Sup Daging Ala Thai Bersama Tulang Rusuk
Memandangkan di rumah ni, suami demam. Makanya, selepas zohor semalam terus ke pasaraya mencari bahan-bahan penyediaan Sup Daging Ala Thai. Kecuali daging dan tulang rusuk menggunakan daging korban. Ini pertama kali sepanjang 13 tahun perkahwinan, saya memasak sup daging Ala Thai. Kiranya, pecah rekod lah.
Sup daging ala thai. Kali ini saya campurkan tulang rusuk
Kalau nak makan Sup Daging Ala Thai dengan resipi 20 Aneka nasi pun boleh
Bahan-bahan penyediaan Sup Daging Ala Thai
1 Kilo Daging Segar 4 ketul tulang rusuk 1 bungkus sup tulang ( bunjut )1 peket perencah Sup Daging dan Tulang dari Adabi2 Biji Tomato 4 Biji ubi kentang2 Sudu Besar Serbuk Ketumbar 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Putih 3 Tangkai Cili Padi 2 Sudu Serbuk Lada HitamDaun SupAkar dan daun ketumbar Batang Celeri
Bahan menumis Sup Daging Ala Thai :
1 Inci Halia ( dimayang halus )3 Ulas bawang rose ( dimayang halus )2 Ulas bawang putih ( dimayang halus )3 Kuntum bunga lawang 3 Kuntum bunga cengkih 3 Batang Kulit kayu manis3 Buah Pelaga
Bahan kisar :
2 labu Bawang merah besar1 1/2 Inci Halia
Cara-cara Penyediaan Sup Daging Ala Thai
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bawang rose yang dimayang halus, bawang putih, dan 4 sekawan ( pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang ). Tumis sehingga garing.
2. Masukkan daging dan tulang rusuk. Tambah serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar dan gaulkan sekata. Masukkan juga, perencah sup daging dan tulang Adabi
Jangan lupa, semasa merebus ini masukkan sekali akar daun ketumbar. Pastikan dibasuh sebersihnya.
3. Kemudian, masukkan air dan bawang merah beserta halia yang dikisar. Rebus daging dan tulang rusuk selama 4 jam.
4. Setelah itu, sekiranya daging dan tulang sudah empuk. Masukkan ubi kentang, tomato, perasakan dengan garam secukup rasa serta serbuk lada hitam.
5. Tambah bawang goreng, daun sup dan daun ketumbar di potong halus. Masukkan juga celeri dan Cili padi.
6. Biarkan setengah jam sup daging Ala Thai mendidih. Sesua dihidangkan bersama telur dadar dan nasi panas.
Nota :
1. Sup Daging Ala Thai ini, sedap jika lebihkan penggunaan lada. Tetapi, pesakit gastrik boleh kurangkan penggunaan lada dalam sup ini.
2. Perahkan limau nipis semasa mahu hidangkan. Ini bagi membangkitkan rasa masam dan pedas lada tadi.
P/S : Memandangkan suami demam tengah hari semalam, jadi saya bergegas dari sekolah anak ( balik sekolah jam 1.40 petang) terus menuju ke pasaraya terdekat bagi mencari bahan-bahan penyediaan dalam Sup Daging Ala Thai.
Walaupun, tengah hari itu saya sudah memasak nasi goreng udang. Tapi itu lah, demi kasihkan suami itu yang terus ke pasaraya. Tak sanggup melihatkan suami menggigil kesejukan.
Jadi, sup yang sesuai bagi menghangatkan badannya kembali.
Selepas siap masak pada jam 3 petang, saya sambung pula mengurut suami. Katanya, di bahagian belakang iaitu tulang sulbinya sakit. Jadi, saya mengurut suami pada bahagian punggung dan tulang sulbi secara perlahan supaya cepat pulih daripada kesakitan tersebut.
Syukur, dengan izin Allah SWT. Di pagi Jumaat, suami kebah dari demam asbab makan panadol, sup panas, dan berurut. Rupa-rupanya sejak semalam dia sudah mengadu katanya sakit kepala.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2024/06/sup-daging-ala-thai-tulang-rusuk.html