Pusat Beli Belah Kini Sunyi Lengang


Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF, KHAIRULMIZAN YAHYA dan SHARKAWI LONDING
KEADAAN ruang legar pusat beli-belah JBCS, Johor Bahru, Johor yang lengang semalam ekoran pelaksanaan PKP yang lebih ketat.PETALING JAYA – Suasana di pusat beli-belah di seluruh negara­ didapati lengang tanpa kehadi­ran ramai pengunjung pada hari pertama pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat bermula semalam.
Tidak seperti kebiasaan, tidak ramai pengunjung yang mema­su­ki­ pusat beli-belah di sekitar bandar raya seluruh negara ekoran nasihat kerajaan agar kekal di rumah.
Di Terengganu tinjauan Kosmo!­ mendapati hampir kesemua kedai sunyi tanpa pelanggan selain sebahagian pemilik kiosk jualan memilih untuk menutup operasi perniagaan mereka bagi mengelak lebih kerugian.
Salah seorang peniaga di medan selera KTCC Mall berkata, situasi itu memberi kesan buruk kepada golongan peniaga dan menyifatkan tindakan kerajaan tetap membuka sektor ekonomi tidak memberi sebarang makna.
Dia yang enggan dikenali mendakwa, tiada gunanya pusat beli-belah dibenarkan berope­rasi sedangkan masyarakat yang memiliki kuasa membeli digalakkan tidak keluar rumah.
“Kami terpaksa menanggung kerugian ekoran penurunan mendadak pengunjung yang mula dirasai sejak beberapa minggu lalu dan impaknya lebih besar hari ini (semalam).
“Lebih baik tutup sahaja sektor ekonomi dan bagi bantuan kepada rakyat seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lalu,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di KTCC di sini semalam.
Dia mengakui agak runsing memikirkan cara untuk menampung kos sewa kedai berjumlah RM4,500, pembayaran gaji pekerja­ dan kos membeli barang mentah sedang sambutan pelanggan amat dingin pada masa ini.
“Saya tidak tolak kemung­kinan tutup perniagaan sehingga PKP 3.0 berakhir. Jika terus berniaga, dapat penat dan rugi sahaja,” luahnya.
Di Pahang, walaupun pusat beli-belah dibenarkan berope­rasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini, namun keadaannya lengang serta kebanyakan premis perniagaan di dalamnya juga tutup.
SUASANA sunyi dan lenggang turut dirasai di pusat beii-belahterkenal Alamanda, Putrajaya semalam. – FAISOL MUSTAFA RUANG legar pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) Kuantan juga dilihat lengang tanpa kehadiran pengunjung semalam. Tinjauan mendapati hampir 90 peratus premis perniagaan di dalam pusat beli-belah terbabit tidak beroperasi kecuali restoran dan gerai makan yang menjalankan perniagaan secara bungkus sahaja.
Keadaan di pusat beli-belah di bandar ini hampir sunyi apabila jumlah pengunjung tidak ramai dan hanya pekerja penghantar makanan sahaja yang kelihatan berada di lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, tinjauan di beberapa pasar raya di bandar ini mendapati aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa dengan jumlah pengunjung yang masih ramai untuk membeli barangan keperluan harian.
Di Johor, rata-rata peniaga di dua pusat beli-belah di bandar raya ini merungut apabila tidak ramai pelanggan datang sejak PKP dilaksanakan susulan pandemik Covid-19.
Pemilik butik Rya Sophia Couture, Zuraidah Mohammad berkata, perniagaannya semakin merudum sejak PKP 1.0 dilaksa­nakan Mac tahun lalu.
Jelasnya, untuk menerima 10 pelanggan dalam sehari amat sukar sekaligus dia terpaksa melipatgandakan cara perniagaannya kepada dalam talian.
“Bulan Ramadan hari itu, alhamdulillah ramai juga datang secara walk-in untuk membeli pakaian baju raya dan aksesori.
“Selain musim perayaan memang teruk nak dapat 10 pelanggan sehari pun susah kadang-­kadang tak ada langsung pun ada,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Kosmo!­ di dua buah pusat beli-belah Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC) dan Johor Bahru City Square (JBCS) mendapati suasana lengang selepas seminggu umat Islam menyambut Syawal.
Malah banyak premis terpaksa menutup perniagaan susulan tiada sambutan pelanggan sekaligus menjejaskan pulangan perniagaan mereka. -K! ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/pusat-beli-belah-kini-sunyi-lengang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 3 0 Hanya 2 Jam Dalam Pusat Beli Belah Kata Menteri

Pkp 3 0 Hanya 2 Jam Dalam Pusat Beli Belah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 294 hits
Premis peruncitan termasuk pusat membeli belah tersenarai bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement yang masih berisiko tinggi selepas penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan akan ditutup serta merta selama tiga hari ...
Helah Orang Ramai Guna Pusat Beli Belah Sebagai Pertemuan Aidilfitri

Helah Orang Ramai Guna Pusat Beli Belah Sebagai Pertemuan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR DR ADHAM BABAPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan dengan sikap orang ramai yang menjadikan pusat beli belah sebagai pertemuan Hari Raya Aidilfitri yang boleh mencetuskan jangkitan Covid 19 sehing...
Padah Rentas Daerah Ke Pusat Beli Belah 2 Lelaki Dikompaun Rm5 000

Padah Rentas Daerah Ke Pusat Beli Belah 2 Lelaki Dikompaun Rm5 000

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 224 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL GEORGETOWN Keseronokan dua lelaki merentas daerah mengunjungi sebuah pusat beli belah di daerah Barat Daya di sini hari ini membawa padah apabila mereka masing masing dikompaun sebanyak RM5 000 Kedua dua lelaki berusia ...
Kuat Kuasa Had Tempoh 2 Jam Tak Praktikal Kata Pusat Beli Belah

Kuat Kuasa Had Tempoh 2 Jam Tak Praktikal Kata Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 208 hits
Berdasarkan peraturan sekatan pergerakan Covid 19 terbaru pelanggan diberi tempoh sehingga dua jam untuk berada di premis runcit termasuk pusat beli belah PETALING JAYA Persatuan Pusat Membeli Belah Malaysia berkata ia menolak peraturan had...
Kompleks Beli Belah Ditutup Kecuali Premis Pasar Raya Jualan Makanan Dan Keperluan Asas Ismail Sabri

Kompleks Beli Belah Ditutup Kecuali Premis Pasar Raya Jualan Makanan Dan Keperluan Asas Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 255 hits
Menteri Kanan Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kompleks beli belah akan ditutup kecuali premis pasar raya jualan makanan dan keperluan asas sahaja Beliau menyatakan berkenaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang se...
Ramai Beraya Di Kompleks Beli Belah Ketika Varian Ganas Sedang Merebak

Ramai Beraya Di Kompleks Beli Belah Ketika Varian Ganas Sedang Merebak

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 241 hits
FAZLI RADZITidak boleh ziarah raya di rumah ada yang terlajak kreatif beraya dengan ibu bapa di kompleks beli belah Walaupun kerajaan telah melarang ziarah untuk Hari Raya orang ramai dilihat berduyun duyun beraya di kompleks beli belah Beb...
Dulu Kejarkan Real Madrid Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

Dulu Kejarkan Real Madrid Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 214 hits
Nampaknya seseorang bakal kembali Mantan pengurus Juventus Max Allegri kini bakal kembali semula ke kancah pengurusan bola sepak selepas lama berehat Akan tetapi skripnya nyata sama sahaja apabila pengurus berbangsa Itali itu dikhabarkan ak...
Dahlah Handsome Bijak Pulak Dulu Berzikir Kini Anak Anzalna Pandai Mengira Dalam Bahasa Perancis

Dahlah Handsome Bijak Pulak Dulu Berzikir Kini Anak Anzalna Pandai Mengira Dalam Bahasa Perancis

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 212 hits
Siapa yang tidak berbangga dengan pencapaian anak anak kita Melihatkan perkembangan anak yang sudah mampu mempamerkan kebolehan sendiri pastinya membuatkan hati merasa gembira Pelakon Anzalna Nasir turut berkongsi perkembangan terkini anak ...
Kes Baru Covid 19 Kini Lebih 8 000 Sehari

Kes Baru Covid 19 Kini Lebih 8 000 Sehari

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 499 hits
MALAYSIAKINI Kes baru Covid 19 hari ini pertama kali meningkat melebihi 8 000 kes Sebanyak 8 290 kes baru dilaporkan hari ini dengan Selangor terus mencatat angka terbanyak dengan 2 052 kes Pecahan setiap negeri Selangor 2 052 Sabah 308 Joh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization