Kuah Lodeh Yang Sangat Sedap



Kuliah Maghrib oleh Ustaz Zainal Rashid Ahmad berkenaan Rahsia Kematian & Alam Akhirat. Antara petikannya ialah bahawa siksaan kubur untuk orang kafir. Saidina Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah SAW, Surah Thaha ayat 124, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". 

Azab bagi orang kafir, mereka akan dililit oleh 99 ekor ular besar yang menyengat dan akan mengoyak ngoyak tubuhnya sehingga hari kiamat. Siksa kubur berterusan sehingga hari kiamat. Dalam sebuah dialog antara Nabi dan sahabat, Rasul bersabda: Adakah engkau ketahui, kepada siapa diturunkan ayat ini? Thaha ayat 124 (Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit). Para sahabat pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. 

Nabi Bersabda: azab bagi orang kafir di dalam kuburnya itu berupa siksa sembilan puluh sembilan tinnin. Tahukah kamu apa itu tinnin? Yaitu sembilan puluh sembilan ular. Sedang tiap-tiap ular itu mempunyai tujuh kepala yang mencakar, menjilat (menggigit) dan meniup hingga bengkak pada tubuh orang kafir. Adzab itu berlangsung hingga kiamat (Al-Hadist). 

Kita takut dengan siksa kubur kerana kita keseorangan kecuali amalan kita yang akan menemani. Semua amalan yang dilakukan oleh seseorang akan terputus bila meninggal kecuali 3 perkara iaitu  sedekah jariah, ilmu bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan.  OK sekarang kita masuk bab masakan pula.

Sebenarnya dah hampir berbulan juga teringin nak makan masak lodeh yang kuahnya ditumis. Ada beza ke? Hahaha entahlah tekak tiba tiba rasa nak makan yang macam tu. Teringat kuah lodeh di rumah jiran yang dimasukkan sekali petai dan daun limau purut. Seddaaap sangat. Resepi kuah lodeh saya selama ini yang versi tidak ditumis. Resepi yang saya dah guna hampir 30 tahun lamanya. 

Resepi tersebut, saya belajar dari Kak Yatie, bekas rakan sekerja yang berasal dari Johor. Dia memang pandai memasak pelbagai jenis masakan dan lauk pauk terutamanya dari Johor. Boleh klik di SINI untuk entri tersebut. Saya juga belajar membuat soto ayam pun dari dia juga. Boleh klik di SINI. 

Nak makan kuah lodeh dengan nasi impit sekarang tak perlu tunggu hari raya sahaja. Tiap tiap minggu pun boleh makan jika rajin nak membuatnya. Kalau rasa malas, boleh cari di kedai tapi biasanya kuah lodeh di kedai jarang yang menepati citarasa kita. 

Sambil menyediakan bahan lain saya memasak sambal tumis ikan bilis untuk dimakan bersama kuah lodeh. Versi campak campak jer kerana masa tu dah rasa terlalu penat. Sehingga tak sempat pun nak snap gambar yang dah siap. Bila siap jer hari dah mendung kerana hujan petir sangat kuah sebelum tu. Itu yang mood untuk memasak pun dah hilang.
Tapi serious, memang sedap kuah lodeh saya hari ini. Giler sedap. Saya makan menambah nambah, pagi esoknya makan lagi untuk sarapan. Sebelah malam makan lagi. Haa maknanya sangat sedap lah tu. Lepas makan terus ambil ubat allergi. Tak nak ambil risiko sebab dalam kuah ada udang kering dan juga diletak udang hidup.  

Saya masak kuah lodeh ni hanya untuk seperiuk sahaja. Saja untuk makan sendiri. Anak anak memang tak suka masakan bersayur macam ni. Jika mahu memasak dengan kuantiti yang banyak seperti untuk majlis, tinggal gandakan sahaja bahan kisar dan sayur sayuran. 
Jom layan resepi saya hari ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba.  


Kuah Lodeh Oleh: Azie Kitchen
Bahan kisar:3 biji bawang merah½ biji bawang besar3 ulas bawang putih1 inci halia muda1 inci kunyit hidup 2 hiris lengkuas1 sudu besar udang kering
Bahan lain:1 liter santan pekat1 mangkuk udangGaramGula Minyak untuk menumis
Sayur sayuran:2-3 batang terung 
Sedikit suuhunsedikit sayur pucuk - rendam semalaman8 batang kacang panjang 1 batang lobak merah 1/4 biji kubis besar
1 tangkai cili merahPetai - opsyenalDaun limau purut - opsyenal

Bahan goreng:2 keping tauhu dipotong 8 dan digoreng 3 ketul tempe - potong nipis dan digoreng 

Cara cara:Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 

Masukkan sayuran yang lambat empuk seperti karot. 
Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan semua sayuran mulai yang keras sehingga yang lembut. 

Masak lagi sehingga mendidih dan masukkan udang, suuhun, fucuk, tempe dan tauhu. 
Masukkan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan santan pekat dan cili merah. Nota: sebenarnya boleh jer tak perlu santan pekat, sekadar santan biasa jer kerana versi tumis, santan tak akan berketul ketul. 

Masak selama beberapa minit lagi, bolehlah tutup api. Boleh dihidangkan dengan sambal kacang atau pun sambal ikan bilis.

Sambal Tumis Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:100 gram/1/2 mangkuk ikan bilis 1 biji bawang besar  - hiris 1 sudu kecil pes asam jawa 1 sudu kecil garam kasar 1/4 keping gula Melaka2 sudu kecil gula pasir Minyak
Bahan kisar:6 sudu besar cili kisar 7 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit belacan - opsyenal
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 
Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.
Masukkan pes asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi.
Setelah terbit minyak, masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 
Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi separuh darinya dimasukkan akhir sekali.

Nota:
Ada orang tak meletakkan bawang putih dalam sambal tumis. Jadi kalau tak suka, tak perlu masukkan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/10/kuah-lodeh-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ardell Masak Sedap Sangat Nadzmi Tak Dapat Nak Tahan Lagi

Ardell Masak Sedap Sangat Nadzmi Tak Dapat Nak Tahan Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 358 hits
Wow Banyak ya naik baru 2 bulan weh Ohmedia cakap pasal berat badan pelakon Nadzmi Adhwa yang menceritakan yang berat badannya telah naik 15kg gara gara isteri hebat memasak Walaupun baru 2 bulan bersama Ardell Aryana dah naik seberat tu Be...
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 1420 hits
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya Cubalah Anda pasti suka akan rasanya CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAM...
Resepi Menarik Dan Sedap Menggunakan Boh Tea Malaysia

Resepi Menarik Dan Sedap Menggunakan Boh Tea Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 420 hits
Demo Masakan Bersama Dato Fazley Yaakob Anjuran BOH TEA MALAYSIA Last week Amni hadirkan diri untuk satu event demo masakan bersama Dato Fazley Yaakob yang dianjurkan oleh BOH TEA PLANTATIONS MALAYSIA Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn...
Langkah Masak Lempeng Bawang Putih Yang Sedap Dan Mudah

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 527 hits
Lempeng melempeng untuk sahur memang sedap sungguh Eh ada ke istilah melempeng Asyik lempeng kosong Jom kita bagi berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih Jadi ler Lempeng Bawang Putih Ni min kongsikan cara buat lempeng buat adik...
Didakwa Bunuh Rakan Sebab Tegur Masakan Tak Sedap Pekerja Ladang Ke Tali Gantung

Didakwa Bunuh Rakan Sebab Tegur Masakan Tak Sedap Pekerja Ladang Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 457 hits
TEMERLOH 22 Oktober Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas Hakim Datuk Hassan Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap M...
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Sedap Sentiasa Di Tekak Aku

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Sedap Sentiasa Di Tekak Aku

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 636 hits
Aku kongsi lagi resepi kegemaran aku sekeluarga sedap sesangat iaitu ikan cencaru sumbat kelapa Boleh juga buat pakai ikan yang lain tapi ikan cencaru sumbat kelapa inilah yang paling kena dengan resepi ini Dah jemu buat ikan goreng biasa d...
Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut Sedap

Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 532 hits
Bagi yang gemar hidangan Lempeng Kelapa RASA kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba Bahan bahan yang digunakan sangat mudah ringkas dan hasilnya juga membuka selera Selamat mencuba CARA MASAK LEMPENG K...
Senang Boleh Buat Sendiri 10 Sos Pencicah Sedap Ni

Senang Boleh Buat Sendiri 10 Sos Pencicah Sedap Ni

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 706 hits
Bila makan steak pasti anda akan teruja bila menikmati keenakkan sosnya atau mencicah kentang goreng atau nachos dengan sos mustard atau salsa yang masam manis atau mencicah bergedil dengan sos macam manis Malah banyak lagi sos yang dijadik...
Bunuh Rakan Kerana Komplen Masakan Tak Sedap Tertuduh Dihukum Gantung Sampai Mati

Bunuh Rakan Kerana Komplen Masakan Tak Sedap Tertuduh Dihukum Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 469 hits
Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas Hakim Datuk Hassan Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Rosli Naqur G...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik