Kubis Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap


Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap | Assalamualaikum semua.... Sebenarnya kan dah bertahun sis tanam azam nak diet untuk kurus tapi tu la, nak berubah cara pemakanan tu yang susah. Tambah pulak negara kita ni memang kaya dengan pelbagai jenis makanan, mana boleh tahan. Patut la ada kajian yang melaporkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai warga gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu. Laporan tu juga menyatakan separuh dari penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti yang meningkat 300% dalam masa hanya 2 tahun. So, adakah sis tergolong dalam peratusan ni??? Tidakkkkk.. terus rasa insaf kejap.

Jadi sebelum terlambat apa kata mulai hari ni kita tukar gaya pemakanan kepada makanan yang lebih menyihatkan. Tapi mampu ke? Ya, sis pasti bila sebut makanan sihat ni ramai yang akan beranggapan yang makanan sihat ni tak sedap la, tawar la, lepas tu confirm kena telan sayur je hari-hari. Amboiii, bila berat naik bising tapi hari-hari nak makan sedap je kan. Ha, kata-kata ni tak perlu la nak tuding kat orang lain. Sis sendiri pun macam tu. Memang sis sejenis makan tak ingat lepas tu bising bila badan dah gemuk... adoiiiii..


Tapi sis tahu ada satu restoran baru yang dibuka di Bandar Sunway terus sis kembali bersemangat untuk diet. Restoran yang sis maksudkan adalah Kubis & Kale. Restoran ini diasaskan oleh Chef Aaron Lim yang merupakan perintis gaya makanan poke bowl di Malaysia. Jadi Kubis & Kale ini telah membawa satu trend yang baru dengan menampilkan makanan sihat "Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl"


Poke bowl adalah sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidang di dalam mangkuk. Sebenarnya apa yang menarik mengenai hidangan poke bowl ni? Ya, daya tarikannya adalah poke bowl yang merupakan masakan dari Hawaii ni mengandungi pelbagai jenis bahan asas, ramuan dan sos dan diletakkan potongan isi ikan mentah yang diperap. Biasanya diorang guna ikan tuna la, kemudian diletakkan di atas nasi atau soba atau quinoa dan ditabur dengan sayur dan sos umami diatasnya.


Kalau korang nak tau, poke bowl ni merupakan hidangan utama di Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ni telah mula sejak beberapa tahun lepas dan nampaknya kini ia telah mendapat tempat di hati para pelanggannya tak kira lapisan umur. Kalau sebelum ni tanggapan terhadap makanan sihat adalah membosankan atau tak sedap, korang kena rasa poke bowl yang disediakan di Kubis & Kale ni. Sis gerenti korang akan suka sebab walaupun makanan sihat tapi rasa dia sedap tau. Silap-silap sesiapa yang tak makan sayur tu terus boleh jatuh cinta dengan hidangan ni

“Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar,” kata Aaron.


“Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat,” jelas Aaron.


Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa poke bowl ke tahap yang lebih menarik dan seterusnya memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian / vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat :

✔ Poke Bowl (mentah & masak)
✔ Makanan masak
✔ Menu makanan untuk vegetarian/vegan

Kubis & Kale membawa faktor "makanan sihat" ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa fakta menarik tentang ‘Poke’ (mentah / segar) dan makanan vegetarian / vegan :

✔ Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar / sejuk / diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
✔ Lebih banyak makanan segar / dimasak
✔ Menawarkan menu bermusim
✔ Pilihan sos vegan
✔ Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian / vegan
✔ Pelbagai sos yang dibuat sendiri


Ha, nampak tak?? sape kata makanan sihat ni membosankan dan tak sedap. Sis sendiri dah rasa dan memang kena dengan tekak sis. Walaupun tak dinafikan makanan sihat ni banyak guna sayur tapi di Kubis & Kale mereka menggunakan sayuran karbon yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian iaitu perintis Tumbuhan Karbon (teknologi pertanian terbaru digunakan di Australia dan Perancis dan yang pertama di Malaysia).


Pakar diet Indra Balatratnam juga turut menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden sekarang. Menurutnya, apa yang kita makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita.


“Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan mendapati sukar untuk mengambil makanan yang sihat, poke bowl menawarkan peluang kepada mereka untuk mencampur padan pelbagai bahan seperti protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk kombinasi bahan masakan untuk sajian makanan mereka. Sajian yang begitu menyenangkan, mengandungi kebanyakan nutrien yang anda perlukan dan bersahaja untuk dimakan, kesemuanya dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul untuk keperluan makanan anda,” jelas Indra.


Selepas rasa keenakan poke bowl di Kubis & Kale terus sis rasa bersemangat nak teruskan azam untuk diet. Lepas ni sis tau dah mana nak cari makanan sihat dan sedap, harga pun berpatutan. Pergi je ke Kubis & Kale. Kebetulan restoran ni pun tak jauh dari rumah sis. So, takde masalah nak pergi selalu. Kalau tak sempat nak makan kat situ, bungkus bawa balik pun boleh. Lagipun sekarang ada promosi tau. Sempena Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November 2019, Kubis & Kale mengumumkan promosi "Beli 1 percuma 1" dari 1 hingga 3 November 2019 bagi menggalakkan lebih ramai mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Lokasi Kubis & Kale :
Lot 2 & 4, Ground Floor,Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway,46150 Petaling Jaya
Waktu operasi : 10.30am-10pmFacebook : www.facebook.com/kubisandkaleInstagram : www.instagram.com/kubis_kale




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/10/kubis-kale-menawarkan-poke-bowl-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubis Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl

Kubis Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1578 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Selalu kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa makanan yang sihat adalah membosankan atau tidak sedap serta rumit untuk disediakan Yer lah selalu k...
Makanan Poke Sihat Dan Menyelerakan Di Kubis Kale

Makanan Poke Sihat Dan Menyelerakan Di Kubis Kale

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 689 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Kubis Kale iait...
Kubis Kale Pelancaran Restaurant Makanan Sihat Pokebowl Di Bandar Sunway

Kubis Kale Pelancaran Restaurant Makanan Sihat Pokebowl Di Bandar Sunway

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 888 hits
Korang tahu Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai orang gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu Laporan ini bukan rekaan tau dan separuh daripada penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti meningka...
Kubis Kale Sunway Untuk Peminat Makanan Kesihatan Kini Dibuka

Kubis Kale Sunway Untuk Peminat Makanan Kesihatan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 477 hits
Hi Korang Betulkan kat Malaysia ni memang agak susah nak cari kedai makanan kesihatan selain daripada kedai vegetarian Betul kan kan kan Nak nak area umah kak lily ni ya ampun memang menangislah kan kena buat sendiri Huahauhaua buat memang ...
Memasak Lebih Mudah Cepat Sedap Dan Sihat Dengan Santan Super Light Ayam Brand

Memasak Lebih Mudah Cepat Sedap Dan Sihat Dengan Santan Super Light Ayam Brand

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 923 hits
Memasak lebih mudah sedap dan sihat dengan Santan Super Light Ayam Brand Seperti yang kita tahu kebanyakan makanan yang ada di Malaysia menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama contohnya nasi lemak kari ayam kuih muih pencuci mulut...
Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi

Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 550 hits
Di sebalik kemeriahan Bandaraya Shah Alam Seksyen 24 ada tempat menarik dan makanan sedap yang wajar di kunjungi Untuk pengetahuan seksyen 24 ini tiada shopping compleks besar dan pasaraya yang gah dan hanya ada lebih banyak rumah flat dan ...
Menu Diet Membosankan Tak Lagi Dengan Poke Bowl Di Fitlicous

Menu Diet Membosankan Tak Lagi Dengan Poke Bowl Di Fitlicous

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 775 hits
Menu Diet Membosankan Tak Lagi Dengan Poke Bowl di Fitlicous l Assalamualaikum Poke bowl Apa tu Haa bagi yang tengah mengamalkan pemakanan yang sihat Ana pasti korang dah biasa dengar dengan perkataan ni kan Ana pun sebenarnya baru tau tent...
12 Koleksi Resipi Talam Yang Boleh Korang Cuba Lebih Jimat Sedap

12 Koleksi Resipi Talam Yang Boleh Korang Cuba Lebih Jimat Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 851 hits
Kuih muih tradisional Melayu termasauk talam antara yang menjadai pilihan ramai Malah sekarang dah macam macam inovasi kuih talam sesuai mengikut cita rasa semasa namun rasanya tidak mengecewakan tetap sedap Lemak manisnya tetap menambat se...
Fu Chuk Tauhu Kering Goreng Berinti Garing Kulit Inti Berjus Sedap

Fu Chuk Tauhu Kering Goreng Berinti Garing Kulit Inti Berjus Sedap

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 755 hits
Fuchuk goreng berinti atau Fried Fuchuk Roll ni memang penuh khasiat Inti yang sama ni boleh aje jadi inti popia sebenarnya Tapi inti sedap campuran ayam dan ikan cincang makin berganda sedapnya bila digulung atau dilipat dalam tauhu kering...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba