Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya Noohisham Mohamed Ahmad Kamil Abdul Karim Dan Kamaruddin Shamsuddin




Kes jenayah berat di Malaysia sentiasa berlaku walaupun mengetahui hukuman yang bakal diterima jika didapati bersalah. Saya postkan kembali kisah tragis kes pembunuhan Datuk Sosilawati agar kita semua bersama-sama memerangi jenayah.

Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat dan mendapat liputan meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba di penghujung pada Khamis.

Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mendapati mereka bersalah melakukan perbuatan itu.

Pathmanabhan bersama T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa membacakan keputusannya, menyifatkan siasatan polis dalam kes itu 'bertaraf dunia', dan kejayaan menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun adalah hasil kerjasama baik yang diterima daripada pendakwaan serta pembelaan yang turut disifatkan beliau sebagai 'bertaraf dunia'.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu yang menjadi tumpuan masyarakat:

30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin dilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.

6 September 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakan Sosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan teres dua tingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

9 September 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.

11 September 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorang peguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.

12 September 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran.

13 Oktober 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

15 Oktober 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap U.Suresh dan K.Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.

21 Februari 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjara kepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.

4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

3 November 2011: Pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkan bahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai dan ladang di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individu berkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia.

Beliau juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran atau pendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjah celcius ke atas.

10 November 2011: Dr Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yang ditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.

31 Januari 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberi keterangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah pada kayu kriket. Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamil diperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapa sawit Sungai Arak, Banting.

30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2019/08/kronologi-kes-pembunuhan-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Idris

Kronologi Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Idris

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 1372 hits
Disebabkan saya sangat sangat tertarik dengan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam Datuk Mazlan Idris saya mengambil keputusan untuk menyiarkan semula kronologi pembunuhan Allayarham Datuk Mazlan yang saya petik daripada sumber lain Apa yan...
Datuk Dr Abdul Razak Abdullah Pengarah Eksekutif Pmc

Datuk Dr Abdul Razak Abdullah Pengarah Eksekutif Pmc

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 393 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid Pengerusi Pgm

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid Pengerusi Pgm

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 246 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tangkapan Terhadap Koruptor Umno Kroni Kroni Datuk Ahmad Maslan

Tangkapan Terhadap Koruptor Umno Kroni Kroni Datuk Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 333 hits
06 08 5 54 pm Datuk S Mohd Nor RF8 TANGKAPAN TERHADAP KORUPTOR UMNO KRONI KRONI DATUK AHMAD MASLAN Untuk Makluman POLIS telah melakukan tangkapan terhadap DATUK JALI BIN SEKAK di atas penipuan projek Prima Rumah Mampu milik yabg melibatkan ...
Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 329 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pendakwaan Mohon Pindah Kes Rasuah Abdul Azeez Ke Mahkamah Tinggi

Pendakwaan Mohon Pindah Kes Rasuah Abdul Azeez Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 313 hits
Pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM5 2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Ke...
Kronologi Pembunuhan Gadis Dalam Karung Korban Diajak Mabuk Dan Berhubungan Intim Di Rumah Kosong

Kronologi Pembunuhan Gadis Dalam Karung Korban Diajak Mabuk Dan Berhubungan Intim Di Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 488 hits
Teka teki penemuan jenazah tinggal tulang dalam karung di sebuah sebuah rumah kosong akhirnya terungkap Korban adalah NH yang dibunuh oleh lima teman dekat korban Di mana dari lima pelaku dua di antaranya adalah perempuan dan merupakan tema...
Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1000 hits
Negara digemparkan dengan berita kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin 15 di sebuah resort di Seremban Negeri Sembilan Berikut adalah kronologi kejadian
Kronologi Kes 1mdb

Kronologi Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 460 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit