Kubis Kale Sunway Untuk Peminat Makanan Kesihatan Kini Dibuka


Hi Korang, 
Betulkan kat Malaysia ni memang agak susah nak cari kedai makanan kesihatan selain daripada kedai vegetarian? Betul kan, kan, kan!! 

Nak nak area umah kak lily ni ya ampun memang menangislah kan, kena buat sendiri. Huahauhaua buat memang boleh tapi masa tuh yang tak de. Kita ni kan balik dah malam bila masa plak nak masak-masak bagai kan, tapi kalau orang rajin boleh je buat. Korang rasa kak lily rajin sangat ke? Rajin makan bolehlah hahahahahaha… 
Yesza ni kak lily nak share dengan korang nie k!! 
Berita baik untuk korang yang gemar menikmati makanan hijau, ringan, lazat dan sihat. Kubis & Kale secara rasmi telah di buka baru-baru ini. Restoran ini diasaskan oleh Chef Aaron Lim - perintis gaya makanan poke bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidangkan dalam mangkuk) di Malaysia - tagline Kubis & Kale "Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl." 
Kak lily berkesempatan ke majlis pembukaan Kubis & Kale di Sunway baru – baru ini, macam tak percaya nama kedainya Kubis kann sehingga kak lily sampai ke sini hehehe, betul ko!! 

Pembukaan restoran serba baharu ini tepat pada waktu semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan tidak sihat, disertakan banyak laporan media tentang Malaysia sebagai negara yang mempunyai paling ramai warga gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu. Separuh daripada penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, dengan kadar obesiti meningkat 300% dalam masa hanya dua tahun. 
Menurut Aaron, Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan biasa, bermusim, dan sihat. "Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar," kata Aaron. 

"Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. "Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat," jelas Aaron. 
Menurut beliau, 'poke bowl' tetap menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas nampaknya akan berterusan. Daya tarikannya terletak pada keupayaan orang yang makan untuk menyesuaikan masakan dari Hawaii ini dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos - dengan potongan isi ikan mentah yang diperap, biasanya tuna - yang kemudian diletakkan di atas nasi atau soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya. 




Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa 'poke bowl' ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian atau vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat: 
• 'Poke Bowl' (mentah & masak) 
• Makanan masak 
• Menu makanan untuk vegetarian/vegan 



Kubis & Kale membawa faktor "makanan sihat" ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa faktar menarik tentang 'Poke' (mentah/segar) dan makanan vegetarian/vegan: 
• Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar/sejuk/diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya 
• Lebih banyak makanan segar/dimasak 
• Menawarkan menu bermusim 
• Pilihan sos vegan 
• Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan 
• Pelbagai sos yang dibuat sendiri 



Kubis & Kale bekerjasama rapat dengan petani tempatan untuk membawa hasil tani ke meja makan sebagai usaha memberikan pengalaman makan paling menyegarkan. 
Kubis & Kale menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karban Janaan Semula Bandar dan Pertanian - Perintis Tumbuhan Karban (teknologi pertaniah terbaharu digunakan di Australia dan Perancis, pertama di Malaysia). 

Sayuran karbon mempromosikan amalan makan sayuran hijau yang bersih dan selamat, dengan kandungan nutrien yang tinggi. Penggunaan kaedah pertanian penjanaan semula karbon yang bebas daripada bahan kimia dapat mengurangkan logam berat, menyerap karbon ke dalam tanah, tidak berbau dan merangsang kaedah pertanian jitu. 
Pakar diet Indra Balatratnam menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden. Menurutnya, apa yang kita makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita. "Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita. 
Korang boleh order menu yang ada protein dalamnya seperti ayam dan daging boleh pilih Grilled Molasses Chicken Breast, Green Chutney Chicken Thigh, Skirt Steak dan Herb Bake Dory dan macam-macam lagi

Ni kak lily tunjukkan beberapa menu Poke Bowl yang mampu membuka selera korang ek
Keeping Fit and Fabulous
Beathe Easy Pokebowl
Overeating
Calming Meal
Mango Harbenaro Salmon
Signature Salad Bowl
Get up and Go Energizing Meal
Untuk mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November, Kubis & Kale mengumumkan promosi "Beli 1 Percuma 1" dari 1 hingga 3 November 2019 untuk mengorak langkah menggalakkan gaya hidup lebih sihat. 
Kemain ahkak ko ni kan, makan sampai 4 mangkuk
Actually portion untuk mangkuk kecil ni takdelah banyak mana pun tapi sangat-sangat penuh perut sampai rasa senak di buatnya masa nak abiskan tau
Jom kita ke:
Kubis & KaleLot 2 and 4, Ground Floor,Jalan PJS 11/5,Bandar Sunway,Petaling Jaya
Restoran ini terletak berdekatan dengan station BRT SunU-Monash jadi korang boleh parking kat station tu dan jalan kaki jer lagi mudah. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :  
Facebook : https://www.facebook.com/KubisKale-117118533013416 
Instagram : https://www.instagram.com/kubis_kale




#KubisandKale
#PokeBowl
#VeganBowl
#Vegetarian
#SupportLocal
#UniqueSauce
#PickYourBowl

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/09/kubis-kale-sunway-untuk-peminat-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubis Kale Pelancaran Restaurant Makanan Sihat Pokebowl Di Bandar Sunway

Kubis Kale Pelancaran Restaurant Makanan Sihat Pokebowl Di Bandar Sunway

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 895 hits
Korang tahu Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai orang gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu Laporan ini bukan rekaan tau dan separuh daripada penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti meningka...
Kubis Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl

Kubis Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1591 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Selalu kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa makanan yang sihat adalah membosankan atau tidak sedap serta rumit untuk disediakan Yer lah selalu k...
Makanan Poke Sihat Dan Menyelerakan Di Kubis Kale

Makanan Poke Sihat Dan Menyelerakan Di Kubis Kale

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 699 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Kubis Kale iait...
Kedai Konsep Msi Terbaru Kini Dibuka Menawarkan Lebih Dari Peranti Komputer Riba

Kedai Konsep Msi Terbaru Kini Dibuka Menawarkan Lebih Dari Peranti Komputer Riba

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 299 hits
MSI ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk siri komputer riba dan komponen komponen komputer mereka Hari ini mereka telah membuka sebuah kedai konsep baru di Plaza Low Yat Terletak di aras tanah pusat membeli belah di Kuala Lumpu...
Grabfood Kini Membenarkan Pesanan Makanan Dari Pelbagai Restoran Serentak

Grabfood Kini Membenarkan Pesanan Makanan Dari Pelbagai Restoran Serentak

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 406 hits
Dengan perkhidmatan GrabFood pelbagai jenis makan enak dapat berada di hujung jari Tetapi sistem yang digunakan mereka selama ini hanya membenarkan satu pesanan dilakukan dari sebuah restoran Pengguna terpaksa menunggu makanan pertama dihan...
Chapayom Malaysia Kini Dibuka Di Central I City Mall Shah Alam

Chapayom Malaysia Kini Dibuka Di Central I City Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah dan rasa syukur apabila cuaca hari ini mulai kembali seperti biasa Matahari sudah mula memancarkan cahaya Mana tak nya hampir 2 minggu negara dibelenggu dengan jerebu Keadaan jerebu kali ini boleh dikatakan aga...
Tak Payah Risau Muncung Itik Lagi Ujian Hpv Dna Kini Ditawarkan Di Klinik Kesihatan Kl Kedah Amp Kelantan

Tak Payah Risau Muncung Itik Lagi Ujian Hpv Dna Kini Ditawarkan Di Klinik Kesihatan Kl Kedah Amp Kelantan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 612 hits
Berita baik bagi wanita yang takut dengan muncung itik iaitu spekulum yang digunakan untuk pemeriksaan pap smear Bukan sekadar rasa tak selesa kan malah rasa malu dengan doktor atau jururawat yang membuat pemeriksaan Kini dengan kaedah HPV ...
Familymart Eco Botanic Kini Dibuka

Familymart Eco Botanic Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 560 hits
TGIF Johor Fam we have another location for you to satisfy all your cravings at Eco Botanic Celebrate with us and get 25 off when you show you liked our page Sofuto
Quot Takut Hilang Peminat Quot Tajul Dedah Sudah 2 Tahun Berkahwin Isteri Kini Hamil 8 Bulan

Quot Takut Hilang Peminat Quot Tajul Dedah Sudah 2 Tahun Berkahwin Isteri Kini Hamil 8 Bulan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 499 hits
Takut Hilang Peminat Tajul Dedah Sudah 2 Tahun Berkahwin Isteri Kini Hamil 8 Bulan Artikel Gempak Atas Hiburan Status perkahwinan penyanyi muda Tajul Ariff terjawab apabila adik kepada arwah Achik Spin itu tampil mengesa
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26