Kuah Kacang Daging My Keeper Recipe




Alhamdulillah bertemu lagi kita. Harap semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sebelum saya menulis seterusnya, harap sudi kira ya anda menghadiahkan satu klik pada iklan di blog saya. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih. 
Saya ingin kongsi petikan dari video Tokku Pasir Gudang yang sangat menginsafkan. Ianya adalah berkenaan rumah sementara dan rumah kekal kita. Rumah kekal kita ialah kubur kita.  
Kalau hari ni kita berada dalam rumah. Satu hari kita pasti akan berada dalam kubur. Cepat atau lambat kita akan berada dalam kubur. 
Perlu merenung bagaimana kubur kita nanti. Apakah kubur kita akan jadi taman syurga kita atau sebaliknya. Apakah kubur akan jadi tempat kita bahagia atau sebaliknya. Apakah ianya tempat paling selesa atau sebaliknya. 
Maka setiap kita merenung dan melihat maka rancang lah kubur sendiri. Kalau beli rumah, kita rancang rumah kita. Tak pandai deko sendiri, kita upah orang untuk dekorasi rumah untuk kita tinggal sementara. 
Kita telah ada akad di sisi Allah, bahawa kubur adalah rumah kita. Kubur hanya lah percuma. Apa perancangan kita untuk rumah baru kita. Macam mana nak ada ilmu supaya kubur saya lebih terang dari stadium negara, lebih indah dari istana. 
Kalau belum ada perancangan, maka rancang dari sekarang. Pagari dengan sedekah, solat dan silaturrahim. Mungkar Nakir datang, maka datang solatnya, sedekahnya, jauh kamu jangan takutkan sahabat kami. Amalan kita akan memagarinya sehingga munkar nakir tidak dapat mendekati. Kubur kita akan dipagari dengan segala ibadah kita. 
Pastikan kubur kita bercahaya dengan qiamullail kita. Bagaimana nak lapangkan kubur kita. Dengan melakukan segala akhlak baik, kita dapat melapangkan kubur kita. Selapang syurga. 
Setiap hari kena rancang cara nak dekorasi kubur kita kerana ianya lah rumah kekal kita. Rumah kita sekarang akan diwarisi bila kita mati. Kita akan kembali pada kubur. Rumah kat dunia adalah rumah sewa jer. Tak ada orang hias rumah sewa lawa lawa. Kubur tak akan diwaris pada siapa pun, kubur kita adalah kubur kita. 
Bumi ini tempat persinggahan bukan tempat menetap. Tak akan jadi milik kita. Kelak orang lain pula akan duduk. Yang pasti, bukan lagi kita. Kubur tak akan kita waris pada anak kita kerana mereka juga ada kubur mereka sendiri. 
Maka fikirkan kematian. Cari hati kita waktu baca Quran, waktu dengar kuliah, waktu kita bermuhasabah, aku ni nak jadi apa. Kawan aku semua dah mati belaka. Makin hari aku makin tua dan kekuatan makin tak ada. Buat muhasabah diri, aku ni dah tak larat, tenaga dah tak kuat. Barulah akan datang hati kita. OK setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan. 



Saya belajar resipi ini dengan rakan sekerja dah hampir 40 tahun dan kekal setia dengannya. Lagi kerap kita memasak, lagi sedap hasilnya. Macam lagi mahir lah akan tekniknya. Bukan resipi semata tapi cara menyediakannya juga penting. Kena lah kerap ke dapur untuk lagi pandai memasak. 
Hari raya Aidil Adha baru baru ni, saya tak buat kuah kacang. Tiba tiba pula teringin nak makan kuah kacang. Tapi tak ada orang menghidangkan kuah kacang. 
Semasa makan tengahari hari minggu lalu, saya tiba tiba rasa nak buat kuah kacang kerana teringatkan kacang tanah yang dah siap digoreng tanpa minyak dan dah ditumbuk dalam peti ais. Selepas makan, saya terus rebus kacang tanah dan rebus daging. Jadi sementara menyediakan bahan tumis kacang dan daging dah siap. 
Kuah kacang atau apa apa yang perlu ditumis, kita kena pastikan bahan tumisan masak sempurna dan terbit minyak. Jadi menumis bahan kuah kacang ni memang lama. Insya Allah sedap lah hasilnya. 
Kuah kacang berdaging ni saya makan dengan nasi impit yang dibuat sendiri dengan periuk tekanan Noxxa. Alhamdulillah sedap sangat nasi impit ni. Cukup lembut dan sedap berbanding dengan nasi impit segera. Alhamdulilah akan nikmatnya dengan nasi impit sedap dan kuah kacang pun sedap. Nak tengok cara penyediaan nasi impit, boleh klik di SINI. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Boleh tengok video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Kuah Kacang Daging IstimewaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg daging - potong kecil dan rebus½ kg kacang tanah4-5 cili kering kisar 1 ½ sudu kecil pes asam jawa8 sudu besar gula 1 keping gula Melaka - 158 gram1 sudu besar garam halus atau secukupnya1 cawan minyak mazola
Bahan kisar:13-15 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas4 batang serai
Cara cara:Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven sehingga berbau wangi. Buang kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur.
Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Nota: ini penting supaya kuah kacang sedap dan masak sempurna.

Masukkan daging (rebus sehingga empuk) dan kacau rata. Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.


Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak atas api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. 

Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.


Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang.

Nota:Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/06/kuah-kacang-daging-my-keeper-recipe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Kuah Sambal Kacang Lebih Sedap Warna Kemerahan Dan Tahan Lama Dengan Resepi Terbaik Ini

Rahsia Kuah Sambal Kacang Lebih Sedap Warna Kemerahan Dan Tahan Lama Dengan Resepi Terbaik Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Hi Bestnya Raya Haji Tahun ni Syukur dapat beraya bersama ahli keluarga walaupun tidaklah lengkap semua dapat berkumpul bersama Korang buat apa je cuti raya haji baru baru ni Yelah cuti pendek kan Saya pula hanya di rumah ke...
Wanita Ini Terekam Kamera Curi Daging Kurban Yang Digantung Dalam Pagar Warga Sidoarjo

Wanita Ini Terekam Kamera Curi Daging Kurban Yang Digantung Dalam Pagar Warga Sidoarjo

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 138 hits
Aksi pencurian daging kurban di Sidoarjo Jawa Timur terekam kamera CCTV Peristiwa itu terjadi di perumahan yang ada di kawasan Buduran
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 237 hits
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap Musim korban pasti ramai akan dapat daging korban kan Sana sini sedekah daging sampai pening nak masak apa dah Jangan risau di sini MF nak kongsikan 20 resepi berasaskan daging yang confirm sedap Nak buat p...
Cara Menyimpan Daging Di Kulkas Agar Awet Ketahanan Maksimal Rasa Tetap Nikmat

Cara Menyimpan Daging Di Kulkas Agar Awet Ketahanan Maksimal Rasa Tetap Nikmat

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 188 hits
Pada momen Idul Adha tidak sedikit yang mendapatkan daging kurban yang melimpah sampai sampai bingung bagaimana cara menyimpan daging di kulkas agar awet dan tetap segar Iya sih sebenarnya langsung dimasukkan ke freezer aja juga tidak apa a...
Menu Tengahari Daging Masak Lada Hitam Air Asam Kerisik Bersama Daging Rebus

Menu Tengahari Daging Masak Lada Hitam Air Asam Kerisik Bersama Daging Rebus

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Musim daging menu pun daging juga Tahun ni banyak juga dapat daging korban Terima kasih kepada semua yang memberi daging korban Maka terhidang la menu untuk tengahari ni Daging masak lada hitam Lepas tu b...
Kolesterol Terlanjur Naik Usai Santap Banyak Daging Kurban Buah Buah Ini Ternyata Ampuh Jadi Solusi

Kolesterol Terlanjur Naik Usai Santap Banyak Daging Kurban Buah Buah Ini Ternyata Ampuh Jadi Solusi

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 137 hits
Kolesterol Terlanjur Naik usai Santap Banyak Daging Kurban Buah Buah Ini Ternyata Ampuh jadi Solusi
Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk

Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 242 hits
Memandangkan di rumah ni suami demam Makanya selepas zohor semalam terus ke pasaraya mencari bahan bahan penyediaan Sup Daging Ala Thai Kecuali daging dan tulang rusuk menggunakan daging korban Ini pertama kali sepanjang 13 tahun perkahwina...
Penyakit Langka Pemakan Daging Manusia Dan Fotonya

Penyakit Langka Pemakan Daging Manusia Dan Fotonya

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 164 hits
Penyakit langka pemakan daging manusia dan fotonya Dalam pembahasan nbsp saat ini akan memberikan sebuah informasi tentang penyakit kulit langka atau banyak yang menyebut dengan pemakan daging manusia mungkin terdapat sebagian belum mengeta...
Berapa Batas Wajar Makan Daging Agar Aman Dari Risiko Hipertensi Ini Saran Pakar Gizi

Berapa Batas Wajar Makan Daging Agar Aman Dari Risiko Hipertensi Ini Saran Pakar Gizi

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 168 hits
Pakar Pangan dan Gizi meminta masyarakat untuk mengonsumsi daging dalam jumlah wajar karena pada Iduladha
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan