Kuah Banjir Dalam Nasi Kena Caj 50 Sen Pelanggan Tak Puas Hati Peniaga Warung Kata Masak Guna Santan Bukan Air Kosong


KETIKA harga kebanyakan barang mentah semakin meningkat, ramai isi rumah mula terkesan termasuk golongan peniaga yang turut terkena tempiasnya.
Justeru bagi menampung modal yang dikeluarkan untuk membeli barang mentah serta kos operasi, hendak tak hendak peniaga terpaksa menaikkan harga makanan meskipun bimbang dengan penerimaan pelanggan.
Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara pemilik sebuah warung makanan mengenakan cas terhadap kuah kari ikan yang diletakkan di dalam nasi bungkus.
Menurut pelanggan berkenaan, peniaga tidak sepatutnya mengenakan cas kerana dia hanya mengambil kuah dan bukannya isi ikan serta sayur di dalam hidangan kari tersebut.

Video tersebut mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada netizen, namun rata-ratanya menyebelahi peniaga berkenaan kerana memahami situasi ketika ini di mana harga barang mentah semakin naik.
Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Fara Yusoff yang juga anak kepada pemilik warung berkenaan ketika menceritakan situasi sebenar berkata, pelanggan lelaki tersebut tidak berpuas hati kerana dikenakan cas RM1 untuk sebungkus kuah kari ikan.
“Insiden tersebut berlaku pada petang Isnin baru-baru ini. Pelanggan itu datang ke warung kami beli nasi putih sebungkus extra, kuah kari ikan dalam setengah plastik, serta sambal tauhu dua ketul.
“Mak saya yang jadi cashier waktu tu. Semua sekali termasuk kuah adalah RM4. Dia sempat tanya harga setiap satu, kemudian dia pergi. Sepuluh minit kemudian, dia datang lagi.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kuah kari ikan yang dibeli berasingan dikenakan cas RM1.
“Dia beli menu yang sama tapi dia campur semua termasuk kuah kari banjir dalam bungkusan nasi. Masa tu saya pula jadi cashier. Dia tanya setiap satu harga makanannya. Saya beritahu kuah 50 sen, sebab tak sebanyak yang dia bungkus kali pertama tadi.
“Kali ini dia tanya kenapa kuah dalam nasi pun cas, sambil turut membuat rakaman menggunakan telefon bimbit,” ujar gadis berusia 19 tahun ini.
Menurut Fara, ibunya cuba menerangkan rasional di sebalik tindakan warung mereka yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang mengenakan cas untuk kuah kari ikan.
“Mak terangkan dekat dia. Kami nak jual mahal tak sampai hati. Kalau ikutkan, ada kedai lain yang cas lebih dari RM1 sebab bungkus setengah plastik.
“Kuah kari tu bukan air kosong cair tapi menggunakan santan, rempah ratus, bawang, minyak masak dan bahan lain. Sekarang barang pun harga dah naik tapi kami hanya cas sikit saja.

Antara lauk pauk yang dijual di warung ibu bapa Fara.
“Nasi kosong dekat tempat lain sekarang sudah RM1.50, tapi kami masih kekalkan harga RM1.00, kalau ambil nasi extra barulah cas RM1.50. Nasi extra yang dia ambil tu dua orang boleh makan.
“Dalam lebih kurang 20 minit juga berlaku pertikaman lidah sebelum dia berlalu,” ujar Fara yang menjadi pembantu di warung ibu bapanya secara sepenuh masa.
Tambah gadis ini lagi, kejadian membabitkan pelanggan yang sama bukanlah kali pertama dihadapi mereka.
Kadang ada yang tak nampak apa yang peniaga lalui, mereka tak tahu semua perlukan modal dan tenaga. Mereka nampak lauk siap sahaja.FARA YUSOFF“Sebelum ini dia ada complain tapi kami diam sahaja. Hari Isnin baru-baru ini dia datang dan rakam, malah ugvt nak viralkan seolah-olah nak jatuhkan kami. Kami ini hanya warung tepi jalan.
“Tapi kami anggap inilah asam garam dunia berniaga. Customer lain tak pernah marah pun, mereka faham memasak kena pakai modal.
“Kadang ada yang tak nampak apa yang peniaga lalui, mereka tak tahu semua perlukan modal dan tenaga. Mereka nampak lauk siap sahaja,” ujar Fara sambil menambah, warung ibu bapanya itu beroperasi dari pukul 5 petang sehingga malam.

Antara komen netizen pada perkongsian video yang dimuat naik oleh Fara.
Menurutnya lagi, ibu bapa serta neneknya sudah berniaga di lokasi berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu dan dikenali penduduk setempat.
“Saya muat naik video di TikTok sebab nak jelaskan perkara sebenar. Ramai juga yang memahami situasi dan menyebelahi kami.
“Kebanyakannya faham kalau peniaga cas harga. Kami nak dapat balik modal pun payah. Kalau tak puas hati, boleh tanya elok-elok tak perlu baut kecoh, atau mungkin boleh ke tempat lain yang menepati cita rasa,” katanya lagi.
Sehingga kini video yang dimuat naik oleh Fara di aplikasi TikTok meraih melebihi 1.4 juta jumlah tontonan.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2022/06/kuah-banjir-dalam-nasi-kena-caj-50-sen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Caj Tangkap Ayam Rm0 70 Sen Sekilogram Sangat Tidak Wajar Kata Rakyat

Caj Tangkap Ayam Rm0 70 Sen Sekilogram Sangat Tidak Wajar Kata Rakyat

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 238 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN Rata rata pengguna kesal dengan tindakan peladang yang dikatakan memanipulasi bekalan ayam dalam pasaran apabila mengenakan caj tangkap sebanyak 70 sen bagi setiap kilogr
Lelaki Berang Peniaga Kenakan Caj Kuah Kuah Pun Nak Berkira Jugak Ke

Lelaki Berang Peniaga Kenakan Caj Kuah Kuah Pun Nak Berkira Jugak Ke

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 151 hits
Bagi seseorang yang menjalankan perniagaan pastinya mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan lebih lebih dengan keadaan ekonomi yang tidak menantu sekarang ini Terbaru tular sebuah video di laman TikTok apabila seorang pelan...
Tak Puas Hati Dijeling Cucu Tampar Nenek Sebelum Dijirus Dengan Air Teh

Tak Puas Hati Dijeling Cucu Tampar Nenek Sebelum Dijirus Dengan Air Teh

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 194 hits
Seorang pengawal keselamatan ditahan polis pada jam 8 26 malam kelmarin Rabu di Kampung Tasik Tambahan kerana menecederakan adik perempuan dan neneknya nbsp Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata susp...
Rezeki Lunch Nasi Ayam Air Tangan Member

Rezeki Lunch Nasi Ayam Air Tangan Member

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 280 hits
Rezeki Lunch Nasi Ayam Air Tangan Member Alhamdulillah Baru lepas luncheon Sementara nak lelap update sekerat sekerat camni la kejap HahhaaLengkap dengan sambal sup timun dan salad gituh Sedap nasi ayam ni I like Portion diet katanya Bekas ...
Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel Barulah Puas Hati Suami Anak Anak Makan

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel Barulah Puas Hati Suami Anak Anak Makan

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 210 hits
Kalau dulu mak mak kita buat sandwic menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah Tetapi kini menu sandwic sudah berada pada tahap lain Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel restoran fine d...
Campsite Dusun Pak Abu Hulu Rening Sangat Puas Hati Bila Anak Anak Dapat Mandi Manda Di Sungai

Campsite Dusun Pak Abu Hulu Rening Sangat Puas Hati Bila Anak Anak Dapat Mandi Manda Di Sungai

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 599 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera pagi Ahad nan indah ni sambil disajikan dgn series Ghost Doctor baru la dpt jari jemari gebu saya ni menari nari atas keyboard update blog sebelum sebelum ni kesibukan duniawi melanda langsung tak dpt nak...
Air Hujan Bertakung Ia Perkara Biasa Bukan Luar Biasa Kata Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Air Hujan Bertakung Ia Perkara Biasa Bukan Luar Biasa Kata Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 238 hits
Ia perkara biasa bukan luar biasa itu kata Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu A Zulkefli Mohammad berhubung air hujan bertakung di tempat duduk penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi Kejadi
Hiburan Saya Baru Lepas Muntah Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip Enggan Beri Air Kosong Free

Hiburan Saya Baru Lepas Muntah Lelaki Dakwa Pelayan Suruh Minum Air Paip Enggan Beri Air Kosong Free

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 164 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial luahan seorang pelanggan berkongsikan pengalamannya yang mendakwa mendapat layanan teruk dari sebuah restoran yang terletak di ibu kota Melalui yang dibuat oleh seorang lelaki berbangsa Cina dia ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner