Kuasa Budi Bicara Bukan Bermakna Menteri Bebas Berbuat Apa Saja


 
Perkara pokok yang paling mudah untuk difahami dalam kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasition Ismail semalam ialah usul tambahan UMNO itu jelas tidak sah mengikut buku undang-undang RoS dan ia kemudian terpaksa disahkan melalui kuasa budi bicara menteri.
Ia berikutan Saifuddin mengecualikan UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 yang gagal dipatuhi parti itu dengan menggunakan kuasa budi bicara yang ada padanya.
Salahkah menteri menggunakan kuasa budi bicaranya?
Dalam hal ini, walaupun Saifuddin dibenarkan menggunakan kuasa budi bicara berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, prinsip budi bicara itu sekurang-kurangnya ada dua:
Pertama, kuasa budi bicara bukan bermakna menteri bebas berbuat apa saja.
Kedua, kuasa budi bicara mesti disertai justifikasi yang wajar agar ia tidak bertukar menjadi salah guna kuasa.
Contoh – apabila polis menahan seorang tua menunggang motorsikal yang tidak sedar lesen memandunya baru dua hari telah tamat tempoh dan kemudian melepaskannya, itu adalah kuasa budi berasaskan simpati serta kemanusiaan.
Ia boleh diterima dan dianggap wajar.
Tetapi, bila seorang penunggang motorsikal lain ditahan dan memang langsung tidak mempunyai lesen memandu, apabila polis melepaskannya begitu saja ia akan menjadikan polis dianggap telah melakukan salah guna kuasa.
Lebih merupakan salah guna kuasa jika pembebasan itu disebabkan penunggang motorsikal berkenaan ada hubungan tertentu dengan polis yang menahannya itu.
Tindakan ini pula boleh dikaitkan dengan konflik kepentingan iaitu kuasa budi bicara yang menjurus salah guna kuasa disebabkan ada kepentingan.
Sebab itu, dalam kes usul tambahan UMNO yang sebenarnya tidak sah di sudut undang-undang RoS, namun dijadikan sah melalui kuasa budi bicara Menteri Dalam Negeri, faktor memberi pengecualian itu diberi harus diambil kira.
Apakah memberi pengecualian itu kerana UMNO merupakan rakan utama dalam kerajaan perpaduan yang ada sekarang?
Jika begitu, tidakkah ia mempunyai unsur-unsur konflik kepentingan?
Persoalan di sini, kiranya ada parti lain dalam blok pembangkang misalnya dan mereka juga berdepan masalah yang sama, apakah Saifuddin sedia menggunakan budi bicara yang sama daripada segi pengecualian itu?
Selain itu, apakah kuasa budi bicara yang digunakan Saifuddin itu disebabkan hubungannya yang rapat sejak sekian lama dengan Zahid Hamidi?
Bagi mereka yang banyak sikit makan garam, tentu tahu bahawa ketika di dalam UMNO dahulu, Saifuddin adalah dikenali sebagai “budak” Zahid Hamidi.
Ketika Zahid Hamidi memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO sessi 1996-1999, Saifuddin adalah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO.
Jawatan itu adalah lantikan oleh Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO.
Sebelum itu, sewaktu Zahid Hamidi menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO di mana Najib Razak adalah Ketua Pemuda UMNO, Saifuddin berkhidmat dengan Yayasan Gerak Bakti, sebuah yayasan milik Pemuda UMNO.
Hari ini, walaupun berlainan parti, kedua-duanya berada di dalam kerajaan yang sama dengan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Saifuddin selaku Menteri Dalam Negeri di mana sebelumnya mereka terpisah perjuangan seketika susulan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998.
Kembali kepada topik utama, berasaskan apa sebenarnya kuasa budi bicara yang digunakan oleh Saifuddin dalam menyelamatkan UMNO yang diketuai Zahid Hamidi yang sedang berdepan masalah dengan RoS, bukan saja usul tambahannya tidak sah, malah kemungkinan dibatalkan pendaftaran? – ShahbudinHusin 08/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/kuasa-budi-bicara-bukan-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nanti Jadi Menteri Kita Fikir Balik Sekarang Bedal Jela Pembangkang Apa Nak Kisah Kan

Nanti Jadi Menteri Kita Fikir Balik Sekarang Bedal Jela Pembangkang Apa Nak Kisah Kan

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 216 hits
Mana mana ahli politik bila memegang takhta eksekutif dan mula tahu tugasan sebenarnya amat terlampau berat Tapi masa jadi pembangkang kitalah juara kitalah ketua google sebenar kita pakar segala pakar sebenar
Top News Debt Collector Bikin Murka Ditangkap Harta Pejabat Pajak Dekati Menteri

Top News Debt Collector Bikin Murka Ditangkap Harta Pejabat Pajak Dekati Menteri

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 411 hits
Pertama debt collector yang bikin Kapolda Metro Jaya murka tertangkap di Ambon Selanjutnya terungkapnya harta pejabat direktorat jenderal pajak mendekati kekayaan menteri keuangan
Jakim Laksana Polisi 30 Tulisan Jawi Dalam Penerbitan Kata Menteri

Jakim Laksana Polisi 30 Tulisan Jawi Dalam Penerbitan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 228 hits
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nai im Mok
Video Julukan Menteri Sapu Jagat Ternyata Ada Di Kabinet Jokowi Ini Sosoknya

Video Julukan Menteri Sapu Jagat Ternyata Ada Di Kabinet Jokowi Ini Sosoknya

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 193 hits
Teten menyebut besarnya jumlah UKM membuatnya harus mengetahui segala aspek bisnis Mulai dari pertanian kelautan hingga perdagangan
Menteri K Jaan Serah Pada Jabatan Peguam Negara Isu Subkontraktor Lcs

Menteri K Jaan Serah Pada Jabatan Peguam Negara Isu Subkontraktor Lcs

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 222 hits
malaysiakini comKerajaan akan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menguruskan isu subkontraktor yang melibatkan projek pembinaan kapal tempur pesisir kata Menteri Pertahanan Mohamad Hasan hari ini Ini kerana menurutnya terdapat k...
Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 178 hits
Penceramah bebas Asma Harun memuji tindakan pantas Jakim yang mengesahkan filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini PETALING JAYA Agensi agensi kerajaan harus bekerjasama dalam mengawal dra...
Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn

Doa 19 Oktober 2025

Cikgu Dok Berpolitik

Ramai Komen Makcik Ngong Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment