Kuat Kuasa Had Tempoh 2 Jam Tak Praktikal Kata Pusat Beli Belah


FMT Reporters
Berdasarkan peraturan sekatan pergerakan Covid-19 terbaru, pelanggan diberi tempoh sehingga dua jam untuk berada di premis runcit, termasuk pusat beli belah.PETALING JAYA: Persatuan Pusat Membeli Belah Malaysia berkata, ia menolak peraturan had tempoh dua jam untuk pelanggan berada di premis runcit dan pusat beli belah kerana penguatkuasaannya “amat tidak praktikal”.
Ia berkata, pengurusan pusat beli belah tidak dapat mengawal kedai jualan yang dimasuki pelanggan dan tidak dapat menjejak pergerakan mereka pada setiap masa kerana pelanggan masuk dari pelbagai pintu masuk sebelum pergi ke kedai tertentu.
Bilangan pelanggan di pusat beli belah “sentiasa berubah kerana mereka masuk dan keluar pada setiap masa,” katanya.
Semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, pelanggan dibenarkan menghabiskan masa sehingga dua jam di semua premis runcit, termasuk pusat beli belah, sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) di bawah perintah sekatan pergerakan (PKP) terbaru.
Bilangan pelanggan dihadkan kepada seorang setiap empat meter persegi, sementara bilangan kakitangan di semua premis runcit, borong, pengedaran dan pusat beli belah, termasuk pengurusan, operasi dan sokongan juga dihadkan kepada 60%, katanya.
Dalam satu kenyataan, persatuan itu berkata, bukan sahaja tidak praktikal untuk memberhentikan dan memeriksa masa masuk pelanggan, malah ia juga “tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian”.
Ia berkata, jika pihak berkuasa diminta menguatkuasakan peraturan itu, ia dilihat menyamai sebuah “negara polis”.
“Beban pematuhan had tempoh dua jam itu terletak di bahu pelanggan, bukannya tertanggung oleh pusat beli belah untuk menguatkuasakannya.
“Justeru kami menentang sebarang langkah untuk mendenda pusat beli belah dan peruncit atas salah laku sedemikian,” katanya.
Persatuan itu juga berkata, satu-satunya langkah praktikal ialah dengan menempatkan papan tanda di pintu masuk dan ruang legar, selain meminta syarikat perniagaan melakukan perkara sama di premis masing-masing.
Ia berkata, sejak bermulanya wabak Covid-19 pada 2020, rekod tempat parkir kenderaan menunjukkan pelanggan menghabiskan masa antara satu hingga satu jam setengah di pusat beli belah. Masa purata sebelum wabak ialah tiga jam.
Ia berkata, premis perniagaan di pusat beli belah sudah pun mengawal kapasiti kemasukan, dengan mengehadkannya kepada seorang pelanggan setiap empat meter persegi.
Selain itu katanya, bilangan had kapasiti maksimum hendaklah dipaparkan di pintu masuk.
Ia berkata, ia merupakan langkah kawalan orang ramai yang sudah mencukupi.
Katanya, kemungkinan orang ramai berkumpul di ruang legar umum juga hampir tidak ada sekarang kerana sebarang acara, aktiviti pameran dan promosi tidak dibenarkan.
“Kami sedar pihak berkuasa mahukan kawalan pergerakan orang ramai lebih ketat, tetapi apa-apa langkah hendaklah praktikal dan boleh dilaksanakan, jika tidak tujuannya tidak tercapai.
“Kami tegaskan bahawa kami bersedia bekerjasama dan mencari penyelesaian praktikal,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/kuat-kuasa-had-tempoh-2-jam-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 3 0 Hanya 2 Jam Dalam Pusat Beli Belah Kata Menteri

Pkp 3 0 Hanya 2 Jam Dalam Pusat Beli Belah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 324 hits
Premis peruncitan termasuk pusat membeli belah tersenarai bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement yang masih berisiko tinggi selepas penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan akan ditutup serta merta selama tiga hari ...
Pusat Beli Belah Kini Sunyi Lengang

Pusat Beli Belah Kini Sunyi Lengang

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 387 hits
Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF KHAIRULMIZAN YAHYA dan SHARKAWI LONDING KEADAAN ruang legar pusat beli belah JBCS Johor Bahru Johor yang lengang semalam ekoran pelaksanaan PKP yang lebih ketat PETALING JAYA Suasana di pusat beli bela...
Padah Rentas Daerah Ke Pusat Beli Belah 2 Lelaki Dikompaun Rm5 000

Padah Rentas Daerah Ke Pusat Beli Belah 2 Lelaki Dikompaun Rm5 000

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 245 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL GEORGETOWN Keseronokan dua lelaki merentas daerah mengunjungi sebuah pusat beli belah di daerah Barat Daya di sini hari ini membawa padah apabila mereka masing masing dikompaun sebanyak RM5 000 Kedua dua lelaki berusia ...
Helah Orang Ramai Guna Pusat Beli Belah Sebagai Pertemuan Aidilfitri

Helah Orang Ramai Guna Pusat Beli Belah Sebagai Pertemuan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 261 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR DR ADHAM BABAPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan dengan sikap orang ramai yang menjadikan pusat beli belah sebagai pertemuan Hari Raya Aidilfitri yang boleh mencetuskan jangkitan Covid 19 sehing...
Tiada Halangan Beli Sendiri Vaksin Covid 19 Dilulus Npra Kata Pm

Tiada Halangan Beli Sendiri Vaksin Covid 19 Dilulus Npra Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang berhasrat membeli sendiri vaksin Covid 19 tetapi pihak itu mesti mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara Katalah s...
Pejuang Goyah Dalam Usaha Menjadi Kuasa Ketiga Kata Penganalisis

Pejuang Goyah Dalam Usaha Menjadi Kuasa Ketiga Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 222 hits
May 11 2021 Seorang penganalisis berkata Shafie Apdal dan Syed Saddiq Abdul Rahman kelihatan tunduk kepada Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis politik meramalkan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad goyah dalam matlamatnya untuk ...
Dap Kuat Gasak Kerajaan Ph Supaya Ikut Telunjuk Mereka Kata Zuraida

Dap Kuat Gasak Kerajaan Ph Supaya Ikut Telunjuk Mereka Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 296 hits
Pengalaman bersama mentadbir kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan lalu telah menampakkan belang sebenar parti itu yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia Demikian dakwa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia...
Kompleks Beli Belah Ditutup Kecuali Premis Pasar Raya Jualan Makanan Dan Keperluan Asas Ismail Sabri

Kompleks Beli Belah Ditutup Kecuali Premis Pasar Raya Jualan Makanan Dan Keperluan Asas Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 280 hits
Menteri Kanan Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kompleks beli belah akan ditutup kecuali premis pasar raya jualan makanan dan keperluan asas sahaja Beliau menyatakan berkenaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang se...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej