Anwar Seolah Tak Yakin Boleh Raih Sokongan Majoriti Mp


ismaweb.net
Siti Hafidah
Tiada akta gugur kedudukan ahli Parlimen jika tidak sokong PM

BANGI, 22 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti ahli Parlimen, apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara gabungan parti politik yang menyokong kerajaan semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian yang turut memaksa ahli Parlimen mengosongkan kerusi sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri dalam apa-apa usul juga, tidak pernah dilihat dalam mana-mana bentuk persefahaman atau undang-undang sebelum ini.

“Saya tak pernah lihat dalam mana-mana undang-undang sekalipun bahawa perkara seperti ini boleh dilaksanakan, kecuali yang berkaitan Akta Lompat Parti.

“Tetapi ini tak termasuk dalam akta berkenaan kalau tak sokong gugur kedudukan dia sebagai ahli Parlimen,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Menurut Muhyiddin, ahli Parlimen mempunyai hak dan kebebasan untuk menyokong Perdana Menteri atau sebaliknya kerana ia termaktub dalam undang-undang.

“Tak tergugur jawatan dan kalau parti nak ambil tindakan disiplin itu soal lain, tak adalah sampai dia harus berhenti dan kosongkan kerusi.

“Saya lihat macam Perdana Menteri tak berapa yakin untuk teruskan usul undi percaya ini,” katanya.

Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 19 Disember ini.

Terdahulu, empat gabungan politik memeterai perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), bagi mengukuhkan kerjasama dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya.

Turut menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan ialah Setiausaha Agung gabungan politik masing-masing iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Datuk Seri Zambry Ab Kadir (BN); Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS); Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS) dan Datuk Loretto S Padua Jr (Warisan).

Difahamkan, antara inti pati perjanjian persefahaman itu ialah setiap parti dan pihak-pihak hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anwar-seolah-tak-yakin-boleh-raih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 302 hits
Isu kestabilan politik sudah hilang hak untuk dibangkitkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim sah memperoleh sokongan majoriti Dewan Rakyat sebagai perdana menteri Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpandangan apabila rakyat menuntu...
Kritikal Bagi Anwar Peroleh Sokongan Majoriti Dua Pertiga Penganalisis

Kritikal Bagi Anwar Peroleh Sokongan Majoriti Dua Pertiga Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 220 hits
malaysiakini comIsnin ini Anwar Ibrahim dijangka berdepan satu lagi ujian getir yang akan menentukan sama ada pelantikan beliau selaku perdana menteri ke 10 diterima dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya Usul undi pe...
Agong Minta Perjelas Sokongan Majoriti Kerana Ada Pihak Pertikai Kata Anwar

Agong Minta Perjelas Sokongan Majoriti Kerana Ada Pihak Pertikai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 268 hits
freemalaysiatoday com December 11 2022 7 41 PMAnwar Ibrahim berkata beliau mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri ke 10 kerana terdapat Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan mereka kepada pihak lawan pada saat akhir PU...
Anwar Lepasi Usul Undi Percaya Peroleh Sokongan Majoriti Jadi Pm

Anwar Lepasi Usul Undi Percaya Peroleh Sokongan Majoriti Jadi Pm

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 224 hits
Nora MahparKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke 10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini Usul undi percaya itu diluluskan dengan undi...
Anwar Dijangka Mudah Lepas 112 Majoriti

Anwar Dijangka Mudah Lepas 112 Majoriti

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 233 hits
Anwar dijangka mudah lepas 112 majoritiPosted By on December 16 2022Perdana Menteri Malaysia ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melepasi Undi Percaya yang akan diadakan Dewan Rakyat pada 19 Disember ini Ahli Parlimen Segamat R Yun...
Hairan Macam Mana Anwar Boleh Lantik Orang Ada Kes Mahkamah Dr Mahathir

Hairan Macam Mana Anwar Boleh Lantik Orang Ada Kes Mahkamah Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 469 hits
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah Dr MahathirTun Dr Mahathir Mohamad membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melantik kluster mahkamah dalam kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas bekas Perdana Menteri Tun Dr ...
Pentingnya Sokongan Dua Pertiga Buat Anwar

Pentingnya Sokongan Dua Pertiga Buat Anwar

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 170 hits
ISNIN ini Anwar Ibrahim dijangka berdepan satu lagi ujian getir yang akan menentukan sama ada pelantikan beliau selaku Perdana Menteri ke 10 diterima dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya Usul undi percaya kepada bel...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh