Kubur Adab Berziarah Dan Larangan Di Tanah Perkuburan Islam


Kubur adalah tempat di mana jasad manusia dikuburkan. Kubur biasanya ditanda dengan batu nisan atau penanda lain untuk mengenang individu yang telah meninggal. Kubur adalah tempat yang penting dalam setiap agama dan adalah rumah terakhir untuk orang yang telah meninggal. 


PengenalanSetiap individu yang meninggal dunia akan dikuburkan mengikut budaya dan upacara keagamaan sepertimana  agama dan budaya masing-masing. Adat dan tradisi berkaitan dengan pengebumian dan kubur boleh berbeza-beza mengikut budaya dan masyarakat.





Bagi jasad seorang Islam, dia akan dimandikan, disolatkan dan kemudian dikuburkan di tanah perkebumian yang selalunya diuruskan oleh JAWI atau kariah. 


Tanah Perkuburan Di Kuala LumpurTahukah anda kebanyakan tanah perkuburan dibuka pada seawal jam 8 pagi dan ditutup seawal jam 6 petang dan ada yang dibuka sehingga jam 7 malam sahaja sepertimana di tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur





Terdapat 29 tanah perkuburan Islam yang tujuh daripadanya ialah Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah yang diuruskan Jawi, diikuti 19 oleh kariah Kuala Lumpur dan tiga di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Tanah Perkuburan Islam Jalan AmpangTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang ialah tanah perkuburan di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Jalan Ampang berhampiran Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Perkuburan itu diasaskan pada tahun 1819.


Pengebumian terkenal di Tanah Perkuburan Jalan Ampang
Tan Sri Datuk Amar Ramlee bin Puteh – pelakon, pengarah, penyanyi, dan penulis lagu. (meninggal dunia: tahun 1973)Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) – Tokoh Bahasa, Pemikir dan Cendekiawan Melayu terulung (meninggal dunia: tahun 1973)Tun Mohamed Salleh Ismael – Ketua Polis Negara kedua (meninggal dunia: tahun 1973)Puan Sri Datin Amar Salmah Ismail (Saloma) – Pelakon dan penyanyi filem Malaysia yang berasal dari Singapura dan juga isteri Tan Sri P. Ramlee. (meninggal dunia: tahun 1983)Tan Sri Abdul Rahman Hashim – Ketua Polis Negara (meninggal dunia pada tahun 1974, dalam pembunuhan yang dilakukan oleh subversif komunis semasa Pemberontakan Komunis (1968-1989))Tun Abdul Malek Yusuf – Yang di-Pertua Negeri Melaka kedua (1959–1971) (meninggal dunia: tahun 1977)Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin – Ketua Setiausaha Negara keempat (1970–1976) (meninggal dunia: tahun 1978)Tan Sri Yaacob Abdul Latiff – Datuk Bandar Kuala Lumpur kedua (1973–1983) (meninggal dunia: tahun 1985)Datin Rosnah Jasni (Roseyatimah) – Pelakon filem Melayu era 1960-an dan isteri kepada Dato' Mustapha Maarof. (meninggal dunia: tahun 1987)Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais – Ketua Setiausaha Negara kedua (1964–1967) – Menteri Besar Selangor ke-6 (meninggal dunia: tahun 1994)Tun Mohammad Ismail Mohammad Ali – Gabenor kedua Bank Negara Malaysia (abang sulung kepada Razali Ali) (meninggal dunia: tahun 1998)Tan Sri Ahmad Razali Mohammad Ali – Menteri Besar Selangor ke-10 (adik kepada Ismail Ali) (meninggal dunia: tahun 2001)Dato' Seri Harun Idris – Menteri Besar Selangor ke-8 (meninggal dunia: tahun 2003)Nasir P. Ramlee – Anak lelaki Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (meninggal dunia: tahun 2008)Tan Sri Ainuddin Wahid – Tokoh Pendidikan dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (meninggal dunia: tahun 2013)Tan Sri Dr. Salma Ismail – Doktor wanita Melayu pertama (meninggal dunia: tahun 2014)Dato' Mustapha Maarof – Pelakon veteran filem Melayu (meninggal dunia: tahun 2014)Mariani Ismail – Pelakon veteran filem Melayu dan juga kakak Biduanita Negara Puan Sri Salmah Ismail (Saloma) (meninggal dunia: tahun 2015)Tan Sri S.M. Salim – Biduan Negara dan Penyanyi legenda lagu Melayu asli (meninggal dunia: tahun 2016)Tan Sri Elyas Omar – Datuk Bandar Kuala Lumpur ketiga (1983–1992) (meninggal dunia: tahun 2018)

Perbezaan Batu Nisan Lelaki Dan PerempuanBatu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Di batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. 


Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat; manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper. Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini.


Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan gambar si mati.


Adab Ketika Menziarahi Tanah PerkuburanKetika menziarah kubur, kita bolehlah berdiri ataupun duduk seperti mana sewaktu dia menziarahi si mati dahulu ketika masih hidup

Ada beberapa adab yang perlu diambil berat ketika menziarhi tanah perkuburan antaranya adalah : 
1. Ucap salamSunat memberi salam kepada penghuninya sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan perkuburan,  dengan ucapan:
Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan kami In shaa Allah pasti akan menyusul kalian

(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
2. Elakkan dari melangkah atau memijak atas kubur Perbuatan memijak atau melangkah kubur ketika berjalan di kawasan perkuburan adalah perbuatan makruh dan berbentuk penghinaan. Jika terpaksa melangkah kerana laluan yang sempat atau tiada laluan lain kecuali terpaksa atau tidak menyedari, maka tidaklah menjadi hal yang dianggap makruh

3. Sunat Mendekati kubur ziarahApabila penziarah telah berada pada kubur yang hendak diziarahinya itu, sunat baginya mendekati kubur tersebut sekadar dekatnya dia bersama si mati ketika dia masih hidup


4. Baca Ayat Al-Quran, Surah Yassin Atau Surah Lazim Bacalah beberapa ayat al-Quran ataupun surah yang mudah seperti surah Yasin atau surah-surah lazim di sisi kubur si mati

Pahala bacaan al-Quran itu akan diperolehi oleh si pembaca tetapi si mati akan mendapat rahmat atas bacaan tersebut kerana rahmat Allah akan turun apabila ayat-ayatNya dibacakan


Berdoalah buat si mati sebaik sahaja selesai membaca al-Quran dan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran yang sama kepada roh si mati

Segala amalan soleh seperti solat, puasa, sedekah, bacaan surah Fatihah dan sebagainya, jika dihadiahkan pahalanya yang sama buat si mati, maka pahala tersebut akan sampai kepada si mati dengan izin Allah

5. Jangan menyapu atau mengucup kuburPerlu diingatkan, jangan sesekali menyapu-nyapu kubur atau mengucupnya atau memberi salam padanya dengan isyarat tangan kerana hal tersebut merupakan bid’ah yang menyimpang daripada syariat Islam



Larangan di Tanah PerkuburanDi dalam kitab Fiqh al-Manhaji ada menyebut tentang amalan bid’ah yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam apabila berlaku kematian antaranya :


1. Tingkah Laku Ketika Mengiringi JenazahMelakukan amalan-amalan yang sama sekali menyalahi adab-adab ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan seperti meninggikan suara sama ada berzikir mahupun berkata-kata

Bahkan hendaklah memperlahankan suara jika mahu berzikir, bertahlil atau berkata-kata

2. Membawa jambangan bunga, daun dan sebagainya
Perbuatan ini dikira sebagai bid’ah yang haram yang mana amalan tersebut telah mempengaruhi umat Islam agar mengikuti budaya orang bukan Islam dalam upacara pengkebumian mereka

Bahkan perbuatan ini suatu pembaziran yang sama sekali tidak berfaedah

3. Buat binaanMembuat binaan di atas kubur sama ada di dalam atau di luar kubur dengan bahan-bahan yang boleh menyerap haba panas seperti simen, kapur dan sebagainya

Sebaliknya, jika membina kepok ataupun binaan di atas tanah kubur dengan tujuan agar tanahnya tidak mendap atau roboh ataupun bagi membezakan antara tanah kubur dengan tanah biasa ataupun bagi mengelakkan dipijak dan tidak dihormati, maka harus membuat binaan di atasnya dengan syarat binaannya rendah, tidak melibatkan pembaziran dan sederhana bentuknya

Sekiranya berlebih-lebihan dalam binaannya sehingga melibatkan perbelanjaan yang besar, maka ia merupakan pembaziran yang tidak dibenarkan

4. Meninggikan tanah kuburMeninggikan tanah kubur sebagaimana yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat pada hari ini apabila mengkebumikan jenazah

Hukumnya adalah makruh tahrim kerana menurut sunnah Nabi tanah kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah

5. Meratapi jenazahMeratapi jenazah dengan menghitung hitung kebaikannya atau menangisi jenazah dengan suara yang meraung-raung atau memukul-mukul dada atau menepuk-nepuk kepala atau mengoyakkan baju. Perbuatan sebegini adalah haram kerana tidak menzahirkan kepatuhan dan penerimaan qadak dan qadar Allah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Nabi bersabda:
Apabila seorang wanita yang meratapi jenazah tidak bertaubat sebelum dia meninggal dunia. Maka, dia akan dibangunkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan dipakaikan dengan pakaian yang berminyak dan pakaian kurap

Apabila seorang wanita yang meratapi jenazah tidak bertaubat sebelum dia meninggal dunia. Maka, dia akan dibangunkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan dipakaikan dengan pakaian yang berminyak dan pakaian kurap
(Hadis riwayat Muslim)
6. Ahli keluarga tidak sepatutnya menyediakan makanan buat tetamuAhli keluarga si mati sibuk menyediakan dan menghidangkan makanan kepada penziarah yang hadir sebagaimana yang berlaku pada hari ini

Hal ini merupakan larangan dan bid’ah yang sangat ditolak dan jelas bertentangan dengan sunnah Nabi

Ini kerana, amalan sunnah adalah sebaliknya iaitu jiran tetangga atau sahabat handai kepada ahli keluarga si mati yang seharusnya menyediakan makanan dan menjamunya kepada ahli keluarga tersebut dan para penziarah

Bahkan sunat menyediakan makanan yang banyak agar mencukupi untuk menjamu ahli keluarga si mati di sepanjang hari kematian itu sehari semalam

Hukum ini merujuk kepada hadis Nabi ketika mana Jaafar bin Abu Talib dilaporkan terbunuh, maka Baginda memerintahkan kepada para sahabat:
Sediakanlah makanan buat ahli keluarga Jaafar kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka musibah (kematian) yang menyibukkan mereka

(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi)



sumber : akuislam 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/09/kubur-adab-berziarah-dan-larangan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Bekas Mb Yang Suka Juai Tanah Tanah Kubur Saja Dia Tak Juai

Kisah Bekas Mb Yang Suka Juai Tanah Tanah Kubur Saja Dia Tak Juai

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 215 hits
Bila Mahathir cakap Tanah Melayu akan hilang aku teringat dulu Johor pernah ada MB yang rakyat kata tanah kubur dan angin je tak kena jual MB yang sangat popular bab jual tanah Masa UMNO Johor goyang sebab Sultan pun murka dengan MB tu Maha...
Khairuddin Hadi Makin Keliru Kata Hukum Islam Tiada Dnaa

Khairuddin Hadi Makin Keliru Kata Hukum Islam Tiada Dnaa

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 203 hits
MalaysiakiniPresiden PAS Abdul Hadi Awang ditegur kerana mengatakan di dalam Islam tidak ada hukum pelepasan tanpa pembebasan daripada pertuduhan Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali berkata dak...
Umat Islam Perlu Tinggalkan Makanan Syubhah Wajib Cari Yang Diyakini Halal

Umat Islam Perlu Tinggalkan Makanan Syubhah Wajib Cari Yang Diyakini Halal

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Umat Islam perlu meninggalkan makanan diragui ataupun syubhah dan bertanggungjawab mencari makanan yang diyakini halal Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata peniaga juga perlu bertanggungjawab dan jujur dalam pe...
No Dnaa In Islam Hadi Travels Back In Time To Ottoman Empire

No Dnaa In Islam Hadi Travels Back In Time To Ottoman Empire

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 279 hits
PARLIAMENT PAS president Abdul Hadi Awang travelled back in time to when Sultan Muhammad Al Fateh also known as Mehmed the Conqueror reigned over the Ottoman empire in the mid 15th century In what appeared to be an obvious reference to Depu...
Hadi Wrong About No Dnaa In Islam Khairuddin Counters

Hadi Wrong About No Dnaa In Islam Khairuddin Counters

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 343 hits
A former PAS leader has chastised party president Abdul Hadi Awang for saying that there is no discharge not amounting to an acquittal in Islam Khairuddin Aman Razali who is now on Umno s ulama council said Hadi s assertions went against th...
China Damai Dengan Islam Dinasti Ming Cheng Ho Kublai Khan

China Damai Dengan Islam Dinasti Ming Cheng Ho Kublai Khan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 262 hits
Masjid Besar Xi an Kerajaan China mempunyai hubungan damai dengan IslamKUALA LUMPUR Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah melawat negara China beberapa kali Menurutnya beliau menyaksikan beberapa masjid bersejarah yang dibi...
Tokoh Ilmuwan Islam Dalam Sains Dan Matematik

Tokoh Ilmuwan Islam Dalam Sains Dan Matematik

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 301 hits
Mesti ramai yang pernah dengar dan pernah belajar tentang tajuk Algebra dalam subjek Matematik kan Rupanya pengasas kepada Algebra adalah ilmuwan Islam yang sangat terkenal dan menjadi rujukan utama dalam bidang Matematik sehingga hari ini ...
Dnaa Dalam Islam

Dnaa Dalam Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 236 hits
YB Marang dalam ucapan parlimen pada hari ini menyatakan bahawa DNAA tiada dalam Islam Bagi menyokong pandangan itu YB Marang telah mengemukakan satu kisah yang berlaku pada zaman khilafah Uthamaniah Kita cuba tanya Bard AI Bard AI kata kon...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun