Anwar Perlu Cari Jalan Libatkan Pemimpin Berbakat Dalam K Jaan Penganalisis


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 4, 2022 12:35 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti mencari jalan untuk melibatkan pemimpin berbakat dalam pentadbirannya walaupun 'terikat' dengan sifat kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik Wong Chin Huat

Wong berkata, walaupun terdapat kontroversi seperti Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi perbicaraan rasuah dan kurang perwakilan DAP, Anwar berjaya membentuk pasukan kabinet inklusif dengan wakil semua parti, masyarakat etnik, negeri dan jantina.

“Ia bukan pasukan magis kerana Anwar tidak boleh pilih sendiri bakat dan mengabaikan perwakilan mengikut parti dan sektor, selepas komitmennya untuk mempunyai kabinet yang lebih kecil.

"Kabinet mempunyai 28 menteri, kurang empat daripada dua kerajaan lepas. Jika setiap menteri disokong oleh seorang timbalan menteri, maka ia hanya 56, dan kurang 14 daripada pentadbiran sebelum ini.

"Ini akan meminggirkan banyak bakat, yang mungkin perlu ditampung melalui pelantikan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi kepada jawatankuasa pilihan parlimen - satu untuk setiap portfolio menteri.

“Ini boleh menampung cita-cita politik dan meningkatkan pengawasan parlimen pada masa yang sama,” kata Wong.

Wong juga mengingatkan agar Anwar tidak menggunakan pelantikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menenangkan ahli parlimen yang tidak dilantik dalam kabinet.
Wong Chin HuatWong, yang merupakan timbalan pengarah (Strategi) Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari PBB (SDSN) Universiti Sunway bagi ibu pejabat Asia, mengakui bahawa pelantikan Zahid memberi permulaan yang buruk kepada kerajaan baru - dari segi imej yang ingin dipaparkan.

"Oleh itu, kerajaan mesti mengambil tindakan untuk melakukan kawalan kerosakan. Yang pertama adalah dengan cepat memulakan proses untuk memisahkan pejabat pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara. Ini akan menutup pintu kepada pembebasan kes atas motif politik.

“Seterusnya Pakatan Harapan (PH) menandatangani perjanjian gabungan dengan Umno dan semua parti lain dalam kerajaan untuk mewujudkan pakatan antara parti meski berlaku perubahan kepimpinan parti.

“Ketiga, PH tidak boleh memihak dalam mana-mana pemilihan parti Umno bagi mengelak tindak balas terhadap Zahid yang boleh menyebabkan parti itu meninggalkan kerajaan kemudiannya,” tambahnya.

Wong berkata, walaupun Anwar mesti menumpukan soal ekonomi, dia mesti membetulkan politik terlebih dahulu.

“Anwar juga memerlukan Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan bukannya mengganggu kerajaannya dengan perbalahan kaum yang tidak berkesudahan.

"Dia boleh memberikan isyarat yang baik dengan mengiktiraf kabinet bayangan PN dengan gaji, sumber dan akses maklumat yang setimpal untuk menteri-menteri dalam kabinet bayangan," saran Wong.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin (kiri) dan Presiden PAS Abdul Hadi AwangWong menambah bahawa kurang perwakilan DAP dalam barisan kabinet adalah satu pengorbanan untuk menangkis kempen anti-DAP oleh PN.

“Bagaimanapun, ia juga menjejaskan pendirian DAP dalam kalangan penyokongnya dan menyebabkan beberapa penyokong tegar PH terpinggir.

“Jika rasa tidak puas hati itu tidak diuruskan, ia boleh menyebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri akan datang dan boleh melemahkan kubu kuat PH di Selangor dan Negeri Sembilan," katanya.

Tambah Wong, walaupun Anwar mungkin memberi pampasan kepada DAP dengan melantik beberapa pemimpinnya sebagai timbalan menteri, masih ramai yang mungkin berasa tersisih.

"Melantik pelapis kerajaan yang cemerlang ke jawatan berbayar jawatankuasa pilihan parlimen adalah jalan keluar yang perlu," tegasnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anwar-perlu-cari-jalan-libatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ulama Pejuang Palestin Ucap Tahniah Kepada Anwar

Pemimpin Ulama Pejuang Palestin Ucap Tahniah Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 157 hits
BORHAN AHMADPara pemimpin Islam dari seluruh dunia adalah antara puluhan pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 Sultan Brunei Sultan hasanal Bokiah adalah...
Anwar Pemimpin Berhemah Tidak Angkuh Di Hadapan Agong Diterima Rakyat Jelata

Anwar Pemimpin Berhemah Tidak Angkuh Di Hadapan Agong Diterima Rakyat Jelata

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 185 hits
Pemimpin ulung seharusnya mempunyai kualiti dalam saat tenang mahu pun krisis Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh yang paling berhemah dalam krisis parlimen terg...
Lantik Zahid Langkah Tak Popular Tapi Anwar Terpaksa Penganalisis

Lantik Zahid Langkah Tak Popular Tapi Anwar Terpaksa Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 344 hits
Alena NadiaPelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri mungkin tidak popular dalam kalangan ramai orang tetapi ia adalah keputusan yang tidak dapat dielakkan kata penganalisis Penganalisis sosiopolitik Prof Awang Azman Aw...
Kreadibiliti Anwar Boleh Selesai Konflik Selatan Thai Kata Penganalisis

Kreadibiliti Anwar Boleh Selesai Konflik Selatan Thai Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 210 hits
November 27 2022 Penganalisis politik Thailand berpendapat kepimpinan Anwar Ibrahim boleh membawa keamanan di wilayah selatan negara itu yang berdepan gerakan pemisah PETALING JAYA Perdana menteri yang baru dilantik Anwar Ibrahim mesti beke...
Demi Suara Sabah Grs Wajar Sertai Kerajaan Anwar Kata Penganalisis

Demi Suara Sabah Grs Wajar Sertai Kerajaan Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 248 hits
Penganalisis berpandangan kedudukan Gabungan Rakyat Sabah sebagai kerajaan negeri terancam sekiranya tidak menyertai kerajaan di peringkat persekutuan PETALING JAYA Gabungan Rakyat Sabah wajar menyertai kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim yang...
Anwar Diangkat Pm 10 Ustaz Kazim Tegur Pemimpin Dan Rakyat

Anwar Diangkat Pm 10 Ustaz Kazim Tegur Pemimpin Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 209 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Anwar Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Bertemu Pemimpin Bn

Anwar Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Bertemu Pemimpin Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 222 hits
Perlumbaan menawan Putrajaya semakin rancak dengan kedua dua Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin masing masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Yang di Pertuan...
Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 349 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan rundingan yang dibuat bersama tujuh wakil Barisan Nasional pada pertemuan di Hotel Seri Pacific di sini hari ini
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Hadiah Hari Guru

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir

Suami Didakwa Lembik Lepas Makan Pizza Wagyu Usahawan Kontroversi Doktor Suspek Keracunan Makanan