Kritikal Bagi Anwar Peroleh Sokongan Majoriti Dua Pertiga Penganalisis


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Dec 16, 2022 8:57 AM
Isnin ini, Anwar Ibrahim dijangka berdepan satu lagi ujian getir yang akan menentukan sama ada pelantikan beliau selaku perdana menteri ke-10 diterima dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Usul undi percaya kepada beliau yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 itu, diutarakan sendiri oleh Anwar yang mahu mengabsahkan kedudukannya sekalipun ada pihak berpendapat beliau “mencari nahas”.

Dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar beliau menerajui kerajaan perpaduan, Anwar dilaporkan yakin akan menerima undi dua pertiga ahli Dewan Rakyat sekalipun desas-desus menyatakan ada kumpulan tertentu daripada parti yang menyertai kerajaan perpaduan itu tidak menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Realitinya, ramai pemerhati politik berpendapat tindakan Anwar mendepani undi percaya itu sebagai langkah tepat bagi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya. Lebih-lebih lagi apabila setiap gabungan dan parti yang menyokong kerajaan perpaduan itu mempunyai ideologi perjuangan yang berbeza.

Mesti dua pertiga

Mengulas hal itu, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata amat kritikal bagi Anwar memperoleh sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengelak berulangnya ketidaktentuan pentadbiran yang dialami negara sepanjang penggal lepas.

“Dalam keadaan majoriti mudah, kerajaan masih terjamin tetapi ia tidak teguh, dan pada bila-bila masa sahaja ada risiko parti yang membentuk kerajaan perpaduan itu bertindak keluar sekiranya tidak puas hati dengan sesuatu perkara, maka episod ketidakstabilan politik seperti pentadbiran lepas berlaku lagi.
Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood“Tambahan pula, akta lompat parti (Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 ) hanya menghalang individu (wakil rakyat daripada bertukar parti) tetapi tidak (menyekat) parti untuk keluar daripada kerajaan. Keadaan ini pastinya akan bermasalah pada masa depan sekiranya Anwar gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga,” katanya kepada Bernama.

Buat masa ini, kerajaan perpaduan itu diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 82 kerusi Dewan Rakyat dan disertai oleh Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6) dan disokong oleh beberapa parti kecil dan wakil rakyat Bebas. Blok kerajaan ini berdepan dengan Perikatan Nasional (PN) selaku pembangkang dengan 74 kerusi.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal yang juga Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, berkata pada usul undi percaya Isnin ini, Anwar memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 wakil rakyat bagi memperoleh majoriti dua pertiga.

“Dengan adanya sokongan majoriti dua pertiga, ia dapat membantu kerajaan pimpinan Anwar untuk menumpukan atau fokus sepenuhnya kepada usaha memulihkan ekonomi, membangunkan negara dan menyejahterakan kehidupan rakyat,” kata Nik Ahmad Kamal.

Berdasarkan pada Notis Mesyuarat Pertama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin untuk edaran kepada ahli-ahli Parlimen, usul undi percaya kepada Anwar itu adalah yang agenda kelapan di bawah aturan urusan mesyuarat.

Dilaporkan, usul undi percaya pernah dibuat terhadap Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Ketiga pada 27 Jan 1976 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Kelima pada 3 Nov 2003.

Jangkaan tipis

Dalam pada itu, Felow Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir ketika ditanya tentang kemungkinan Anwar gagal memperoleh sokongan yang diperlukan, beliau berkata peluang untuk hal itu berlaku adalah tipis.

Menurutnya, beliau percaya Anwar menerima sokongan padu kesemua wakil rakyat daripada parti-parti yang menyertai kerajaan perpaduan itu.

"Beliau (Anwar) sudah memperoleh majoriti, maka tidak ada sebab untuk wakil rakyat berkenaan belot ataupun mengkhianati amanah yang telah diberi kepadanya (oleh parti).

"Apatah lagi, kerajaan perpaduan ini dibentuk hasil cadangan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Maka, untuk mereka bertindak berlawanan dengan hasrat itu, adalah sesuatu yang bukan saja menjejaskan imej mereka sebagai wakil rakyat tetapi pasti akan menjejaskan kedudukan perdana menteri serta kerajaan perpaduan," katanya.
Jeniri AmirBeliau menyifatkan risiko yang diambil oleh Anwar pada Isnin depan sebagai langkah terbaik bagi menangkis tanggapan negatif selain meningkatkan reputasi Anwar di dalam dan luar negara.

Ini katanya akan membawa impak positif terhadap pasaran saham dan juga pelaburan asing di negara ini.

Pada masa sama, Jeniri juga percaya masyarakat akan memantau tindak-tanduk barisan jemaah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar itu, khususnya dari segi kredibiliti mereka.

“Kerajaan baharu perlu dilihat berupaya, dan (sekarang) ini merupakan tempoh untuk dibuktikan, khususnya Anwar, mengotakan janji serta membuktikan bahawa pimpinan beliau lebih baik daripada kerajaan sebelumnya,” kata Jeniri.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kritikal-bagi-anwar-peroleh-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pentingnya Sokongan Dua Pertiga Buat Anwar

Pentingnya Sokongan Dua Pertiga Buat Anwar

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 63 hits
ISNIN ini Anwar Ibrahim dijangka berdepan satu lagi ujian getir yang akan menentukan sama ada pelantikan beliau selaku Perdana Menteri ke 10 diterima dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya Usul undi percaya kepada bel...
Anwar Lepasi Usul Undi Percaya Peroleh Sokongan Majoriti Jadi Pm

Anwar Lepasi Usul Undi Percaya Peroleh Sokongan Majoriti Jadi Pm

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 94 hits
Nora MahparKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke 10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini Usul undi percaya itu diluluskan dengan undi...
Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 136 hits
Isu kestabilan politik sudah hilang hak untuk dibangkitkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim sah memperoleh sokongan majoriti Dewan Rakyat sebagai perdana menteri Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpandangan apabila rakyat menuntu...
Anwar Seolah Tak Yakin Boleh Raih Sokongan Majoriti Mp

Anwar Seolah Tak Yakin Boleh Raih Sokongan Majoriti Mp

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 105 hits
ismaweb netTiada akta gugur kedudukan ahli Parlimen jika tidak sokong PMBANGI 22 Jamadilawal 1444H Sabtu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah olah tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti ahli Parlimen apabila memeterai...
Agong Minta Perjelas Sokongan Majoriti Kerana Ada Pihak Pertikai Kata Anwar

Agong Minta Perjelas Sokongan Majoriti Kerana Ada Pihak Pertikai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 124 hits
freemalaysiatoday com December 11 2022 7 41 PMAnwar Ibrahim berkata beliau mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri ke 10 kerana terdapat Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan mereka kepada pihak lawan pada saat akhir PU...
Tiada Jalan Pintas Bagi Anwar Kekal Majoriti Kata Ahli Akademik

Tiada Jalan Pintas Bagi Anwar Kekal Majoriti Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 133 hits
freemalaysiatoday com December 21 2022 9 30 AMDua penganalisis bersetuju ancaman terbesar terhadap Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri datangnya dari puak dalam Umno yang menentang presidennya Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Ahli akademi...
Anwar Perlu Cari Jalan Libatkan Pemimpin Berbakat Dalam K Jaan Penganalisis

Anwar Perlu Cari Jalan Libatkan Pemimpin Berbakat Dalam K Jaan Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 4 2022 12 35 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mencari jalan untuk melibatkan pemimpin berbakat dalam pentadbirannya walaupun terikat dengan sifat kerajaan perpaduan kata penganalisis politik Wong Chin Hu...
Kerajaan Campuran Dibentuk Anwar Ada Masalah Integriti Yang Kritikal

Kerajaan Campuran Dibentuk Anwar Ada Masalah Integriti Yang Kritikal

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 132 hits
agendaily com11 12 2022Jajaran baharu yang dirancang Zahid Hamidi dengan cikgu Anwar Tidak kisah lah apa jua jenis kerajaan yang ingin Perdana Menteri mahu rakyat gelarkan ketika ini namun yang pastinya pada mata rakyat ia adalah sebuah ker...
Anwar Dijangka Mudah Lepas 112 Majoriti

Anwar Dijangka Mudah Lepas 112 Majoriti

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 94 hits
Anwar dijangka mudah lepas 112 majoritiPosted By on December 16 2022Perdana Menteri Malaysia ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melepasi Undi Percaya yang akan diadakan Dewan Rakyat pada 19 Disember ini Ahli Parlimen Segamat R Yun...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst