Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Sedap Sentiasa Di Tekak Aku


Aku kongsi lagi resepi kegemaran aku sekeluarga, sedap sesangat iaitu ikan cencaru sumbat kelapa. Boleh juga buat pakai ikan yang lain tapi ikan cencaru sumbat kelapa inilah yang paling kena dengan resepi ini. Dah jemu buat ikan goreng biasa dan buat masak gulai ikan, boleh tukar selera buat macam ini pula. Kalau di balut dengan daun kunyit, lepas tu balut pula dengan daun pisang. Bakar atas dapur kayu, aromanya pergh

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...
Masak ikan cencaru macam ni, boleh di bakar dalam oven, di bakar dalam kuali, bakar dengan arang, bakar dalam pressure cooker pun boleh. Ada tu juga yang buat dengan sumbat kelapa dalam perut ikan tu dan ikat badan ikan tu dengan benang bagi kelapa tak terkeluar, goreng dalam kuali. Boleh jugak tapi minyak jadi hitam di buatnya

Kalau bakar dalam oven, tak perlu balut ikan tu, hanya susun dalam bekas berlapik aluminium foil. Kalau bakar dengan arang pula akan nampak dan terasa garingnya. Membakar dengan cara membalut taklah terasa garingnya tapi rasanya tetap sama. Tak ada perbezaan langsung cuma cara masaknya berbeza




Wangi bau serai, daun kunyit dan kelapa bila bercampur dengan perencah dan ikan bila di buka aluluminium foil apabila dah masak. Kalau bakar dalam oven dan atas kuali dalam 30 minit selepas di balik-balikkan boleh masaklah. Tapi kalau dalam pressure cooker, 15 minit dah masak. Aku masak dalam pressure cooker jer. Nak cepat, senang kerjanya. Di sini aku kongsikan resepi yang biasa aku buat

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Sedap Sentiasa Di Tekak Aku...
Bahan2 :

5 ekor ikan cencaru sederhana kecil
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Aluminium foil secukupnya

Cara2 :

Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. Tak perlulah sampai lumat.

Cukup hanya bergaul sebati.Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati. Sediakan aluminium foil dan Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.

Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas alumonium foil. Balut ikan yang dah berisi kelapa itu dengan aluminum foil seperti membalut lepat pisang atau membungkus nasi lemak.

Bakar atas kuali yang di kecilkan apinya. balik-balikkan sentiasa iaitu dalam 5 minit sekali. Ikut kesesuaian. Selepas 30 minit, Bolehlah di buka bungkusan dan tengok samaada dah masak ke belum. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.

Untuk yang menggunakan pressure cooker, masa menmasak hanya 15 minit. Setkan fungsi manual dan pressure. Dalam 15 minit dah masak. Untuk memastikan dah masak, kena buka bungkusan. Biasanya mesti dah masak.

Ikan cencaru sumbat kelapa ini boleh di makan dengan nasi begitu saja atau pun di buat cicah sambal kicap. Iaitu bawang hiris, cili api potong, asam jawa atau cuka dan kicap digaul rata. Itu saja bahan-bahan resepi sambal kicap yang mudah saja. Jomlah buat, mesti terpikat... huhu!

Nak tengok lagi pelbagai resepi dalam blog ini.... klik SINI

p/s : Masih terbau dan terasa-rasa aromanya yang lazat gittew... heh!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://annurbeauty.blogspot.com/2019/10/resepi-ikan-cencaru-sumbat-kelapa-sedap-sentiasa-di-tekak-aku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 1414 hits
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya Cubalah Anda pasti suka akan rasanya CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAM...
Resepi Kurma Telur Mudah Dan Sedap

Resepi Kurma Telur Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 542 hits
RESEPI KURMA TELUR MUDAH DAN SEDAP Rasa nak try menu ni pulak nanti harraz suka telur rebus hubby lak suka masak kurma boleh la masak ni nanti dua dua makan ni TB TB ok je apa pun masuk tolak kayu dan batu je hahahha Bahan bahan 10 biji tel...
Resepi Menarik Dan Sedap Menggunakan Boh Tea Malaysia

Resepi Menarik Dan Sedap Menggunakan Boh Tea Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 412 hits
Demo Masakan Bersama Dato Fazley Yaakob Anjuran BOH TEA MALAYSIA Last week Amni hadirkan diri untuk satu event demo masakan bersama Dato Fazley Yaakob yang dianjurkan oleh BOH TEA PLANTATIONS MALAYSIA Sempena ulang tahun BOH Plantations Sdn...
Resepi Ketam Masak Cili Telur Senang Sedap

Resepi Ketam Masak Cili Telur Senang Sedap

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 1318 hits
Ramai suka makan ketam kan Anak anak pun suka Husband je tak berapa suka Ainul suka semua makanan hehehe Dah lama anak anak request nak makan ketam mama masak tapi malas nak masak salah 1 nya kita nak kena kopek untuk diaorang asyik kena ko...
Resepi Kek Minyak Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Minyak Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 815 hits
RESEPI KEK MINYAKSEDAP DAN MUDAH BAHAN2 5 biji telur cawan gula kaster 1sdb ovelatte 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak 2 cawan tepung gandum ayak 1sdk baking powder ayak 1sdk esen vanila Pewarna pilihan Bahan ayak bersamaCARA MEMBUAT ...
Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 536 hits
RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP TB pernah makan Kek Cheese ni MasyaAllahhh sedapnya alahai lembut gebusss lemak berkrim tapi nak buat sendiri peralatan pulak tak cukup TB takde oven huhu takpe tepek resepi sini dulu ek KEK CHEESEBAHAN BAH...
Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1061 hits
RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan bahan pun tak cukup TB tak buat pun lagi banyaknya alasan kan hahahha ok suatu hari pasti TB buat sebab dah ada...
Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 589 hits
RESEPI BROWNIES KEDUT SEDAP DAN MUDAH BROWNIES KEDUT MUDAHBahan bahan 400gm coklat masakan 150gm butter 100gm tepung naik sendiri 100gm gula castor 100gm gula perang 30gm serbuk koko 1 sudu kecil esen vanila 4 biji telur gred ACara membuat ...
Resepi Sambal Udang Petai Sedap Hingga Menjilat Jari

Resepi Sambal Udang Petai Sedap Hingga Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 583 hits
Haaa tajuk aje dah mengundang kan Hingga menjilat jari gitu hehehe Tapi serius memang sedap sambal udang petai ni Saya rasa kalau masak apa apa then letak petai sure sedap itu ikut selera saya yang memang suka gila dengan petai ni Bukan sel...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan