Kuala Lumpur Perlu Berhenti Minta Kita Rayakan Kemerdekaan Malaya Dr Jeffrey Kitingan



KOTA KINABALU: Star Sabah sedang menyeru agar Malaysia mengamalkan sifat perpaduan yang sebenar dan menamatkan sebarang sifat mendominasikan Sabah dan Sarawak.

Presiden parti itu, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata di sini bahawa Malaysia tidak mempunyai pilihan lain untuk dapat bergerak maju selain dari menamatkan semua bentuk dominasi atau kekuasaan wilayah.

"Bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, kita juga harus membersihkan negara dari perselisihan dalaman yang disebabkan oleh perjuangan kaum majority yang memperkecil-kecilkan kaum minoriti," kata Dr. Jeffrey. "Kerajaan persekutuan yang baru, yang mendakwa dirinya lebih progresif, berpikiran terbuka dan bijak, harus membuktikan dakwaan itu dengan mengambil tindakan menghukum mereka yang sengaja mengapi-apikan isu perkauman dan agama kepentingan politik."

Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan itu mendesak para pemegang kuasa Negara agar mengiktiraf keunikan ciri-ciri individu dan kepelbagaian kaum dan agama yang ada di Malaya, Sabah dan Sarawak, dan meliat kepelbagaian budaya ini sebagai aset berharga untuk mempromosikan Malaysia sebagai medan perpaduan pelbagai budaya yang harmoni dan maju di mata dunia.

"Iklim sosial semacam itu di Negara ini akan memberi setiap rakyat Malaysia rasa kepunyaan yang kuat," katanya sebagai respon gesaan-gesaan agar Sabah dan Sarawak meraikan kemerdekaan Malayan yang ke-62, dan bukan pula meraihkan tarikh kemerdekaan mereka masing-masing. "Kita mesti memperbetulkan keadaan dan mengakui bahawa Malaysia terdiri daripada Malaya, Sabah dan Sarawak, dengan negeri-negeri Borneo itu yang mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang unik.

"Malaysia pada asalnya bertujuan menjadi perkongsian antara negara-negara dan bukan untuk Malaya mengambil-alih sebagai penjajah. Sayangnya itulah yang sebenarnya telah terjadi - dengan Malaya mengambil-alih melalui perancangan licik dengan mengubah nama 'Malaya' kepada 'Malaysia', dan ini telah telah menyebabkan kesahihan persekutuan Malaysia suatu kontroversi dan dan terus dipertikaikan sehingga sekarang.


"Kita sekarang dibebani dengan begitu banyak isu-isu tentang dasar yang tidak konsisten dan sangat rumit untuk diselesaikan, yang utamanya adalah MA63 yang belum dilaksanakan walaupun selepas 55 tahun," tambah Dr Jeffrey. "Oleh kerana manipulasi Malaya pada saat-saat akhir untuk mengubah Malaysia satu rupa penjajahan Malaya terhadap Sabah dan Sarawak, dan menjadikannya negeri-negeri ke-12 dan ke-13 untuk diambil hasil-hasilnya oleh Kuala Lumpur hingga hari ini, dengan kebanyakan hasil mengalir ke Malaya, menyebaban kerugian yang tidak terkira kepada dua negeri-negeri Borneo ini. Sungguh bertuah Singapura yang telah lama meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dan kini telah menjadi negara dunia pertama.

"Malaysia kini berada di persimpangan jalan, di mana kami bertanya secara terdesak, bagaikan domba-domba yang dibawa untuk disembelih, sama ada kami harus terus bertahan dengan keadaan sekarang atau menghadapi kenyataan dengan keputusan nekad dengan berkata, 'Cukuplah penderitaan kami!' dan menuntut agar ketidakadilan diperbetulkan, atau demi hidup atau mati, melangkah pergi dan berkata, 'Kami tidak lagi dapat menahan kesengsaraan ini!'"

Dengan tidak lagi berselindung dengan kata-katanya yang diplomatik selepas bertahun-tahun menyuarakan kekecewaan di Sabah dan Sarawak, Dr. Jeffrey berkata Kuala Lumpur tidak lagi seharusnya terkejut apabila rakyat Malaysia di Borneo menjeritkan slogan "Sabah untuk Sabahan" dan "Sarawak untuk Sarawakian".

"Rakyat di kedua-dua negeri tidak lagi takut untuk melaungkan tuntutan mereka kerana selama lebih setengah abad, Kuala Lumpur telah memaksakan kehendak dominannya terhadap pemimpin Sabah dan Sarawak, bukan hanya dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam agama, bahasa, politik dan secara terang-terangan melaksanaan program untuk mengubah keseimbangan kaum di Sabah agar Sabah menjadi negeri majoriti Melayu. Pegawai-pegawai pentadbiran juga sebahagian besarnya dilantik sebagai orang Melayu.


"Jika trend ini berterusan desakan untuk mahu *merdeka sendiri* atau *berpisah dari persekutuan, akan bertambah kuat sehingga ia akan berkumandang ke seluruh dunia. Jelas sekali, usaha yang begitu lama untuk menjalin perpaduan nasional melalui Jabatan Perpaduan Negara telah menjadi satu kemunafikan dan kini tidak bererti sama sekali.

"Jadi apakah penyelesaian segera? Pemimpin-pemimpin KL mesti berhenti memaksakan kehendak mereka di Sabah dan Sarawak. Hentikan mengeksploitasi kedua-dua negara sebagai wilayah jajahan dan mulailah mengiktiraf sejarah, budaya, hak, autonomi, kebebasan, dan keperibadian kami.

"Dengan secepat mungkin berhentilah memaksa kami meraikan kebebasan Malaya 1957! Di sini, kanak-kanak sekolah pun dapat melihat betapa ini tidak masuk akal sama-sekali!" kata Dr. Jeffrey membuat kesimpulan.

Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sensasimedia.com/2019/08/putrajaya-perlu-berhenti-minta-kita-rayakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iketeru Hilton Kuala Lumpur Autumn Promotion

Iketeru Hilton Kuala Lumpur Autumn Promotion

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 323 hits
Iketeru Hilton Kuala Lumpur Autumn Promotion The Sanma a silver skinned fish replete with heart healthy oils and rich flavour is considered a quintessential autumn delicacy in Japan Now available in Iketeru indulge in a choice of Grilled Sa...
11 Buah Negeri Termasuk Kuala Lumpur Diramal Dilanda Ribut Petir Malam Ini

11 Buah Negeri Termasuk Kuala Lumpur Diramal Dilanda Ribut Petir Malam Ini

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 480 hits
Kuala Lumpur 20 Ogos Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri di seluruh Malaysia antaranya Perlis Kedah Terengganu Selangor Johor Sarawak dan Sabah Ribut petir dijangka melanda sehingga 8 malam ini di ...
Pelni Dan Pegadaian Rayakan Kemerdekaan Ri Di Namlea

Pelni Dan Pegadaian Rayakan Kemerdekaan Ri Di Namlea

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 220 hits
Kepala Kesekretariatan Perusahaan Pelni Yahya Kuncoro mengatakan bahwa ini adalah pertama kalinya baik bagi Pelni maupun para siswa program SMN 2019 mengadakan upacara di Namlea
Makan Di Blvd House Kuala Lumpur

Makan Di Blvd House Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 909 hits
assalamualaikum and hello lads haritu keluar dengan tunang kejap untuk discuss pasal majlis perkahwinan kami jadi kami decide untuk makan di Dotty s tapi sayangnya tutup pula tak expect dia tutup pukul 3 petang so please take note ok haha j...
Airasia Launches New Route Kuala Lumpur Belitung

Airasia Launches New Route Kuala Lumpur Belitung

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 231 hits
AirAsia has launched a new route connecting Kuala Lumpur to Belitung in Sumatra Indonesia with four times weekly direct service commencing from Oct 2 2019 8211 File photo KUALA LUMPUR AirAsia has launched a new route connecting Kuala Lumpur...
Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur

Viral Cendol Kampung Hulu Dari Melaka Kini Boleh Dinikmati Orang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 932 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Kalau korang search Cendol Kampung Hulu memang cukup popular tau ramai orang dah mencuba cendol terbaik dari Melaka ini Tapi sekarang ni orang Kual...
Pemuda Gigih Menunggang Motosikal Dari Perak Ke Kuala Lumpur Demi Membawa Adiknya Pulang Ke Kampung Sebab

Pemuda Gigih Menunggang Motosikal Dari Perak Ke Kuala Lumpur Demi Membawa Adiknya Pulang Ke Kampung Sebab

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 568 hits
Keikhlasan adalah sifat yang paling penting apabila kita memberikan bantuan kepada insan yang berada dalam kesusahan Tanpa mengharapkan sebarang balasan kita perlu yakin bahawa Allah sahaja yang akan membalas segala kebaikan mengikut kehend...
Axic Gelar Kopdargab Ii Jawa Barat Sambil Rayakan Kemerdekaan Ke 74 Ri

Axic Gelar Kopdargab Ii Jawa Barat Sambil Rayakan Kemerdekaan Ke 74 Ri

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 246 hits
Kawasan wisata Situ Gunung Sukabumi Jawa Barat menjadi merah pada akhir pekan lalu Sambil merayakan hari kemerdekaan ke 74 Republik Indonesia komunitas AvanzaXenia Indonesia Club mengadakan acara kopi darat gabungan Jawa Barat Kadua di loka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip