Kronologi Auni Pakai Perm Cath
KRONOLOGI AUNI PAKAI PERM CATH (PERMANENT CATHERER) - Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Gitu..... Alkisahnya, aku kan memang sebelum ni bermati-matian refuse untuk pakai tiub di dada sebab aku dah tak sanggup nak kena jolok dengan tiub lagi.
Tapi disebabkan aku pakai IJC terlalu lama, dan semakin lama tiub IJC ini semakin tidak boleh bekerjasama dengan aku, sehingga selalunya aku cuci tak habis, maka aku decide je untuk teruskan pemakaian Permanent Catherer atau Perm Cath ini
So, apa Permanent Catherer ni? Untuk apa? Untuk senang nak faham, ianya sejenis tiub for long-term. Kira kurang masalah berbanding IJC
BACA : KRONOLOGI AUNI 'TERPAKSA' PAKAI IJC (INTERNAL JUGULAR CATHERER)
Kalau patient lain pasang dekat dada, aku pula doktor pasang dekat dengan tulang bahu. Aku pun tak sedar apa. Confident sungguh kononnya tiub akan dipasang dekat dada. Sedar-sedar, bawah sikit je dari IJC. Tapi aku rasa kalau macam ni lagi senang mandi. Cuma aku rasa tiub ni lebih mengjengkelkan berbanding IJC.
KRONOLOGI AUNI PAKAI PERM CATH (PERMANENT CATHERER)
30 JULAI 2019 - Sepatutnya hari ini doktor dah plan untuk pasang. Pagi tu aku minta tuan suami call HDU untuk recomfirm. Mujur pagi tu aku tak bergegas pergi HDU. Kalau tak, sia-sia je. Sebab perjalanan aku adalah dari Rawang ke Hospital Ampang. Berbalik pada kisah tadi, doktor postpone pada 6 Ogos 2019
5 OGOS 2019 - Aku perlu menjalani dialisis sebelum aku insert Perm Cath. Haritu aku dialisis petang. Lambat gila start haritu. Aku yang bercadang nak complete 4 jam, hanya mampu bertahan 3 jam aje. Lepas tu balik. Malam tu, aku berterima kasih pada IJC yang dah berjasa pada aku lebih kurang 6 bulan
6 OGOS 2019 - Hari yang dinantikan dah tiba. Aku datang dengan perasaan yang macam-macam. Datang je HDU, aku jumpa SN Miza. First of all... kami berpelukan dulu. SN Miza dan misi-misi lain say good luck. Aku bersemangat gila-gila. Nak tanam tiub pun rasa bahagia, kisahnya..
Aku diminta untuk pergi Unit Hasil untuk daftar. Lepas dah daftar, bayar RM13 dan aku patah balik ke HDU. Misi bagi aku baju nyamuk aedes ni. Haha ! So lepas pakai baju ni, aku jumpa MO in charge, ada lah dia bagi penerangan itu ini tentang Perm Cath, dan aku ditolak ke tingkat 3 untuk meneruskan prosedure pemasangan Perm Cath
Dalam jam 4:30 petang, Dr.Nora dah panggil aku masuk. Sebelum mula prosedure, aku perbanyakkan istighfar dan selawat. Alhamdulillah, prosedure berjalan dengan lancar. Cuma aku ada sesak nafas sikit, sebab aku bloated. Yang aku pelik cuma satu, tiub bukan di dada, tapi dekat dengan tulang bahu. Dan yes, for beginning, aku rasa agak awkward dan aku sangat down
Seperti selepas memakai IJC, aku juga stress lebih kurang seminggu lebih selepas pemakaian Perm Cath ni. Aku stress sebab aku rasa sangat susah nak balut tiub ni. Nak cover dari kena air pun agak susah. Ada juga hari yang kantoi terbasah sikit-sikit. Aku hanya mampu berdoa tak ada apa-apa yang teruk. Tapi takdelah lembab basah pun
Sekarang ni aku masih cuba berlawan dengan emosi. Masa nak pakai haritu bukan main excited. Dah pakai ni, aku rasa macam banyak benda yang terganggu. Aku rasa cepat sakit, cepat letih. Tak tahu effect Perm Cath atau aku sendiri. Psikologi aku tak berapa stabil
SAKIT KE MASA PASANG PERMANENT CATHERER (PERM CATH)
Jujur aku katakan, semasa memasang IJC, aku rasa senak dada dan ada rasa sakit akibat dijolok-jolok tiub itu dalam tubuh badan aku. Berbanding dengan Perm Cath kali ini, aku tidak rasa sakit. Mungkin sebab Dr.Nora letak extra ubat bius. Bius setempat ya uolsss. So sambil doktor jolok-jolok tiub tu, korang boleh je berborak dengan doktor
Aku diberitahu, prosedure masa pasang Perm Cath pada aku agak senang. Aku antara patient yang senang lah doktor nak masukkan bendasing tu. Alhamdulillah. Bersyukurnya aku
Cuma, lepas habis bius tu, merataplah aku beberapa hari. Terpaksa telan paracetamol untuk legakan sikit sakit aku ni. Kalau tak, nak tidur pun rasa azab. Biasalah, benda lain masuk tubuh badan kan? Makan masa nak immune
Seperti biasa, aku masih berharap ada keajaiban dari Allah SWT. Buat masa ini, aku akan terus jadi kuat. InsyaAllah :)
The writer,Tunsha Ayunie
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/08/kronologi-auni-pakai-perm-cath.html