Kronologi Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Idris



Disebabkan saya sangat sangat tertarik dengan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam , Datuk Mazlan Idris , saya mengambil keputusan untuk menyiarkan semula kronologi pembunuhan Allayarham Datuk Mazlan yang saya petik daripada sumber lain . Apa yang saya menarik , di zaman moden ini pun masih lagi ada yang percaya dengan  kuasa ajaib yang boleh membantu mengekalkan kedudukan tertentu seperti dalam politik. Tidak ada hairan jika anda terbaca si YB ini ada bomoh dan sebagainya. Di zaman moden ini bomoh sebenar dalam bidang politik ialah kuasa rakyat dan bukannya kuasa ghaib.

Umum telah mengetahui bahawa rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan dan seterusnya pembunuhan kejam Datuk Mazlan Idris , 25 tahun lalu .

KUALA LUMPUR : Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya , Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka , Juraimi Husin , dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia .

Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam , Datuk Mazlan Idris pada 1993 , setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku , nama mereka akan dikaitkan sebagai 'ala Mona Fandey' .

Ini kerana dalam kes Mona , mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong , Ulu Dong , Raub , Pahang .

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 , Juraimi berkata : ''Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali , baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi . ''

Menurut laporan , dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi .

''Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya . Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993) , '' kata Juraimi .

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan kejam tersebut ;

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu , manakala Mohd Affandi tertuduh kedua dan Mona tertuduh ketiga . Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan .

Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat , pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300 , 000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan 'mandi bunga' .

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125 , 000 dan telefon bimbit RM10 , 500 secara tunai . Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40 , 000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20 , 000) .

KRONOLOGI: Kes pembunuhan Datuk Mohamad Mazlan Idris
Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?
Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).
Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.
13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.
18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, UMNO Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.
19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.
23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.
1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.
10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.
15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.
17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.
26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.
18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.
3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Mazlan.
12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.
9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.
10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.
Antara 16 Februari 1995 hingga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.
24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.
2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.
Mona dan suaminya, Mohd Affandi telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Juraimi dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.1387 dibaca Sumber : BhPlus


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2019/08/kronologi-pembunuhan-kejam-datuk-mazlan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya Noohisham Mohamed Ahmad Kamil Abdul Karim Dan Kamaruddin Shamsuddin

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya Noohisham Mohamed Ahmad Kamil Abdul Karim Dan Kamaruddin Shamsuddin

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 1407 hits
Kes jenayah berat di Malaysia sentiasa berlaku walaupun mengetahui hukuman yang bakal diterima jika didapati bersalah Saya postkan kembali kisah tragis kes pembunuhan Datuk Sosilawati agar kita semua bersama sama memerangi jenayah Kes pembu...
Kanak Kanak Masih Berlampin Jadi Saksi Pembunuhan Kejam Ayah Tembak Emak Bertubi Tubi Sebelum Bunuh Diri

Kanak Kanak Masih Berlampin Jadi Saksi Pembunuhan Kejam Ayah Tembak Emak Bertubi Tubi Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 252 hits
Los Angeles Seorang kanak kanak perempuan berusia 2 tahun telah diselamatkan oleh pihak polis setelah bapanya menembak ibu kanak kanak tersebut sebelum membunuh diri di rumah mereka di sini pada petang Isnin lalu Seorang wanita berusia 39 t...
Kronologi Pembunuhan Gadis Dalam Karung Korban Diajak Mabuk Dan Berhubungan Intim Di Rumah Kosong

Kronologi Pembunuhan Gadis Dalam Karung Korban Diajak Mabuk Dan Berhubungan Intim Di Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 416 hits
Teka teki penemuan jenazah tinggal tulang dalam karung di sebuah sebuah rumah kosong akhirnya terungkap Korban adalah NH yang dibunuh oleh lima teman dekat korban Di mana dari lima pelaku dua di antaranya adalah perempuan dan merupakan tema...
Anniversary Ke 13 Kehadiran Aafiyah Hadiah Mahal Untuk Datuk Siti Dan Datuk K

Anniversary Ke 13 Kehadiran Aafiyah Hadiah Mahal Untuk Datuk Siti Dan Datuk K

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 433 hits
Tarikh 21 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa sempena tarikh perkahwinannya Tahun ini genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu dengan sua...
Asyik Kena Dukung Dengan Idris Khan Netizen Persoal Berat Badan Intan Najuwa

Asyik Kena Dukung Dengan Idris Khan Netizen Persoal Berat Badan Intan Najuwa

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 4303 hits
Bagi kaki drama yang selalu lepak depan televisyen setiap malam pasti mengetahui tentang drama Tuan Danial yang baru ditayangkan sejak minggu lalu Drama gandingan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa itu dikatakan mampu menarik perhatian pen...
Datuk Boy Iman Cerita Hal Sebenar

Datuk Boy Iman Cerita Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 319 hits
Fuhh lama juga rasanya Ohmedia tak dengar cerita pasal seorang penerbit dan pelakon Dato Boy Iman ni dan baru baru ini dilaporkan dia telah bercerai lagi bersama Kuwala Dewi dengan talak tiga pada 20 April lalu Hubungan yang terbina selama ...
Datuk Kata Mengarut Bila Nora Anne Tidak Berkasut Berjalan Atas Batu Di Tengah Malam

Datuk Kata Mengarut Bila Nora Anne Tidak Berkasut Berjalan Atas Batu Di Tengah Malam

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 332 hits
Datuk Kata Mengarut Bila Nora Anne tidak berkasut berjalan atas batu di tengah malam
Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 255 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir