama Sporotrichosis ialah penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebiasaannya haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat Sporo. Kulat tersebut akan masuk ke badan melalui mulut atau luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat " .
Gambar sebelum kena sporo
JANGKITAN SPORO PADA KUCING
Haritu masa kucing ni bunting aku sedar dia bersin-bersin je . Lepas sebelum beranak lagi .. ada main kejap then perasan hidung ni mancung. Lisa ingat memang kucing ni hidung mancung dari awal lagi.. rupanya penyakit . Then lepas beranak , kucing ni kena kurap kat telinga bagian kanan. Dah try gunakan apple cedar untuk spray di kurap tu tapi masih tak elok . Lepas tu nampak kesan kudis kat beberapa bagian tubuh... sampaila part hidung dia luka .
(kurap ditelinga teruk )
3 hari tak sembuh juga kurap tu , so i buat keputusan checkup ke Klinik Haiwan . Nak check up ke VET , tak kena masa pula.. lagipon kat tempat Lisa ni VET tuk rawatan tak buka setiap hari . Emm EMMM... . Ok , pergi klinik , minta tengok kan meow ni ( nama dia meow meow ) , lepas tu dia check .. bagitau kucing ni demam and flu pastu kurap . Lepas tu dia check kudis , test guna microscope , takut suspect SPORO . Dia cakap , hidung kucing macam tu sebab flu . .. OK .. Dr. bagi inject antibiotik flu and untuk kurap tu dia bagi ubat sapu. Takleh inject sebab baru lepas bagi antibiotik . Dr tu cakap , sekarang ni ramai customer tak boleh nak check secara detail sebab makan masa. Dia boleh check guna microscope je . Lisa ok je then kemudian tunggu ubat lepas tu balik. Kat sini habis RM75 termasuk inject tadi . Dapat ubat termasuk ubat sapu sekali. Ubat FLu , Antibiotik dan ubat demam .
Lepas sehari Klinik tu whatsapp , bagi tau ,, kucing negative SPORO . Lisa pon happy la ye ,. tapi mereka bagitau kalau masih tak ok lagi dalam seminggu kena bawa datang untuk check up lebih detail.
( kurap ditelinga dah sembuh tapi kudis n luka semakin membesar and keluar benjol benjol )
Tapi.. seminggu berlalu , tak elok juga kucing ni . Yang paling ketara hidung dah mula rongak ,, kudis pon bertambah. Untuk kurap dah elok lepas 3 hari . Hati ini macam luruh beb , ramai bagitau tu positive SPORO dah . Then masa tu raya CNY pula.. ramai klinik tutup. Lisa pergi la lepas CNY .. 2minggu after checkup pertama . Dr. tu bagitau ni SPORO ni , makin merebak . Awal dah bagitau.. suruh PTS ( Put To SLeep ) tidurkan kucing atau bahasa kasarnya matikan kucing secara paksa. Lisa cakap... nak jaga juga , takpe.. boleh rawat.
( Hidung mula luka , sorry tak pakai glove masa ni ... sebab masih tak tau tu sporo )
Dr tu bagi tau kos mahal dan kena berbulan dalam 6-8 bulan kucing baru boleh elok . Perlu kesabaran dan juga telan kos banyak untuk rawatan . Lisa tetap dengan pendirian nak jaga juga.. then dia bagi tau yang ada juga kucing kena Sporo , ada yang boleh survive ada yang tak boleh survive kemudian mati . Dr. Cakap kalau dalam sebulan kucing dah tak de selera nak makan , better PTS kan je sebab makan ubat sporo ni effect kat hati, so kucing dah tak de nafsu makan . Lisa mengangguk paham je .. sedih dan rasa nak nangis pun ada juga.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kucing kena SPORO 1. Asingkan kucing , masuk dalam sangkar dan letak surat kabar sebagai alas . Jangan letak Pasir kucing ye sebab boleh sebabkan jangkitan . 2. PAKAI GLOVE untuk handle kucing . Korang kena pakai glove ye , jangan sampai kena cakar atau gigit kucing kena SPORO ni sebab boleh menjangkit ke manusia dan boleh menyebabkan kematian. Effect pon dapat tahu lepas 2 bulan , bukan terus nampak tanda-tanda terjangkit . Awal ritu Lisa pakai glove (sarungtangan pakai buang , tapi sebab nipis... then tukar ke Glove yang tebal sikit elak kena cakar je ) walaupun kucing ni behave je tak gigit or cakar Lisa . cakar-cakar suruh jauhkan glove ada la . 3. Jangan campur bekas makanan dan makanan dengan kucing lainnya . 4. Cuci sangkar setiap hari dengan clorox 5. Jangan cuci luka kucing tu , sebab nanti tak kunjung sembuh . Biarkan luka kering sendiri .
Luka tempat lain elok , Luka kat kaki dan ekor pula .
Luka dah hampir kering
( Tapak kaki dah luka , sebab tu kuar darah )
Masuk bulan kedua , dah semakin merebak luka tu .
Antara Ubat untuk Kucing Sporo 1. INOX - Sehari setengah kapsul ,, tapi kalau dah teruk korang boleh terus bagi 1 kapsul. 2. LIV52 HIMALAYA - makan selepas makan inox . Sebab ubat sporo ni effect ke Hati , kena jaga kalau tak nanti hati pula yang kena
3. Antibiotik , korang boleh guna transfer factor . 4. Funginox - Ubat spray . Lisa beli kat farmasai , botol kecik dalam rm30 . Mahal juga and tahan selama 4 hari je ,, uhuks . 5.SPORANOX - Jika inox tak berkesan.. kawan sugest suruh tukar ke sporanox . Boleh beli kat farmasi . Sebab ni ubat manusia , klinik haiwan takde jual .
Bagaimana cara merawatnya?(sumber ) Pertama - Pastikan ia adalah penyakit sporo melalui pemeriksaan doktor. Kedua - Beli ubat cuci luka dipanggil povidon atau ubat cuci luka untuk haiwan melalui doktor. ( i skip part ni sebab ramai yang bagitau takperlu cuci ) Ketiga - Beli kapsul Sporanox di farmasi kerana klinik haiwan tidak menjualnya. Ia adalah ubat manusia, oleh itu dosnya perlu diberi mengikut berat haiwan yang sesuai. Keempat - Asingkan kucing sporo dalam sangkar berasingan, sangkar besi yang khas untuk haiwan, bukan sangkar kayu buatan sendiri bagi memudahkan sangkar itu dicuci setiap kali kucing buang najisnya. Lapik sangkar dengan surat khabar lama, sediakan sebekas air bersih & biskut kucing. Tak perlu guna pasir kucing sebab nanti melekat pasir pada luka tersebut. Pastikan sangkar sentiasa bersih dengan campuran satu penutup dettol dengan air yang dimasukkan dalam botol spray bunga. Pancit & lap kesan najis sehingga kering bagi mengelakkan gangguan lalat. Lalat boleh menyebabkan luka berulat pula.Kelima - Pakai sarung tangan pakai buang, cuci luka dengan air suam menggunakan kapas bulat (cotton ball - beli di farmasi), kemudian sembur dengan povidon sehari sekali. Elakkan daripada kucing jilat povidon itu dengan memakaikan ia kolar khas kucing seperti gambar yang disertakan. Kapsul Sporonox diberi sehari sekali mengikut cadangan doktor haiwan. Bagi juga multi vitamin setiap hari bagi menguatkan fungsi hati haiwan & mempercepatkan proses penyembuhan.
Sampai hari ni Genap 2 bulan kucing ni sakit sporo . Makan masih sehari 3 kali , masih kuat makan . Mungkin demi anak-anak dia kot .. Harap kamu bertahan ye kucing , Lisa pon masih berharap kamu akan sembuh dan dapat bermain dengan anak-anak nanti .
Readers... doakan kucing ni sihat dan sembuh seperti asal ye . :')
Sampai jumpat di entri seterusnya ....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2019/03/kucing-aku-sakit-sporo.html