Ku Nan Hadapi Pertuduhan Baharu


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, daripada pertuduhan kedua yang dihadapinya iaitu menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung tugas rasminya, dua tahun lalu.
Hakim Azman Ahmad memutuskan demikian terhadap Tengku Adnan, 68, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dihadapinya pada 15 November lalu.
Terdahulu, Julia memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan mendapati fakta di dalam pertuduhan pertama dan kedua tidak berkaitan dan tidak sewajarnya dibicarakan bersama.
”Pihak pendakwaan telah memfailkan semula pertuduhan itu sebagai pertuduhan baharu dan akan dibacakan semula,” katanya.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan tidak membantah permohonan itu namun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan RM1 juta yang yang dikenakan ke atas anak guamnya sebelum ini bagi dua pertuduhan kepada RM500,000 dengan seorang penjamin.
Menurutnya, ia bagi membolehkan wang itu digunakan untuk membayar wang jaminan kepada pertuduhan baharu yang difailkan pihak pendakwaan.
Dalam prosiding berasingan, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan kedua itu dibacakan semula sebagai pertuduhan baharu.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, Level 1, Lot A4, Block A, Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.
Bagi perbuatan itu, Tengku Adnan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan Tengku Adnan diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Januari ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan Hock Chuan supaya pasport antarabangsa Tengku Adnan dipulangkan sementara kepadanya bermula hari ini berikutan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Melbourne, Australia dan perlu dikembalikan semula kepada mahkamah pada 7 Januari ini.
Hock Chuan turut memaklumkan mahkamah, pihaknya telah membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah dan pendengaran bagi permohonan berkenaan ditetapkan pada Jumaat ini.
Pada 15 November lalu, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank miliknya.
Ia sebagai upah bagi dirinya meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada 27 Disember 2013.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana lebih tinggi.
Tengku Adnan, yang juga Bendahari UMNO, didakwa atas pertuduhan pilihan di tempat dan tarikh yang sama iaitu sebagai seorang Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk diri sendiri suatu barang berharga dengan tiada balasan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Tan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank miliknya.
The post Ku Nan Hadapi Pertuduhan Baharu appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/ku-nan-hadapi-pertuduhan-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ku Nan Didakwa Pertuduhan Menerima Rm2juta

Ku Nan Didakwa Pertuduhan Menerima Rm2juta

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 182 hits
Bekas menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung perjanjian tanah membabitkan Dewan Bandaraya Ku...
Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 180 hits
Tengku Adnan hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi mendengar sebutan semula kes rasuah berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 2013 Foto BernamaKUALA LUM...
Tak Wajar Pertuduhan Th Melalui Media Oleh Menteri Mentah

Tak Wajar Pertuduhan Th Melalui Media Oleh Menteri Mentah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 280 hits
MALAYSIAKINI PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku dalam Tabung Haji sebagai institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia kata presidennya Abdul Hadi Awang Namun tegas beliau parti itu berpandangan tidak wajar sekiranya p...
Piala Aff Fam Terima Dua Surat Pertuduhan Salah Laku Penonton Malaysia

Piala Aff Fam Terima Dua Surat Pertuduhan Salah Laku Penonton Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Selepas mengharungi empat perlawanan Piala AFF 2018 Persatuan Bolasepak Malaysia menerima dua surat pertuduhan berikutan kesalahan daripada penganjur Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara Pertama adalah disebabkan oleh bom udara ...
Tak Keluar Tv Dan Radio Tak Apa Ini Cara Baharu Saya Berdakwah Kazim Elias

Tak Keluar Tv Dan Radio Tak Apa Ini Cara Baharu Saya Berdakwah Kazim Elias

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 196 hits
Astro Awani Tambah beliau tanpa bantuan stesen televisyen dan radio dakwahnya adalah terbatas Foto Bernama KUALA LUMPUR Penceramah bebas terkenal Datuk Kazim Elias mengucapkan terima kasih kepada stesen televisyen dan radio yang selama ini ...
Ular Sawa 6 Meter Di Temui Di Kampung Baharu Jerantut

Ular Sawa 6 Meter Di Temui Di Kampung Baharu Jerantut

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1251 hits
JERANTUT Seorang pemandu jengkaut terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang enam meter menyusur di bawah jentera yang sedang dikendalikannya di Kampung Ulu Teh di sini semalam Musliadi Md Yusuf 33 yang berasal dari Acheh Indones...
Ptptn Perlu 6 Hingga 12 Bulan Kaji Sistem Bayaran Balik Baharu

Ptptn Perlu 6 Hingga 12 Bulan Kaji Sistem Bayaran Balik Baharu

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 241 hits
PTPTN perlu 6 hingga 12 bulan kaji sistem bayaran balik baharu Dikemas kini 27 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Dec
Hmmm Setiausaha Politik Tun M Dikaitkan Dalam Pertuduhan Rasuah Isa Samad

Hmmm Setiausaha Politik Tun M Dikaitkan Dalam Pertuduhan Rasuah Isa Samad

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 384 hits
Muhammad Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembeliah hotel itu dan telah direman selama lapan hari Gambar Sinar HarianKUALA LUMPUR Muhammad Zahid Md Arip Setiausaha Politik Perdana Menteri Tun Dr Ma...
Isa Berdepan 10 Pertuduhan

Isa Berdepan 10 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 159 hits
Isa Samad didakwa satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta isu hotel di Kuching Foto oleh Miera ZulyanaBekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesy...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins