Isa Berdepan 10 Pertuduhan


Isa Samad didakwa satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta isu hotel di Kuching. ― Foto oleh Miera Zulyana

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.


Loading... Bagaimanapun, Mohd Isa, 69, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas dana tersebut dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah itu yang mana Anggota Lembaga Pengarah Felda memberi mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-10, Mohd Isa didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai, yang kesemunya berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu Anggota Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching oleh pihak Syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar manakala Mohd Isa diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan peguam Ridha Abdah Subri. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/12/isa-berdepan-10-pertuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hmmm Setiausaha Politik Tun M Dikaitkan Dalam Pertuduhan Rasuah Isa Samad

Hmmm Setiausaha Politik Tun M Dikaitkan Dalam Pertuduhan Rasuah Isa Samad

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 475 hits
Muhammad Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembeliah hotel itu dan telah direman selama lapan hari Gambar Sinar HarianKUALA LUMPUR Muhammad Zahid Md Arip Setiausaha Politik Perdana Menteri Tun Dr Ma...
Isa Mengaku Tak Salah 10 Pertuduhan Pecah Amanah Rasuah

Isa Mengaku Tak Salah 10 Pertuduhan Pecah Amanah Rasuah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 10 pertuduhan pecah amanah dan rasuah lebih RM3 juta berhubung kes pembelian h...
Ini Aktres Pakai Gaun Seksi Berdepan Penjara 5 Tahun

Ini Aktres Pakai Gaun Seksi Berdepan Penjara 5 Tahun

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 289 hits
Rania didakwa tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat APHALAMAN HIBURANAKTRES Mesir Rania Youssef bakal dihadapkan di mahkamah bulan depan selepas didakwa melakukan kesalahan mengenakan gaun yang didakwa seksi ketika menghadiri Festival ...
Aktres Mesir Rania Youssef Berdepan Hukuman Penjara Kerana Terlalu Seksi

Aktres Mesir Rania Youssef Berdepan Hukuman Penjara Kerana Terlalu Seksi

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 433 hits
Rania Youssef bakal dihadapkan di mahkamah bulan depan selepas didakwa melakukan kesalahan mengenakan gaun yang didakwa seksi ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Kaherah Gaun hitam berenda itu mendedahkan bahagian lengan dan kakin...
Bermula 22 Disember Pahang Dijangka Berdepan Tempoh Kritikal Banjir

Bermula 22 Disember Pahang Dijangka Berdepan Tempoh Kritikal Banjir

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 263 hits
Bermula 22 Disember Pahang dijangka berdepan tempoh kritikal banjir Dikemas kini 29 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Kuantan Pekan Dan Rompin Di Jangka Berdepan Risiko Banjir

Kuantan Pekan Dan Rompin Di Jangka Berdepan Risiko Banjir

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 397 hits
KUANTAN Pahang khususnya daerah Kuantan Rompin dan Pekan dijangka berdepan tempoh lima hari yang kritikal risiko banjir susulan ramalan hujan lebat dan air pasang besar sepanjang tempoh berkenaan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhamm...
Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara

Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 503 hits
IPOH Seorang bekas pengurus kedai serbaneka 24 jam bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 560 tahun selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 40 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM68 463 35 p...
Samsung Berdepan Kerugian Sehingga Rm 24 14 Billion Disebabkan Penjualan Teknologi Skrin

Samsung Berdepan Kerugian Sehingga Rm 24 14 Billion Disebabkan Penjualan Teknologi Skrin

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 251 hits
Semalam kami ada melaporkan mengenai 8220 9 Orang Didakwa Di Korea Selatan Kerana Menjual Teknologi Skrin Samsung Kepada Pesaing 8220 Kini menurut pendakwanya Samsung mungkin kerugian jualan sehingga 5 8 billion berikutan kejadi
Tak Wajar Pertuduhan Th Melalui Media Oleh Menteri Mentah

Tak Wajar Pertuduhan Th Melalui Media Oleh Menteri Mentah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 470 hits
MALAYSIAKINI PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku dalam Tabung Haji sebagai institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia kata presidennya Abdul Hadi Awang Namun tegas beliau parti itu berpandangan tidak wajar sekiranya p...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media