Kritik Kepimpinan Dalam Musang Berjanggut



Musang Berjanggut adalah filem yang diarah oleh P.Ramlee dan mula ditayangkan pada 1959.
SINOPSIS
Sultan Alam Shahbana yang memerintah negeri Pura Cendana bersedih kerana tidak mempunyai zuriat. Atas nasihat Permaisuri, baginda mengambil anak angkat dari kalangan rakyat.
Anak yang diambil dinamakan Tun Nila Utama. Tun Nila diajar ilmu persilatan dan mempertahankan diri dan dimasyhurkan sebagai pewaris takhta, Setelah dewasa Tun Nila disarankan untuk beristeri yang boleh dipilih daripada kalangan puteri2 pembesar negeri. Tun Nila menolak dengan memberi alasan mereka itu semuanya betina dan bukan perempuan. Kelantangan ini menimbulkan kemarahan Sultan
Tun Nila diperintah keluar mencari isteri yang berstatus perempuan seperti kehendaknya itu.  Tun Nila melangkah keluar membawa uncang berisi beras dan rempah ratus yang telah dicampur aduk. Tun Nila singgah bermalam di rumah demi rumah untuk mencari gadis yang sanggup memasak bahan-bahan yang dibawanya. Setelah berbulan-bulan lamanya barulah dia bertemu seorang gadis bernama Puspawangi yang berjaya memasak bekalan dari uncangnya.  Maka seperti ikrarnya sebelum meninggalkan istana, Tun Nila berkahwin dengan Puspawangi dan membawanya pulang ke Pura Cendana. Perjalanan mengambil masa sebelas hari dengan menaiki kapal dan jalan darat. Di perjalanan Tun Nila diserang oleh Megat Alang Sengketa yang marah kerana peminangannya telah ditolak.
Setelah sampai di Pura Cendana, pembesar-pembesar negeri, malahan baginda Sultan sendiri telah terpikat dengan kecantikan Puspawangi . Sultan membuat helah yang baginda gering dan Tun Nila diminta mencari musang berjanggut  untuk mengubatinya. Semasa ketiadaan Tun Nila, Sultan dan pembesar-pembesar telah datang ke rumah Tun Nila untuk bermesra dengan Puspawangi. Mereka semua di perangkap oleh Puspawangi dan didedahkan pada akhir cerita.  
Skrip Musang Berjanggut merupakan sebuah kisah tentang pencarian isteri dan bagaimana isteri membuktikan dirinya adalah seorang perempuan dan bukannya betina. Puspawangi memerangkap Sultan dan pembesar-pembesar yang mempunyai niat yang tidak jujur.  Adegan Puspawangi melayani Sultan dan pembesar-pembesar mempunyai elemen satira yang tajam.   Ia dipenuhi dialog-dialog yang merupakan soalan-soalan dan sindiran terhadap peranan pembesar dalam pemerintahan negara.  .
Dari sini terbukti bahawa cerita dan penceritaan Musang Berjanggut mengandungi lapisan makna yang lebih besar iaitu menyampaikan kritikan masyarakat khasnya penyelewengan kuasa oleh pembesar-pembesar yang relevan di sepanjang zaman. Musang Berjanggut mengkritik beberapa amalan pemerintah negeri yang tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka.
Tun Nila amat yakin bahawa isteri adalah penting bagi seorang pemimpin. Dia mesti memilih isteri yang benar-benar dapat diterima oleh rakyat.
Skrip Musang Berjanggut adalah sebuah satira dipenuhi dengan kiasan dan sindiran  Makna lebih besar adalah kritik terhadap golongan pemerintah dan pendokong undang-undang yang tidak amanah. Satira adalah kritik masyarakat yang disampaikan dengan kiasan dan sindiran yang perlu ditafsir. Memahami makna yang tersirat memerlukan pentafsiran atau takbir. Kerja mentakbir atau mentafsir itu dapat dilakukan melalui pemahaman pada penanda-penanda yang terdapat pada lapis yang tersurat, serta pada proses berfikir dan menaakul secara kritis dan terbuka, berpandukan kepada akal, gerak hati, dan ilmu pengetahuan. Ini bermakna untuk memperolehi makna yang tersirat (petanda) pada skrip filem tersebut perlu dicari penanda-penandanya terlebih dahulu. Ia memiliki Tuntutan melaksanakan tafsiran untuk menemukan maknanya ini, memberikan implikasi bahawa skrip  memiliki sifat-sifat zahir dan batin, atau ”yang tersurat” dan ”yang tersirat.” Sifat zahir (yang tersurat) menjadi penanda atau alamat untuk memperoleh yang tersirat, iaitu petanda atau maknanya.

Antara dialog yang penting terjadi bila Puspawangi bertanya Datuk Nikah Kahwin:
"Salah atau tidak kalau seorang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan semasa suaminya tidak ada di rumah?"
"Oh itu salah besar"
"Kalau begitu kanda ini pun salah lah"
"Salah juga. Tapi tak jadi apa kerana undang2 negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam"
Dialog ini menyerlahkan sifat hipokrit pemimpin terutama Datuk Nikah Kahwin yang  tugas hakikinya ialah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara kehidupan berkeluarga di dalam negara. 

Tun Nila tidak mahu tergesa-gesa beristeri. Sikap ini memperlihatkan pegangannya  bahawa isteri  mempunyai peranan yang penting dalam pemerintahan.   Oleh yang demikian perlu dicari dengan hati-hati dan waspada.
Tun Nila mencari perempuan yang sanggup memasak bahan-bahan yang bercampur aduk. Makna yang tersirat ialah dia mencari kesabaran . Yang dicari ialah  permaisuri yang dapat diharapkan untuk menasihati dan turut mempengaruhi pemerintahan negara.. Uncang yang berisi rempah ratus itu adalah simbol kepada negeri yang akan mempunyai pelbagai perkara dan masalah yang perlu dihadapi dengan tenang dan sabar.
Nama Puspawangi menggabungkan dua perkataan iaitu puspa dan wangi. Ia dapat ditafsirkan sebagai rupa yang cantik dan nama yang harum. Puspawangi benar-benar menepati namanya iaitu cantik dan berbau harum.  Keharuman itu  dilihat dari kelakuan  pembesar-pembesar yang berkali-kali menyebut tentang keharuman tangannya sehingga tidak mau kehilangan bau harum setelah bersentuhan dengan Puspawangi.

Puspa bererti bunga. Ia adalah penanda yang boleh ditafsirkan untuk mencari makna kepada kewujudan Puspawangi. Secara lahiriahnya pohon yang mempunyai bunga yang cantik dan daun yang rimbun. memberi tanda-tanda atau alamat kepada kesuburan pokok. Bunga yang cantik menghias alam, boleh ditafsirkan sebagai kesopanan dan budi pekerti yang memperindah peribadi seseorang, khasnya seorang Muslimah. Keindahan budi pekerti adalah ciri-ciri yang menepati nilai-nilai seni dan etika yang dikehendaki oleh masyarakat.
Ada lagi beberapa perkara yang difikirkan. Sultan Alam Shah Bhana mengambil anak angkat dari rakyat jelata. Anak angkat ini akan menggantikan baginda sebagai pewaris negeri. Ini juga membawa pengertian bahawa rakyat juga boleh memerintah negeri.Semua kritik terhadap pembesar-pembesar dibuat oleh Puspawangi. Ini adalah penting dari segi mengangkat peranan dan darjat seorang wanita.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2020/03/kritik-kepimpinan-dalam-musang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Kritik Candaan Bermuatan Agama Tasya Farasya Minta Maaf Karena Disebut Lakukan Hal Serupa

Pernah Kritik Candaan Bermuatan Agama Tasya Farasya Minta Maaf Karena Disebut Lakukan Hal Serupa

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 437 hits
Dalam video tersebut Tasya seolah olah salat lalu tiba tiba rukuk dengan arah sebaliknya sehingga membuat sang suami kaget
Kenapa Muhyiddin Dan Ramai Pemimpin Bersatu Pro Muhyiddin Termasuk Azmin Kunci Mulut Dari Kritik Balas Ke Atas Tun

Kenapa Muhyiddin Dan Ramai Pemimpin Bersatu Pro Muhyiddin Termasuk Azmin Kunci Mulut Dari Kritik Balas Ke Atas Tun

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 329 hits
Satu tindakan yang bijak belum lagi kot Berbeza dengan Najib dan Anwar yang serang balas tetapi tidaklah nampak cerdik dan menang pun Take care
Kepimpinan Muhyiddin Semasa Krisis Covid 19 Raih Sokongan Rakyat Kata Penganalisis

Kepimpinan Muhyiddin Semasa Krisis Covid 19 Raih Sokongan Rakyat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 315 hits
March 29 2020 12 38 PMPenganalisis berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menunjukkan kepimpinan yang baik dalam mengendalikan krisis Covid 19 PETALING JAYA Seorang penganalisis politik percaya cara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengur...
Luis Enrique Kagum Lihat Sifat Kepimpinan Sergio Ramos

Luis Enrique Kagum Lihat Sifat Kepimpinan Sergio Ramos

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 189 hits
Luis Enrique yang kembali menjadi pengurus skuad kebangsaan Sepanyol pada 19 November 2019 mengakui bahawa beliau amat kagum melihat sifat kepimpinan dan kualiti peribadi dimiliki ketua pasukan La Roja Sergio Ramos Pengendai berusia 49 tahu...
Musang King Rosak Alam Sekitar

Musang King Rosak Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 251 hits
Bob Kelanang TUAN IBRAHIM TUAN MAN dari Parti Alam Sekitar awal2 lagi dah fail wartawan tanya apa harapan dia selepas dinamakan Menteri Alam Sekitar dia kata yang pertama nak tarik DAN dapatkan keyakinan pelabur asing walaupun dia cuba bagi...
Beza Jauh Pas Dap Soal Kepimpinan Lantik Non Muslim

Beza Jauh Pas Dap Soal Kepimpinan Lantik Non Muslim

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 270 hits
KEPIMPINAN merupakan satu bidang yang amat dititikberatkan dalam Islam Menurut al Quran kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi Firma...
Tulisan Bekas Su Akhbar Menteri Kesihatan Disekat Kerana Kritik Azmin

Tulisan Bekas Su Akhbar Menteri Kesihatan Disekat Kerana Kritik Azmin

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 324 hits
Tulisan Ismail disekat oleh FB selepas sesaorang yang berkuasa telah membuat laporan mengenainya Kerana tindakannya mengkritik pengakuan kerajaan bahawa Langkah Sheraton dibuat untuk kepentingan kerajaan dan negara sesaorang telah membuat l...
Ramai Yang Kritik Ustaz Ebit Lew Ini Jawapan Ustaz Ebit Lew Buat Mereka Insaf

Ramai Yang Kritik Ustaz Ebit Lew Ini Jawapan Ustaz Ebit Lew Buat Mereka Insaf

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 370 hits
Ramai yang mengkritik dan tak puas hati apabila Ustaz Ebit Lew memberi bantuan ketika musim Covid 19 ni Namun ini jawapan balas Ustaz buat semua Semoga dipermudahkan urusan Ustaz Baca selanjutnya Ramai Yang Kritik Ustaz Ebit Lew Ini Jawapan...
Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Hubungi Kami

Malaysia Brazil To Work Towards Reinvigorated Multilateral System

Ringgit Advances As Domestic Optimism Offsets Us Rate Concerns

Grapes

Myplay168

Nasi Konjak Bagus Untuk Diet Dan Kesihatan