Kuasa Dan Perpecahan Jawatan Tertinggi Umno Kembali Menarik Minat




KUALA LUMPUR: Bibit perpecahan semakin merebak dalam Umno sewaktu pemimpin parti berebut jawatan tertinggi, hanya 2 bulan selepas parti itu kembali berkuasa berikutan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari.
Sumber dalaman parti memberitahu, kumpulan dibentuk membabitkan 6 personaliti, termasuk presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas bosnya Najib Razak.
Turut terbabit dalam “perlumbaan” itu adalah timbalan presiden Mohamad Hasan, Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein.
Satu kejutan baru ialah Ismail Sabri Yaakob, seorang daripada 4 menteri kanan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menjadi tumpuan dengan taklimat hariannya mengenai langkah keselamatan Covid-19.
“Beliau tidak boleh diketepikan,” kata sumber. “Beliau semakin popular. Perlu diingat bahawa Ismail mendapat undi tertinggi sebagai naib presiden semasa pemilihan Umno lepas.”
Namun, Ismail dilihat memperlahankan rentaknya, terutama ketika bekas bosnya, Najib dan Zahid masih tetap berpengaruh, tambah sumber itu.
Seorang lagi pemimpin yang perlu diperhatikan adalah Mohamad Hasan, yang tiba-tiba menjadi fokus dalam Umno setelah parti itu hilang kuasa pada pilihan raya 2018.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, tidak pernah memegang jawatan dalam Kabinet.
Keadaan itu melindunginya daripada tuduhan biasa yang dilemparkan kepada pemimpin persekutuan pada masa lalu, dengan ramai yang berkata beliau “orang baik”.
Namun menjadi “baik” bukan senjata yang mencukupi untuk bertahan dalam permainan kuasa Umno.
“Ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana kerana tidak dapat menangani sisi politik yang buruk,” kata seorang ahli kanan parti.
Kali terakhir pemilihan jawatan presiden Umno diadakan ialah pada Jun 2018, sebulan selepas parti itu dilucutkan daripada kuasa persekutuan.
Pilihan raya seterusnya dijadualkan pada 2021.
Sementara itu, keadaan tidak lancar antara Najib dan Zahid, wajah kerajaan pimpinan Umno sebelum kekalahan bersejarahnya dalam pilihan raya umum lepas.
Dalam kalangan ahli parti, bukan rahsia lagi bahawa persaingan antara kedua-dua pemimpin itu bermula selepas Zahid bercuti daripada jawatannya selepas memenangi jawatan presiden kerana berdepan banyak tuduhan rasuah.
Pada waktu ini Najib mengumpulkan sokongan daripada akar umbi dengan slogan Bossku.
Ketika Zahid mengakhiri cutinya pada Jun tahun lalu, perselisihan di antara kedua-dua pemimpin itu kelihatan lebih jelas.
Namun, mereka yang menyokong Najib, Zahid, Ismail dan Mohamad mungkin daripada kalangan orang yang sama, kata sumber itu lagi.
Bagi Hishammuddin, yang kini menjawat jawatan menteri luar, beliau mengukuhkan kedudukannya secara diam-diam.
Tanpa sebarang tuduhan ditujukan terhadapnya di bawah pemerintahan PH, walaupun menjadi wajah utama ketika pentadbiran Najib, dilihat memihak kepadanya.
“Sekurang-kurangnya 18 daripada 39 ahli Parlimen Umno menyokong beliau,” kata sumber yang dekat dengan “warlord” parti.
Namun sama ada Hishammuddin dapat menahan serangan pemimpin yang lebih agresif dan “pandai berperang” seperti Najib dan Zahid masih belum jelas.
Bagi Khairy, kekalahannya kepada Zahid dalam pemilihan presiden 2 tahun lalu menunjukkan bahawa kemahiran berpidato sahaja tidak cukup untuk menarik undi.
“Jenama KJ tidak berjaya sebelum ini walaupun mempunyai kebolehan berpidato,” kata sumber itu.
Buat masa ini, tidak jelas siapa yang berkuasa di dalam Umno.
Tetapi parti itu yang berkongsi kuasa persekutuan di bawah kerajaan PN mencetuskan semula daya tarikan jawatan-jawatan dalam parti.

MR :  Dalam politik perebutan kuasa perkara normal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/kuasa-dan-perpecahan-jawatan-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Sudah Kembali Muncul Selepas Umno Jadi Kerajaan

Ramai Sudah Kembali Muncul Selepas Umno Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 430 hits
Saya masih ingat selepas kita hilang kuasa 9hb Mei ketika Pemilihan UMNO ramai yang tak berani menawarkan diri bertanding kerana hilang kuasa Paling real sebelum kita hilang kuasa ramai yang pasang badan cerita ttg kesetiaan perjuangan dala...
Muhyiddin Sebaiknya Tinggalkan Bersatu Dan Kembali Semula Kepada Umno

Muhyiddin Sebaiknya Tinggalkan Bersatu Dan Kembali Semula Kepada Umno

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 217 hits
Meneliti dua pendedahan rakaman audio setakat ini yang melibatkan usaha membawa Bersatu keluar meninggalkan PH jelas bahawa Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar melakukan pembohongan dan bersikap curang demi kepentingan peribadinya Hakikat...
Jawa Timur Kembali Tertinggi Kasus Baru Positif Covid 19

Jawa Timur Kembali Tertinggi Kasus Baru Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 274 hits
Kendati demikian ada juga provinsi yang tak mengalami kenaikan Bahkan jumlahnya sama dengan hari sebelumnya
Najib Gesa Pemimpin Ahli Umno Tiada Jawatan Bantu Pimpinan Kerajaan

Najib Gesa Pemimpin Ahli Umno Tiada Jawatan Bantu Pimpinan Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 333 hits
Najib Razak berkata pemimpin dan ahli Umno yang tidak mempunyai jawatan perlu membantu rakan rakan dalam pimpinan kerajaan Beliau berkata mereka juga perlu bersuara dan berjuang untuk rakyat Salur info kepada mereka supaya dapat jalan tugas...
Adik Shahidan Kassim Kembali Kepada Umno

Adik Shahidan Kassim Kembali Kepada Umno

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 392 hits
KANGAR Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim yang juga adik Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai semula UMNO selepas lebih 23 bulan menjadi ADUN Bebas apabila keluar parti itu sejak 2018 Perkara itu...
Apabila Seseorang Pengerusi Itu Membuat Keputusan Untuk Meletakkan Jawatan Mpt Tiada Kuasa Untuk Menolak

Apabila Seseorang Pengerusi Itu Membuat Keputusan Untuk Meletakkan Jawatan Mpt Tiada Kuasa Untuk Menolak

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan yang mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah selaras dengan perlembagaan parti itu sendiri kata seorang ahli Majlis Pimpinan Tertingg...
Selamat Pagi Putrajaya Kami Akan Kembali Tidak Lama Lagi Teo Nie Ching

Selamat Pagi Putrajaya Kami Akan Kembali Tidak Lama Lagi Teo Nie Ching

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 294 hits
Teo Nie Ching merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum Kerajaan Pakatan Harapan runtuh Kini beliau tidak lagi memegang jawatan Timbalan Menteri susulan Kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi mendapat majoriti untuk memerint...
Penjawat Awam Yang Enggan Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Termasuk Dibuang Kerja

Penjawat Awam Yang Enggan Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Termasuk Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 389 hits
Penjawat Awam yang enggan kembali bekerja selepas Aidilfitri akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerjaKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman menegaskan penjawat awam yang tidak kembali ke pejabat selep...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Unboxing Series Amgras Tripod S01 Pro

Manusia Tidak Mengetahui Akhir Sesuatu Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Dap Lagi Ambil Tindakan Begini Meggajarnya

Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday