Kronologi Konflik Palestin Israel Dan Peristiwa Nakbah Palestin


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke atas Israel dari Semenanjung Gaza oleh militan Palestin, disertai dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel. Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza

Konflik yang berlarutan ini hanya mempunyai satu penyelesaian iaitu Israel mengiktiraf hak Palestin dan merdeka. Keamanan dan kestabilan di Asia Barat hanya boleh dicapai hanya apabila keamanan dan penyelesaian dicapai di rantau itu. Tanpa Israel mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk merdeka, keamanan tidak akan tercapai

Untuk itu, berikut adalah sedikit sebanyak fakta dan sejarah kronologi konflik Palestin-Israel yang berlangsung sejak dahulu sehingga kini. Artikel kali ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kepentingan Bumi Palestin di Sisi Islam, Kronologi Konflik Palestin-Israel dan Peristiwa Nakbah Palestin


{tocify} $title={Table of Contents}
KEPENTINGAN BUMI PALESTIN DI SISI ISLAM
Palestin menjadi tempat tinggal para Nabi dan Rasul antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ya’qub, Nabi Musa, Nabi Isa serta ramai lagi dan akhirnya Allah S.W.T menjadikannya sebagai milik umat Islam setelah bangsa Yahudi menempuh jalan kesesatan


Allah S.W.T memberkati bumi Palestin dan telah turut menyucikannya seperti yang terkandung dalam al-Quran Surah al-Isra’ ayat 1:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ“Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Di bumi Palestin inilah terletaknya Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan solat. Selama hampir 17 bulan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat melakukan ibadat solat berkiblatkan Masjid al-Aqsa maka turunlah ayat memerintahkan supaya dialihkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah. Allah S.W.T berfirman:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.”

Dalam pada itu, Masjid al-Aqsa juga adalah masjid yang kedua didirikan dalam sejarah peradaban manusia. Sebagaimana yang dinukilkan dalam sebuah Hadis:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ أَوَّلُ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ قَالَ ثُمَّ الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ يَعْنِي بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً“Wahai Rasulullah, masjid apakah yang pertama diletakkan oleh Allah di muka bumi? Beliau bersabda, ‘Al-Masjid Al-Haram’. Abu Dzar bertanya lagi, kemudian apa? Beliau bersabda, ‘kemudian Al-Masjid Al-Aqsa’. Berkata Abu Mu’awiyah ‘iaitu Baitul Maqdis’ Abu Dzar bertanya lagi, berapa lama antara keduanya? Beliau menjawab, empat puluh tahun.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Selain daripada ganjaran yang besar sekiranya bersolat di Masjid al-Aqsa (500 gandaan solat dari tempat lain), Rasulullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bermusafir ke sana seperti yang dinyatakan dalam sebuah Hadis:
لا تُشَدُّ الرحال إلاّ إلى ثلاثة مساجد، مسجدي هذا، والمسجد الحرام، والمسجد الأقصى“Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar bermusafir (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram, Masjid Aku ini (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dari sudut geografi pula, kedudukan Palestin terletak di bumi Syam. Rasulullah S.A.W telah mendoakan bumi Syam dengan keberkatan dan para malaikat membentangkan sayapnya ke atas bumi bertuah ini. Sabda Nabi S.A.W:
طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا“Beruntunglah bagi penduduk Syam, maka kami bertanya: Mengapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kepada mereka.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Bumi Syam juga dikhabarkan oleh Baginda S.A.W sebagai tempat berlakunya padang mahsyar yang akan menghimpunkan manusia keseluruhannya selepas berlakunya qiamat. Nabi S.A.W bersabda:

عن مَيمونةَ مَوْلاةِ النَّبيِّ عليه السَّلامُ، عنِ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّها سألتْهُ فقالت: أَفْتِنا في بيتِ المَقدِسِ، فقال: أرضُ المَحشَرِ، والمَنشَرِ،“Nabi S.A.W ditanya oleh Maimunah mengenai Baitul Maqdis, Baginda bersabda: Bumi tempat berkumpul (mahsyar) dan penyebaran.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Begitulah istimewanya Palestin di hati kita semua. Semoga sokongan kita tidak bermusim kerana kita semua pencinta bumi Palestin yang penuh keberkatan. 
KRONOLOGI KONFLIK PALESTIN - ISRAEL
Baiklah, berikutnya adalah bahagian dimana kronologi Konflik Palestin - Israel yang berlaku sejak dahulu sehinggalah sekarang. Untuk Peristiwa Nakbah pula akan diceritakan dengan lebih mendalam dalam topik seterusnya. 
🟥NOVEMBER 1917: DEKLARASI BALFOUR Pemimpin Yahudi di London menulis surat kepada Setiausaha Luar British untuk menubuhkan satu negara bagi  bangsa Israel. Deklarasi ini membawa kepada kedatangan bangsa Yahudi ke Palestin

🟥MEI 1948: PERISTIWA AN-NAKBAH Hari 'malapetaka' bagi rakyat Palestin kerana mereka dihalau dari tanah air mereka. Sebanyak 78% tanah Palestin dirasmpas dan sekurangnya 750 ribu warga Palestin terpaksa tinggal di kem pelarian di negara seperti Jordan dan Syria

🟥JUN 1967: PERISTIWA AN NAKSAH JUN 1967Hari 'kekalahan' bagi umat Islam. Perang dimenangkan Israel dalam tempoh 6 hari sahaja. Akibat daripada kekalahan ini, Israel meluaskan kawasan jajahan meliputi Baitul Maqdis Timur, Tebing Barat, Jalur Gaza, Semenanjung Sinai dan Tanah TInggi Golan

🟥DISEMBER 1987: INTIFADA 1 DISEMBER 1987Tercetus apabila kenderaan yang dinaiki oleh pemuda Palestin dilanggar trak Israel. Kemarahan rakyat yang sudah lama tertindas membentuk satu gelombang protes yang bermula dari mimbar masjid. Intifada ini juga dikenali sebagai "Perang Batu"

🟥SEPTEMBER 1993: PERJANJIAN OSLO Dimaterai antara PLO dan Israel. Hasilnya PLO menggugurkan tuntutan ke atas 78% wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel selepas persetujuan 'Rhodes Armistice'. Perjanjian ini adalah siri penipuan kerana tujuannya hanya untuk membendung pengaruh HAMAS

🟥SEPTEMBER 2000: INTIFADA 2 Terjadi kerana kesucian Masjid Al-Aqsa dicemari dengan kehadiran Perdana Menteri Israel dan tenteranya. Pertembungan ini juga menyebabkan rakyat Palestin tercedera dan maut. Ia berlangsung agak lama, namun pelbagai usaha damai telah dilakukan

🟥DISEMBER 2008: OPERASI CAST LEAD Operasi Cast Lead tercetus apabila Israel mendakwa adanya peningkatan serangan roket ke atas mereka. Tentera Israel telah melepaskan serangan besar-besaran melalui darat, udara dan air yang mengorbankan rakyat Palestin di Gaza. Perang ini tamat pada 18 Januari 2009

🟥JULAI 2014: OPS PERLINDUNGAN SEMPADAN Perang ini berlanjutan selama lebih dari 49 hari yang dilancarkan oleh tentera Israel pada 8 Julai 2014 dengan menghentikan bedilan roket dari Gaza ke Israel

🟥MEI 2021: SHEIKH JARRAH Mahkamah Israel menetapkan perintah pengusiran terhadap keluarga Palestin di Sheikh Jarrah untuk diberikan kepada peneroka Israel. Tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan beberapa siri provokasi telah berlaku yang menyebabkan rusuhan meletus di beberapa tempat antara tentera Israel dan warga Palestin. 

PERISTIWA NAKBAH PALESTIN
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri
 🟢PERSIDANGAN ZIONIS ANTARABANGSA PERTAMA 
Idea penubuhan negara khas Yahudi telah dipelopori oleh Theodor Herzl, seorang warga Hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme. Idea tersebut telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896

Theodor Herzl berjaya menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland. Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai :
“Zionisme bertujuan untuk menubuhkan rumah orang-orang Yahudi di Palestin yang dijamin di bawah undang-undang awam.”
Maka bermulalah langkah gerakan Zionis dalam usaha membentuk sebuah Negara Yahudi di Palestin

Theodor Herzl pernah menulis dalam diarinya bertarikh 1 September 1897 :
“At Basel I founded the Jewish State. If I said this out loud today I would be greeted by universal laughter. In five years perhaps, and certainly in fifty years, everyone will perceive it.” 🟢CUBAAN MEMBELI TANAH PALESTIN DARI KHALIFAH 
Pada tahun 1901 Theodor Herzl telah menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II untuk mendesak baginda menjual tanah Palestin, namun telah ditolak secara keras oleh baginda. Sultan Abdul Hamid II berkata :
“Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka, dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami.”
Theodor Herzl sekali lagi cuba berunding dengan pergi sendiri menghadap sultan pada tahun 1902, dengan melakukan beberapa tawaran iaitu :
🟩 Memberi 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
🟩 Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.
🟩 Membangun kapal induk untuk menjaga pemerintah dengan biaya 120 juta frank.
🟩 Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
🟩 Membangun Universiti Uthmaniyyah di Palestin.
Tawaran itu turut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II dengan jawapan :
“Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam.”Theodor Herzl meneruskan usaha jahatnya itu dengan membuat rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah, yahudi Zionis ini juga berjaya menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924
 
🟢DEKLARASI BALFOUR 1917 Deklarasi Balfour merupakan sebuah surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis British dan Ireland

Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat “simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi.”
Deklarasi ini kemudiannya disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin

Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa

🟢HOLOCAUST DAN KEDATANGAN YAHUDI KE PALESTINHolocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya


Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Seterusnya menjadikan perubahan demografi buat tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55,000 orang yahudi meningkat mendadak kepada 646,000 orang Yahudi pada tahun 1948

Akhirnya, kebanyakan dari pendatang Yahudi adalah di perlukan untuk berkhidmat menjadi tentera tentera underground seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Israel

🟢PENUBUHAN NEGARA HARAM ISRAELPenubuhan sebuah negara untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya



Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel dan secara rasminya pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah diisytiharkan. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku

Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Inilah yang disebut sebagai Nakbah atau Malapetaka Palestin.
KESIMPULANNYAKonflik yang berlaku di Palestin pastinya sesuatu yang perlu dihentikan. Sebagai umat Islam, marilah kita bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds. Penindasan ke atas rakyat Palestin tidak hanya menuntut perpaduan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan manusia sejagat


Rujukan :https://www.facebook.com/aqsasyarifkuis/posts/3742862699158844/https://www.indahnyaislam.my/kronologi-nakbah-palestin/https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/22/mengapa-bumi-palestin-istimewa-di-sisi-islam/google image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/10/kronologi-konflik-palestin-israel-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Palestin Israel Mayat Penduduk Berkonvoi Berkecai

Konflik Palestin Israel Mayat Penduduk Berkonvoi Berkecai

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 260 hits
KOSMO SEBUAH trak yang membawa sejumlah penduduk Palestin meletup di Jalan Salah al Din kelmarin BBCBANDAR GAZA Sebuah video tular di media sosial kelmarin menunjukkan konvoi kenderaan yang menuju ke selatan Gaza meletup dipercayai dibom ol...
Israel Bakal Di Malukan Palestin

Israel Bakal Di Malukan Palestin

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 170 hits
Asbab keangkuhan Israel yang ingin melenyapkan bumi Gaza Al Qassam kini sedang dalam usaha melumpuhkan Ashkelon dan bakal merampas bumi Ashkelon Adakah Benjamin Netanyahu bakal dimalukan sekali lagi IsraelCuak
Perang Palestin Israel Lebih 2 000 Kematian Setakat Hari Keempat

Perang Palestin Israel Lebih 2 000 Kematian Setakat Hari Keempat

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 238 hits
Astro AwaniGAZA Kementerian Kesihatan Palestin hari ini memaklumkan angka kematian di Gaza meningkat hampir 1 000 dalam serangan yang memasuki hari keempat Memetik laporan CNN kementerian itu berkata kira kira 950 orang terbunuh manakala 5 ...
Perang Israel Palestin Pm Bincang Dengan Negara Islam Cari Penyelesaian

Perang Israel Palestin Pm Bincang Dengan Negara Islam Cari Penyelesaian

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 289 hits
Oleh Abdullah Zaid Serangan tanpa henti tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan dibincangkan segera oleh negara negara Islam termasuk Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberintahu Dewan Rakyat pagi t...
Palestin Israel Israelcuak Dapat Sambutan Solidariti Malaysia Terhadap Rakyat Palestin

Palestin Israel Israelcuak Dapat Sambutan Solidariti Malaysia Terhadap Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 173 hits
AwaniFareez AzmanDalam tempoh 100 jam dilancarkan IsraelCuak telah mendapat sambutan dan sokongan daripada rakyat Malaysia di pelbagai platform sosial media sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin Gambar AP Photo Adel HanaKUALA LUMP...
Dap Madani Tiru Strategi Israel Hancurkan Palestin

Dap Madani Tiru Strategi Israel Hancurkan Palestin

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 186 hits
Kenapa perisikan Israel gagal hidu serangan Hamas Kami tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku Itulah reaksi yang diberikan pegawai Israel kepada BBC apabila ditanya kepada mereka bagaimana dengan segala sumber perisikannya yang dikatakan pi...
Israel Tembak Sekolah Palestin Dap Madani Lanyak Sekolah Agama S Gor

Israel Tembak Sekolah Palestin Dap Madani Lanyak Sekolah Agama S Gor

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 231 hits
Tentera Israel mengiringi murid Palestin menuju ke kelas pada hari pertama tahun baru akademik di sekolah mereka di kampung al Tuwani pada 19 Ogos 2022 Tentera Israel lepaskan tembakan di sekolah PalestinNABLUS Kesemua kelas di sebuah sekol...
Sukarelawan Palestin Di Hospital Indonesia Di Gaza Terbunuh Serangan Udara Israel

Sukarelawan Palestin Di Hospital Indonesia Di Gaza Terbunuh Serangan Udara Israel

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 194 hits
SATU serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya Gaza Utara semalam mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi yang berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011 Jet tempur Israel menyerang ambulans J...
Petempuran Israel Palestin Sekurang Kurangnya Seorang Rakyat Thailand Maut Lapan Cedera 11 Dijadikan Tebusan

Petempuran Israel Palestin Sekurang Kurangnya Seorang Rakyat Thailand Maut Lapan Cedera 11 Dijadikan Tebusan

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 292 hits
BernamaParnpree menggesa media untuk bekerjasama untuk tidak menyiarkan nama rakyat Thailand yang terjejas Gambar fail ReutersBANGKOK Seorang rakyat Thailand maut manakaka lapan cedera dengan 11 lagi antara yang dijadikan tebusan oleh milit...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga