Kuala Krai 3 Beradik Lembam Hidup Daif


Akibat kesempitan hidup, tiga beradik di Kampung Sedek, Sungai Durian, di sini, hidup dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa di rumah uzur yang didiami mereka sejak lebih 10 tahun lalu.
Lebih menyedihkan, rumah usang sempit berdindingkan kayu dan papan lantai yang sudah reput itu menjadi tempat berteduh bagi tiga beradik berkenaan yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam.
Ramli Razali, 30, berkata, rumah yang didiami bersama kakak serta adiknya, Fauziah, 36, dan Mohd Sarudin, 29, tidak ada kemudahan bilik air menyebabkan mereka terpaksa mandi di kawasan luar rumah selain hanya mempunyai satu bilik dan pintu tandas yang ditutup menggunakan zink.
Katanya, kehidupan mereka serba daif dengan dia hanya bekerja kampung dan upah yang diperoleh RM30 sehari bergantung kepada kerja yang diperoleh manakala adiknya, Mohd Sarudin pula bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan RM350 sebulan dan ia hanya cukup-cukup makan selain untuk membayar bil elektrik dan air.
“Selepas arwah ibu dan ayah meninggal dunia, kami enam beradik masing-masing menjalani kehidupan sendiri dan tiga lagi adik-beradik sudah berkahwin dan mempunyai keluarga malah bukan dalam kalangan orang senang.
“Dengan pendapatan yang tidak menentu, sememangnya saya tidak mampu untuk membaiki kerosakan rumah ini, makan pun kadangkala terpaksa dicatu, apatah lagi untuk membaikinya. Ada ketikanya kami hanya makan nasi kosong bersama telur atau budu bagi menggalas perut.
“Meskipun sedar tidak selamat untuk kami terus menetap di rumah ini, namun saya tidak mempunyai pilihan kerana tidak berkemampuan mengeluarkan modal bagi membaiki rumah ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sedek, Sungai Durian, di sini, baru-baru ini.
Terdahulu badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed hadir menziarahi keluarga berkenaan dan turut menyampaikan barangan keperluan asas untuk meringankan beban mereka.
Ramli berkata, untuk membaiki rumah, memang mereka tidak mampu dan amat berharap sekiranya ada pihak yang dapat membantu.
“Saya bimbang kerana struktur rumah ini tidak lagi kukuh disebabkan tiang kayu dan lantai banyak dimakan anai-anai,” katanya.
Sementara itu, Che Norhayati berkata, dia akan cuba mencari dana untuk baik pulih rumah itu bagi memberi keselesaan kepada tiga beradik berkenaan.
“Kerja baik pulih ini akan dibuat secepat mungkin kerana kami bimbangkan keadaan mereka disebabkan rumah ini terlalu uzur serta banyak papan lantai dan dinding yang sudah reput,” katanya.
Che Norhayati berkata, sesiapa yang ingin membantu keluarga itu boleh menghubunginya di talian 01125466362.
sumber: Harian Metro
The post Kuala Krai: 3 beradik lembam hidup daif appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kuala-krai-3-beradik-lembam-hidup-daif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karipap Padu Inti Penuh Remaja Kuala Krai Setia Bersama Basikal Tua Sambung Bisnes Arw4h Bapa Demi Bantu Keluarga

Karipap Padu Inti Penuh Remaja Kuala Krai Setia Bersama Basikal Tua Sambung Bisnes Arw4h Bapa Demi Bantu Keluarga

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 254 hits
DIsaat rakan sebaya sibuk mengikuti kelas pembelajaran dan meluangkan masa bersama rakan rakan anak muda ini terpaksa mempertaruhkan masa hadapannya demi menyara keluarga bagi menggantikan tempat arw4h bapanya yang baru men1nggal dunia Wala...
Telefilem Lorong Hidup

Telefilem Lorong Hidup

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 175 hits
Tonton Telefilem Telemovie Lorong Hidup pada hari Selasa 23 Ogos 2022 pukul 9 00 malam di RTM TV2 Juga boleh tonton Telefilem Lorong Hidup live streaming online menerusi portal RTM Klik Telemovie Lorong Hidup dibintangi pelakon Hairi Safwan...
Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arw4h Papa 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arw4h Papa 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 273 hits
Kita perlu jadi kawan dengan anak anak Turunkan ego cuba luangkan masa dengar apa anak nak bercerita Ini tip dikongsikan personaliti TV radio pelawak dan pelakon Issey Fazlisham Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah n...
Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan

Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 363 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Negeri Sembilan kini menawarkan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa buat pelajar dari negeri tersebut Lebih menarik lagi kadar bantuan juga telah dinaikkan daripada RM 100 sebulan kepada RM 150 Khabar gembira in...
Video Politikus Pdip Singgung Gaya Hidup Istri Kapolsek Saat Rapat Dengan Dpr

Video Politikus Pdip Singgung Gaya Hidup Istri Kapolsek Saat Rapat Dengan Dpr

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 161 hits
Trimedya menyindir gaya hidup polisi Bahkan menyebut lebih kaya polisi daripada anggota DPR
Hidup Bebas Tanpa Tekanan Bersama D Joy Plus Jom Singkirkan Toksin Dalam Badan Secara Sihat Dan Seimbang

Hidup Bebas Tanpa Tekanan Bersama D Joy Plus Jom Singkirkan Toksin Dalam Badan Secara Sihat Dan Seimbang

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 286 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekali Korang ada mengalami masalah macam apa yang Maha alami sekarang ni tak Paling ketara adalah masalah perut yang buncit kedepan Kadang ka...
Tips Atasi Overthinking Berlebihan Agar Nggak Pusing Menjalani Hidup

Tips Atasi Overthinking Berlebihan Agar Nggak Pusing Menjalani Hidup

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 194 hits
Mikir berjam jam tanpa tau apa alasan dan tujuanmu Mungkin kamu overthinking Biar nggak terus terusan kebanyakan mikir temukan cara pencegahannya disini yuk
Setelah Sekian Lama Hidup Dalam Dunia Digital

Setelah Sekian Lama Hidup Dalam Dunia Digital

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 199 hits
Memang lama sungguh aku tak menulis di sini kononnya sibuk dengan urusan lain Padahal inilah tempat aku membina pelbagai projek yang akhirnya berjaya memberikan hasil yang lazat dan ada ketikanya lumayan Tahun 2022 ni aku akan usahakan untu...
Tiga Penculik Dibakar Hidup Hidup Oleh Penduduk Kampung

Tiga Penculik Dibakar Hidup Hidup Oleh Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 189 hits
Tiga Penculik Dibakar Hidup Hidup Oleh Penduduk Kampung Tiga lelaki yang menculik dan membunuh seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun telah diheret keluar dari balai polis Guatemala oleh penduduk kampung sebelum dibakar hidup hidup lap...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Sarapan Di Warong Sate Pagi Kota Tinggi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye