Ku Nan Didakwa Pertuduhan Menerima Rm2juta


Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung perjanjian tanah membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa menerima jumlah itu tanpa pertimbangan daripada Cai Kin Kong melalui sekeping cek daripada Aset Kayamas Sdn Bhd, walaupun tahu Aset Kayamas, Sinerjuta Sdn Bhd, Fiber Vista Sdn Bhd, Era Ecoland Sdn Bhd, Garuda Searah Sdn Bhd dan Ujana Mutiara Sdn Bhd yang mempunyai urusan dengan kementeriannya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda.

Hakim, Azman Ahmad membenarkan beliau diikat jamin RM500,000 bersama seorang penjamin.

Pada 15 November lalu, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan mengaku tidak bersalah di depan Azman atas 2 pertuduhan menerima RM3 juta daripada 2 pemaju hartanah berhubung transaksi tanah milik DBKL.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menerima RM1 juta daripada pemaju, Datuk Tan Eng Boon yang didakwa memberi rasuah dan bersubahat dengannya.

Tan turut didakwa di mahkamah pada hari sama.

Pertuduhan pertama dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan pertuduhan pilihan dilakukan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ke-2, Ku Nan didakwa menerima RM2 juta daripada Cai.

Terdahulu, hakim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim untuk melepas tanpa membebaskan Ku Nan daripada pertuduhan menerima rasuah RM2 juta, 2 tahun lalu, atas alasan fakta kes RM1 juta berlainan.

“Kami mendapati fakta dalam pertuduhan itu (pertuduhan pertama dan ke-2) tidak berkaitan dan tidak sewajarnya dibicarakan bersama. Bagaimanapun, kami akan memfailkan semula pertuduhan ke-2 dan akan dibacakan semula sebagai pertuduhan berasingan yang baharu,” kata Julia.

Kedua-dua kes itu dijadualkan didengar di depan hakim sama.

Peguam, Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ku Nan kemudiannya memberitahu FMT, kedua-dua kes itu akan didengar hakim berbeza.

“Seorang hakim tidak boleh mendengar kedua-dua kes kerana fakta kes itu berbeza sama sekali.”

Permohonan memindahkan kes RM1 juta ke Mahkamah Tinggi akan didengar Jumaat ini, manakala sebutan semula kes RM2 juta ditetapkan 7 Januari depan.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/ku-nan-didakwa-pertuduhan-menerima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Dbkl Ku Nan Didakwa Terima Rm2juta Daripada Pemaju

Tanah Dbkl Ku Nan Didakwa Terima Rm2juta Daripada Pemaju

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 479 hits
Malaysia Dateline Bekas Menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menerima RM2juta daripada seorang ahli perniagaan berkaitan tawaran tanah yang melibatkan Dewan Bandaraya...
Ku Nan Hadapi Pertuduhan Baharu

Ku Nan Hadapi Pertuduhan Baharu

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan kedua yang dihadapinya iaitu menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaa...
Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

Pertuduhan Kedua Dibacakan Semula Ku Nan Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 270 hits
Tengku Adnan hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi mendengar sebutan semula kes rasuah berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 2013 Foto BernamaKUALA LUM...
Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 380 hits
Tengku Adnan Tengku Mansor KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli pe...
Kawal Proyek Pltu Riau 1 Eni Maulani Saragih Didakwa Terima Suap Rp 4 750 M

Kawal Proyek Pltu Riau 1 Eni Maulani Saragih Didakwa Terima Suap Rp 4 750 M

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 283 hits
Dalam surat dakwaan jaksa penuntut umum pada KPK merinci perkenalan Eni dengan pemilik Blackgold Natural Resources itu menemui Setya Novanto Ketua DPR saat itu agar membantunya untuk memfasilitasi bertemu dengan Direktur Utama PT PLN perser...
Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

Peguam Nafi Upah Samseng Rusuhan Kuil Seperti Didakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 500 hits
Firma guaman Skrine menafikan yang peguam syarikat itu terbabit mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan dekat kuil Sri Maha Mariamman di Selangor pada awal pagi Isnin dan semalam Rakan firma guaman itu Khoo Guan Huat dalam sat...
Eni Saragih Juga Didakwa Terima Gratifikasi Rp 5 6 M Sgd 40 Ribu

Eni Saragih Juga Didakwa Terima Gratifikasi Rp 5 6 M Sgd 40 Ribu

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 290 hits
Eni juga didakwa menerima suap Rp 4 750 miliar dari Johannes Budisutrisno Kotjo pemilik Blackgold Natural Resources masih terkait suap proyek PLTU RIau Suap diperuntukkan agar Eni membantu Johannes mendapatkan proyek pengerjaan PLTU Riau 1 ...
Eni Janji Bakal Kooperatif Usai Didakwa Terima Suap Dan Gratifikasi

Eni Janji Bakal Kooperatif Usai Didakwa Terima Suap Dan Gratifikasi

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 390 hits
Usai surat dakwaan dibacakan Eni mengaku akan kooperatif atas kasus yang membelitnya saat ini
Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Didakwa Tahun Depan

Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Didakwa Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 447 hits
Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka berhadapan pendakwaan berhubung projek panel solar sekolah luar bandar di Sarawak tahun depan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setakat ini masih menunggu keizinan mendakwa da...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025