China Damai Dengan Islam Dinasti Ming Cheng Ho Kublai Khan


  
Masjid Besar Xi'an.
Kerajaan China mempunyai hubungan damai dengan Islam


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah melawat negara China beberapa kali. 
Menurutnya, beliau menyaksikan beberapa masjid bersejarah yang dibina pada masa awal kedatangan Islam pada era Khulafa’ al-Rasyidin, bahkan ada katanya telah dibina sejak zaman Rasulullah SAW,
Ini, katanya kerana hubungan dagang antara Arab dengan China berada sejak awal sebelum kelahiran Rasulullah SAW, lebih dahulu daripada ketibaan Islam di Nusantara.
Tambah beliau, China telah menjadi kunjungan para pengembara dan pedagang Arab sejak awal lagi.
Maka, ujarnya Kerajaan China mempunyai hubungan damai dengan Islam, apabila mereka menerima berita kejatuhan kuasa besar Parsi dan Rom.
“Hal ini berlaku setelah mereka mengetahui pemerintahan Islam yang adil, bukannya menjajah atau menyamun seperti bangsa Eropah yang rakus menjajah,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook beliau.
Kalau dihalang, ujar Tuan Guru maka rakyat China juga pasti akan menyambut kedatangan Islam.
Menurut beliau, adanya kalangan Raja China daripada Dinasti Ming yang menganut Islam, malah Laksamana Cheng Ho yang terkenal juga menganut Islam.
Kata Ahli Parlimen Marang itu lagi, Kublai Khan daripada bangsa Tatar yang memerintah China, tertarik kepada penganut Islam kerana berakhlak mulia, berintegriti dan tidak mengamalkan rasuah.
Ini, jelas beliau sehinggakan Kublai Khan melantik penganut Islam menjadi pemimpin daerah dan pegawai tinggi kerajaan, menjadikan kerajaannya dapat bertahan lama.
Tuan Guru menambah, Islam menimba tamadun ilmu bermanfaat daripada negara China kerana sifat terbuka dengan menerima semua perkara yang baik daripada semua kaum serta menolak perkara yang buruk dan zalim walaupun datangnya dari Makkah.
Menurutnya, masih banyak lagi masjid di China tidak dirobohkan oleh Revolusi Kebudayaan ketika era Mao Zedong kerana disesuaikan bangunannya dengan seni bangunan Cina yang tidak mempunyai apa-apa lambang agama. – HARAKAHDAILY 13/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: China damai dengan Islam. Dinasti Ming/Cheng Ho/Kublai Khan.. 
Lihat juga komen ini..
(i) Sepatutnya negara ini, perlu memberi ruang kepada sistem ekonomi bersumberkan Tuhan Pencipta manusia. 
Kerana sistem kapitalisme kini ternyata gagal dengan kebobrokan jurang ekonomi besar antara golongan kaya melampau dan golongan miskin menderita.


Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, “Sebagai contoh apabila berlaku pandemik (Covid-19), kita tahu syarikat pembuat sarung tangan mendapat keuntungan bilion ringgit, tetapi pada waktu sama kita menyaksikan penoreh getah menderita.
“Sepatutnya mereka menyumbang kepada penoreh getah kecil dengan keuntungan yang diperolehi. Kita harap perkara ini dapat dilihat, bukan hanya satu dua syarikat, tetapi banyak syarikat yang mengaut keuntungan, kita biarkan,” katanya ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berpandangan bahawa sistem ekonomi yang lebih adil perlu ditegakkan kerana pada prinsipnya, Allah Taa’la sebut dalam ayat yang juga dibaca oleh Yang Amat Berhormat Tambun, iaitu “Berlaku adillah kerana adil itu amat hampir dengan taqwa.”
Dalam hadis yang masyhur yang semua umat Islam belajar, katanya antara tujuh golongan yang layak berlindung di arasy Allah pada hari tidak ada naungan melainkan naungan arasy Allah ialah pemimpin yang adil.
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri bahawa satu kajian dan seminar akan diadakan pada akhir tahun ini bagi meneliti aspek ekonomi dari sudut perspektif Islam, al-Quran dan hadis.
“Saya menyambut baik hasrat tersebut dan harapan kita supaya tidak hanya dalam bentuk seminar, tetapi dapat dilaksanakan,” katanya. (rujuk HARAKAHDAILY 12/9/2023)
(ii) Sepatutnya kerajaan perlu merangka pelan jangka panjang bagi memastikan kebergantungan negara terhadap bekalan makanan import, terutama beras, dapat dikurangkan. Contohnya tanam padi 2 tahun 5 kali.


Di Kuala Lumpur, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkata, isu keselamatan makanan mesti diberikan perhatian khusus seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN)
Beliau berkata, agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di negeri juga diminta melibatkan kepimpinan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.
“Sama ada di kawasan jelapang agensi kerajaan pusat atau di luar jelapang, kita melihat hari ini, isu besar ialah keluasan sawah padi merosot akibat kerancakan pembangunan.
“Pembangunan akhirnya menyebabkan kawasan sawah padi semakin mengecil, sebab itu lah kita perlu ada rangka jangka panjang untuk pastikan ada kawasan penanaman baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. 
Ahmad Tarmizi juga berkata, kerajaan PN sebelum ini juga merancang untuk mewujudkan kawasan penanaman padi baharu melalui kaedah baharu, iaitu Smart SBB.
Sekian.


Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/china-damai-dengan-islam-dinasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Dnaa In Islam Hadi Travels Back In Time To Ottoman Empire

No Dnaa In Islam Hadi Travels Back In Time To Ottoman Empire

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 278 hits
PARLIAMENT PAS president Abdul Hadi Awang travelled back in time to when Sultan Muhammad Al Fateh also known as Mehmed the Conqueror reigned over the Ottoman empire in the mid 15th century In what appeared to be an obvious reference to Depu...
Umat Islam Perlu Tinggalkan Makanan Syubhah Wajib Cari Yang Diyakini Halal

Umat Islam Perlu Tinggalkan Makanan Syubhah Wajib Cari Yang Diyakini Halal

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Umat Islam perlu meninggalkan makanan diragui ataupun syubhah dan bertanggungjawab mencari makanan yang diyakini halal Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata peniaga juga perlu bertanggungjawab dan jujur dalam pe...
Khairuddin Hadi Makin Keliru Kata Hukum Islam Tiada Dnaa

Khairuddin Hadi Makin Keliru Kata Hukum Islam Tiada Dnaa

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 202 hits
MalaysiakiniPresiden PAS Abdul Hadi Awang ditegur kerana mengatakan di dalam Islam tidak ada hukum pelepasan tanpa pembebasan daripada pertuduhan Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali berkata dak...
Hadi Wrong About No Dnaa In Islam Khairuddin Counters

Hadi Wrong About No Dnaa In Islam Khairuddin Counters

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 342 hits
A former PAS leader has chastised party president Abdul Hadi Awang for saying that there is no discharge not amounting to an acquittal in Islam Khairuddin Aman Razali who is now on Umno s ulama council said Hadi s assertions went against th...
Jangan Campuri Urusan Umat Islam Ppim Ingatkan Arun Malaysia Post 08 09 2023

Jangan Campuri Urusan Umat Islam Ppim Ingatkan Arun Malaysia Post 08 09 2023

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 258 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia mengingatkan Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia agar jangan yang mencampuri urusan umat Islam dinegara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata ia susulan kenyataan Pengerusi persatuan itu Arun Dorasamy...
Tujuan Politik Islam Tegakkan Keadilan Bukan Khurafat Perkauman

Tujuan Politik Islam Tegakkan Keadilan Bukan Khurafat Perkauman

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 178 hits
Kebanyakan ahli politik Islam pembangkang yang konon memperjuangkan politik Islam tidak faham tujuan politik yang mereka ceburi selain untuk mendapatkan gaji atau pengaruh apabila menang dan menjadi wakil rakyat Menurut Setiausaha Pertubuha...
Kubur Adab Berziarah Dan Larangan Di Tanah Perkuburan Islam

Kubur Adab Berziarah Dan Larangan Di Tanah Perkuburan Islam

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 333 hits
Kubur adalah tempat di mana jasad manusia dikuburkan Kubur biasanya ditanda dengan batu nisan atau penanda lain untuk mengenang individu yang telah meninggal Kubur adalah tempat yang penting dalam setiap agama dan adalah rumah terakhir untu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco